Archives

You are currently viewing archive for November 2007
Category: News
Posted by: raja petra
Abdul Halim Mohd Rashid
Harakahdaily


Antara yang tidak saya lupakan pada hari Perhimpunan Aman Bersih pada 10 November lalu bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bersih ialah kata-kata bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang, Wee Choo Keong.

Menurut Wee, keganasan polis untuk menyuraikan perhimpunan tersebut menunjukkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jauh lebih baik dari Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Wee mengakui, Dr Mahathir juga menggunakan keganasan polis untuk menumpaskan demonstrasi zaman Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu. Tetapi, katanya lagi, pada masa itu Dr Mahathir berhadapan dengan protes. Dalam hati saya berkata, semua orang tahu pada masa itu Dr Mahatahir adalah sasarannya. Undur Mahathir slogan yang sangat popular pada masa itu. Saya pun melaungkan slogan itu, walaupun saya tidak pernah menyertai demonstrasi Reformasi malah sangat berterima kasih dengan tindakan Dr Mahathir memecat Anwar.

Terus-terang dan Allah Maha Tahu, sejak dari Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi saya berharap Abdullah yang akan menjadi Perdana Menteri negara ini. Saya mahu kedua-dua Dr Mahathir dan Anwar hilang lenyap dari puncak kuasa.

Pada masa itu, saya kabur dengan panggilan Mr Clean kepada Abdullah. Mana tak kabur, bila bersembang fasal politik wang dengan orang-orang Umno pada masa itu, saya tak ingat seorang pun yang kata Abdullah terlibat. Yang lain, tak payah cakaplah.

Hari ini, terasa benar Abdullah lebih teruk dari Dr Mahathir. Malah, kadang-kadang saya terasa Abdullah sebenarnya penghimpun segala keburukan. Saya hanya terasa begitu. Saya tak tuduh kerana saya pun tak ingat sebanyak mana koleksi keburukan Abdullah.

Tetapi, apabila melihat reaksinya ketika berhadapan dengan Perhimpunan Aman Bersih, saya terasa benar betapa tidak bermutunya Abdullah untuk menjadi Perdana Menteri negara ini. Walaupun Perdana Menteri tidak datang dari parti yang saya sokong, tetapi itu tidak bermakna saya boleh menerima Perdana Menteri yang bingai dari parti lain.

Abdullah menuduh pembangkang mencabar undang-undang. Cabar undang-undang? Perhimpunan itu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Memorandum pula dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong dan diterima oleh Baginda. Lebih dari itu, penganjur perhimpunan memohon permit untuk berhimpun.

Siapa yang cabar siapa? Bukankah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang cabar pembangkang supaya mengambil tindakan itu? Dah berapa kali berunding sehingga ada pemimpin pembangkang yang lembik tengkuk dengan permainan kata-kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan mengajak orang lain turut mempercayainya.

Ada yang memberitahu, kononnya Abdul Rashid suka PAS menghentamnya. "Kalau tak, nanti Umno syak dia sokong pembangkang pula," begitulah diceritakan kepada saya. Saya teringat SB yang menyoalsiasat saya dahulu. "Saya ni Cik bakar, adik-beradik saya semua PAS. Mak ayah penyokong PAS. Tapi dah rezki saya nak kerja polis dan terpaksa siasat orang PAS pula," kata SB itu. Siapa yang percaya permainan kata-kata SB itu, angkat tangan!

Selepas itu, silalah beriman kepada permainanan kata-kata Abdul Rashid.

Malang sungguh orang-orang yang terpedaya dengan permainan kata-kata SPR. Ketagih sangat nak berunding dengan SPR.

Adakah mereka tidak tahu sifat Pengerusi SPR? Bukan baru, malah 14 Januari lalu Harakah menyiarkan berita penipuan Abdul Rashid. Berita yang dengan sendirinya membuktikan bahawa pemimpin pembangkang memang berusaha untuk berunding dengan SPR melaporkan:

Salahuddin juga mendedahkan apa yang disifatkannya sebagai pembohongan Pengerusi SPR itu.

"Kira-kira lima bulan yang lalu, Haji Mohamad Sabu, Dr Syed Azman (Syed Nawawi), Hanifah Mydin dan saya sendiri berjumpa dengan Abdul Rashid untuk menyerahkan memorandum tiga perkara yang menuntut dibersihkan daftar pemilih, menghapuskan undi pos dan celup jari selepas mengundi untuk mengelakkan penipuan.

"Sebelum kami berjumpa (dengan Abdul Rashid), DAP terlebih dahulu berjumpa dengannya. (Setiausaha Agung) DAP, Lim Guan Eng memberitahu kami bahawa Abdul Rashid telah memberitahu mereka bahawa PAS membantah (sistem) celup jari kerana bertentangan dengan Islam.

"Apabila kami bertemu Abdul Rashid, kami soal dia, betul dia kata begitu? Dia kata bukan PAS kata, ulama India kata. Inilah lidah biawak, lidah bercabang," beliau mengecam Pengerusi SPR itu.

Kalau di dalam perundingan pun berbohong, apa jaminan tidak tipu dalam pilihan raya? Siapa cabar siapa? Pembohong atau yang dibohongi? Orang Putih kata, "Once a liar, always a liar". Pembohong terpaksa terus berbohong untuk menyembunyikan pembohongannya yang lalu.

SPR tak mungkin akan mengakui ia menipu. Tetapi saya tak lupa apa yang dibangkitkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Menurut beliau, pilihanraya umum 2004, menyaksikan undi yang dipungut oleh calon-calon Barisan Aternatif (BA) di seluruh Terengganu hanya merosot sebanyak 9,103 undi.

Dalam tahun 1999, katanya, BA menerima 180,239 undi manakala dalam tahun 2004 pula 171,136 undi. Perbezaannya hanya 9,103 undi sahaja. Jumlah kemorosotan ‘undi rakyat’ itu sangat kecil dan tidak memungkinkan Umno dan Barisan Nasional (BN) memerintah Terengganu.

"Bagaimana Umno boleh menang?" soal beliau.

Beliau mendedahkan, selepas pilihanraya 1999, ada ‘pihak tertentu’ telah membawa masuk orang bukan Terengganu untuk mendaftar sebagai pengundi di Terengganu. Terengganu menyaksikan kenaikan peratus pengundi yang luar biasa dalam tempoh tiga tahun berkenaan, iaitu sebanyak 17.7 peratus "dan ini jauh melebihi purata kebangsaan".

Pengundi baru, kata beliau, bertambah sebanyak 68,585 orang. Undi BA merosot sebanyak 9,103 undi tetapi undi BN meningkat sebanyak 93,249 undi berbanding 1999, katanya lagi.

"Jika kita tolak 9,103 undi yang dulunya mengundi BA dan sekarang mengundi BN (93,249 tolak 9,103 = 84,146). Undi BN tidak termasuk pertambahan ‘undi rakyat’ sebanyak 9,103 undi tadi telah meningkat sebanyak 84,146 undi!

"Angka ini melebihi angka pertambahan pengundi baru seramai 68,585 orang! Misteri ini tidak dapat dijawab walaupun mengambil kira pertambahan secara mendadak peratus keluar mengundi iaitu sebanyak 25.1% berbanding pilihanraya sebelumnya. Jika semua peratus keluar mengundi yang bertambah dilonggokkan untuk BN, iaitu seramai 11,279 undi, masih belum dapat menjawab bagaimana Umno/BN mendapat pertambahan sebanyak 84,146 undi berkenaan," Exco Kerajaan Kelantan itu mendedahkan.

Dan, sehingga kini masih belum terjawab soalan Husam: "Bukankah ini semua meninggalkan misteri yang perlu dijawab oleh SPR?"

"Apatah lagi, jika kita menyemak semula senarai pengundi di Terengganu berasaskan kod kad pengenalan, kita dapati seramai 70,602 orang pengundi adalah bukan dilahirkan di Terengganu tetapi mendaftar di Terengganu.

"Adakah ini bermakna Umno/BN menang di Terengganu dengan satu ‘operasi khas’ dan bukan dengan suara rakyat?" kata Husam.

SPR harus menyahut cabaran semua pihak untuk memberikan jawapan pada isu-isu yang sangat penting ini, katanya lagi.

Perdana Menteri, siapa cabar siapa? Pembohong atau yang dibohongi?

Oleh kerana jerkah tempiknya "saya pantang dicabar" ternyata tidak laku seduit pun dalam pasaran politik malah menjadi bahan persendaan pula, terutama dari penyokong-penyokong Dr Mahathir yang berkali-kali mencabar Perdana Menteri, dituduhnya pula pembangkang cuba mengheret raja-raja ke kancah politik.

Husam dah jawab. Dalam posting bertajuk "Agong jangan diugut", Husam bertanya, "Pembangkang cuba heret Agong ke kancah politik atau Perdana Menteri cuba ugut Agong jangan bersihkan perjalanan pilihanraya seperti tuntutan Bersih?"

Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar pula menyifatkan kenyataan Perdana Menteri itu sebagai tindakan memperkecilkan pemikiran dan kedudukan raja-raja.

Bagai biasa, tak cukup dengan lolongan Perdana Menteri, kaki-kaki ampu juga berebut-rebut mengeluarkan kenyataan. Tetapi yang paling tidak benar ialah kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Musa mendakwa, polis tidak guna kekerasan.

Apakah takrif guna kekerasan pada Musa? Adakah guna peluru hidup seperti di Batu Burok barulah dianggap menggunakan kekerasan? Belasah kanak-kanak dan wanita tak kasar? Wartawan yang menjalankan tugas pun dipukul. Tak payah sebutlah semburan air laknat dan tembakan gas musibat.

Musa juga mendakwa kanak-kanak diperalatkan dan tindakan tegas akan diambil. Cukuplah Datin Paduka Marina Mahathir menjawabnya dalam posting beliau bertajuk "Spin, spin, spin..." Latar belakang posting itu berwarna kuning.

Musa merungut, ibu bapa yang membawa kanak-kanak itu sepatutnya tahu bahaya melibatkan kanak-kanak dalam perhimpunan itu. Sedap jawapan Marina bila Musa kata bahaya. "Only if the police start firing teargas and watercannons. Otherwise, perfectly safe," kata beliau. (Hanya apabila polis mula menembak gas pemedih mata dan meriam air. Jika tidak, selamat sepenuhnya).

Musa juga menuduh ibubapa yang membawa anak-anak mereka ke perhimpunan itu sebagai tidak berperikemanusiaan. Kenapa? Kerana polis hendak bertindak tegas? Boleh terangkan perbezaan bertindak tegas dan bertindak ganas?

Sehingga beberapa bulan lalu saya tidak suka mengecam Musa. Hari ini pun saya tak mahu mengecam beliau. Saya hanya hendak bertanya.

Sebelum ini, Tan Sri, saya terbaca akuan bersumpah ASP Mior Fahim Ahmad. Berdasarkan surat sumpah itu dan apa yang didakwa oleh Datuk Ramli Yusof, saya ingin bertanya apakah tindakan yang akan diambil jika BK Tan dan Tengku (Goh Cheng Poh) serta gerombolan mereka yang berhimpun di Dataran Merdeka?
Category: News
Posted by: raja petra
Oleh Deep Throat Sabah

Ketika Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail sedang bertungkus-lumus memperjuangkan tuntutan kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Batu Putih di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang sebelum ini terpenjara dengan 81 tuduhan rasuah telah dibebaskan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Pengarah BPR Sabah, Hajjah Latifah Md Yatim, mendakwa pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap dakwaan itu dan mendapati tidak ada kes untuk diambil tindakan selanjutnya.

Siasatan telah dijalankan BPR Sabah dan terbukti tidak ada kes. Kita (BPR Sabah) ikut seperti yang diputuskan oleh Peguam Negara iaitu tidak ada kes, ujar Latifah dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kota Kinabalu.

Ramai yang terkesima dan kecewa dengan pengumuman rasmi daripada seorang Pengarah BPR (Latifah) yang sebelum ini takut untuk menerima laporan rasmi yang dibuat oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Datuk Dr Jeffrey Kitingan sehingga mendorong Jeffrey membuat tiga laporan polis pada masa yang berasingan di Balai Polis Karamunsing yang mengandungi 81 tuduhan.

Sejak daripada itu, Musa terpenjara di dalam kurungan ciptaan Jeffrey sehingga rakyat memandang rendah kepada Musa yang terlibat dengan pelbagai skandal rasuah, seks, pecah amanah dan salah guna kuasa yang disiarkan di laman web Malaysia Today dan diceduk lebih 200 laman web lain.

Namun kerana wang yang berada dikoceknya, hasil daripada rampasan wang rakyat melalui jalan pembelitan, Musa telah berjaya membeli Menteri yang menjaga Undang-Undang di Parlimen, Dato Seri Mohammad Nazri Abdul Aziz untuk mencanangkan di Parlimen bahawa Musa tidak bersalah dan bersih daripada kesalahan rasuah.

Namun, agak aneh kerana media arus perdana tidak menyiarkan kenyataan Nazri di parlimen sehingga memaksa TV3 yang dimiliki oleh Media Prima (Korporat Umno) telah diperalat oleh Musa untuk mewar-warkan bahawa Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Said Hamdan menyatakan bahawa Musa Aman tidak pernah disiasat BPR dan tidak ada kes untuk mendakwa Musa.

Bagaimanapun agak aneh kerana sehingga hari ini, Ahmad Said yang terkenal dengan sikap diamnya tidak memberi sebarang penjelasan atau pengumuman kepada media sekalipun ketika TV3 menyiarkan berita berkenaan, beliau tidak dapat dihubungi kerana bertugas di luar kawasan.

Lebih menyeronokkan, Skandal Pembebasan Musa tercetus selepas Ahmad Said menerima pingat tertinggi kebesaran kerajaan negeri Sabah, Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima sempena Ulangtahun Yang Di Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmad Shah yang ditunda daripada 16 September kepada 27 Oktober 2007.

Selain Ahmad Said, Mantan Pengarah BPR Sabah, Mohd Shukri Abdull yang diamanahkan menjalankan siasatan khas ke atas Musa Aman turut menerima anugerah pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) yang membawa gelaran Datuk.

Ketua Pengarah BPR tidak patut menerima pingat S.P.D.K. atau apa juga pingat kerana BPR masih menyiasat Musa Aman dan jika kempunan sangat pingat berkenaan, boleh menerima pingat selepas siasatan kes selesai. Beliau telah mencemar imej BPR yang sebelum ini apabila Ketua Pengarahnya (Zulkifli Mohd Noor) terjebak dalam skandal rasuah, seks dan salahguna kuasa, ujar seorang peguam kanan.

Kata Peguam Kanan berkenaan, dalam kes berprofil tinggi seperti ini, adalah menjadi taboo kepada penjawat awam untuk menerima sebarang kurniaan pingat, tanah atau apa sahaja kerana boleh menghilangkan keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan dan melunturkan imej BPR yang cuba untuk ditelus dan dituluskan semula oleh Ahmad Said.

Bukan dia tidak boleh terima pingat. Boleh. Tapi masa tidak sesuai. Sebagai Ketua Penguatkuasa, Ahmad Said patut hindarkan diri daripada terima pingat dari negeri yang dia sedang siasat. Saya rasa dia layak dapat Tun kerana dialah satu-satunya Ketua Pengarah yang berjaya dihasilkan BPR, ujar Peguam Kanan berkenaan yang mengkagumi personaliti Ahmad Said kini yang terperangkap dengan Skandal Pingat.

Manakala Dr Jeffrey Kitingan ketika ditemui dalam satu wawancara khas dengan Malaysia Today di Ranau, Sabah, agak terkejut dengan pengumuman Nazri di Parlimen dan Pengarah BPR Sabah.

Tutup kes? Saya rasa mungkin mereka silap. Saya belum dipanggil beri keterangan macam mana boleh tutup kes? Saya janji jumpa BPR pada 14 November 2007. Sekarang baru 10 November (ketika wawancara), ujar Jeffrey yang masih beranggapan bahawa Pengarah BPR Sabah dan Nazri tersilap fakta ketika membuat pengumuman rasmi.

Tegas Jeffrey, Skandal Wisma Bandaraya adalah Skandal Rasuah yang paling jelas dan mudah difahami sekalipun oleh kanak-kanak sekolah dan orang awam.

Musa sebagai Ketua Menteri dan Menteri Kewangan Sabah tahu bahawa adalah menjadi kesalahan dan terdapat kes yang melampaui keraguan munasabah, kerana beliau secara sedar telah meluluskan perpindahan pejabat Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat ke bangunan miliknya, ujar Jeffrey yang mendesak Ketua Pengarah BPR membuat kenyataan rasmi.

Kata Jeffrey, wang sewa dibayar oleh Kementerian Kewangan Sabah kepada syarikat milik Musa sendiri, Bestco Sdn.Bhd melalui Henry Butcher Sdn.Bhd.

Saya rasa BPR tidak perlu bekerja keras kerana isteri Musa, Datin Faridah Tussin adalah Pengarah Syarikat Bestco dan Musa sendiri merupakan pemegang saham syarikat berkenaan. Semua maklumat ini mudah didapati daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tegas Jeffrey lagi yang menyifatkan BPR cuba menutup mata dengan mengatakan Musa tidak ada membuat sebarang arahan bertulis.

Jeffrey menekankan, rasuah tidak perlu dizahirkan dalam bentuk tulisan atau arahan bertulis, sebaliknya segala perlakuan salahguna kuasa adalah rasuah yang nyata terutama apabila menggunakan kedudukannya untuk mengaut untung dengan menyewakan bangunan miliknya kepada kerajaan.

Manakala geran hak milik tanah tapak bangunan berkenaan, kata Jeffrey, didaftarkan atas nama Bestco Sdn.Bhd yang diambil alih secara songsang daripada Koperasi Belia Sanya Berhad (Kosan) dan boleh menjadi asas siasatan bagaimana tanah penting berkenaan dilupuskan kepada syarikat Musa dengan harga yang murah.

Bagi kes balak, saya rasa ada kekeliruan dan pegawai BPR belum terlatih. Bukti kekal berada di dalam hutan iaitu tunggul kayu dan bukannya balak dikilang yang telah digergaji. Memang tidak ada nama Musa di atas kayu balak atau papan bergergaji berkenaan, tetapi kenapa anak Musa, Hafiz kerap keluar negara bersama taukeh balak seperti Admund Looh?, kata Jeffrey yang meminta BPR tidak menjalankan siasatan sambil lewa dan asal siap sebagaimana yang diamalkan oleh Polis DiRaja Malaysia.

Sehubungan itu, Jeffrey berharap agar Ketua Pengarah BPR sendiri yang datang mengambil keterangannya pada 14 November 2007 dan bukannya Pengarah BPR Sabah atau pegawai rendah yang gerun dengan pengaruh Musa.

Lagipun tidak ada gunanya saya memberi keterangan jika kes ini sudah diputuskan sebelum perbicaraan? Jika mereka benar-benar ingin menjalankan siasatan, saya bersedia memberi keterangan pada bila-bila masa.Tapi apakah mereka akan menggunakan maklumat yang saya beri untuk memerangkap saya dengan pelbagai helah sebagaimana terjadi dalam kes rasuah Ketua Polis Negara?, tanya Jeffrey yang bimbang jika BPR tidak menunaikan janjinya untuk melindungi saksi.

Jeffrey mengakui akan hadir, namun belum memutuskan sama ada mahu memberi keterangan di pejabat BPR atau di mahkamah.

Sebagai rakyat biasa, tugas saya melaporkan kejadian rasuah atau amalan rasuah sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997. Tetapi bukti telah saya beri dan saya rasa tidak ada apa lagi yang perlu saya jelaskan melainkan sekadar memenuhi prosedur siasatan, ujar Jeffrey yang berterima kasih kepada sebuah akhbar tempatan Sabah yang berani menyiarkan kenyataannya yang sebelum ini seringkali mengalami sindrom media black-out.

Kata Jeffrey, jika 81 dalil belum mencukupi, beliau akan menambah lagi kerana beliau mempunyai koleksi lebih 500 lagi tuduhan rasuah terhadap Musa Aman.

Saya tidak fail sekarang kerana 81 tuduhan pun belum siasat, macam mana nak fail tuduhan baru? Yang sudah dilapor itu jika betul mahu siasat tiga tahun pun tidak siap, ujar Jeffrey yang agak kesal kerana BPR ternyata hanya mengulangi watak lamanya dengan menangkap ikan bilis kerana gentar dengan keganasan jerung.

Kata Jeffrey lagi, mengikut peraturan yang berkuat kuasa, beliau boleh melaporkan kes rasuah terus ke balai polis kerana protokol BPR begitu merumitkan.

Saya mau rakyat tahu bahawa Ketua Menteri Sabah adalah pengamal rasuah dan kerap menyalahguna kuasa sebaik sahaja laporan dibuat. Soal kerahsiaan atau mengganggu siasatan tidak timbul kerana semua dokumen bukti tersimpan rapi di pejabat yang terlibat atau disimpan secara online, ujar Jeffrey yang jelak dengan alasan BPR yang melarangnya mendedahkan maklumat rasuah kepada umum.

Perjuangan menentang rasuah, tegas Jeffrey, bukanlah perjuangannya seorang, malah seluruh rakyat Sabah mengutuk amalan rasuah yang semakin menjadi-jadi di zaman Musa Aman.

Kerajaan Sabah yang sudah lama bankrap kerana diterajui pemimpin yang mengamalkan korupsi sebagai budaya pemerintahan, sudah tentu tidak mampu bertahan pada pilihanraya akan datang, ujar Jeffrey yang mengajak rakyat Sabah mengajar Pak Lah yang begitu liat untuk mengambil tindakan terhadap Musa Aman.

Dalam pada itu, sumber terdekat Ketua Pengarah BPR, berkata media tersilap membuat laporan berhubung kes Musa Aman.

Datuk Seri Ahmad Said tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi dan mengambil sikap berdiam diri. Tunggu masa yang sesuai beliau akan umumkan, ujar pegawai kanan BPR secara ringkas setelah didesak Malaysia Today menyatakan pendirian kerana masyarakat umum berpandangan Ahmad Said menutup kes Musa Aman setelah menerima pingat S.P.D.K daripada Kerajaan Negeri Sabah.

Menurut pegawai kanan berkenaan, kes yang ditutup adalah kes yang dilaporkan oleh orang perseorangan yang lain yang mendorong serbuan BPR ke atas operasi pembalakan haram di Keningau dan bukannya 81 tuduhan yang difailkan Dr Jeffrey Kitingan, namun enggan mengulas lanjut bagi mengelak spekulasi media.

Saya tidak fikir Datuk Seri Ahmad Said akan menutup kes Musa Aman kerana kami telah menyiapkan siasatan Kes Wisma Bandaraya yang telah diserahkan kepada Pak Lah untuk restu sebelum sebarang tindakan diambil, ujar seorang lagi pegawai BPR yang telah menyiapkan siasatan dan geram kerana media memutarbelit kenyataan Ketua Pengarahnya.

Persoalannya, kenapa Ahmad Said berdiam diri sehingga kini dan hanya membiarkan jurucakapnya, Latifah memberi kenyataan yang membingungkan semua pihak?

Namun jawapannya mungkin ada pada Gani Patail yang sedang berdeepavali selama satu bulan di The Hague, Belanda setelah Macai Datuk Anifah Aman (adik Musa Aman) iaitu Robert Tan telah bertemu dengan Manager Gani Patail, Stanley Chang untuk merundingkan pembebasan Musa Aman tanpa perlu menjalani perbicaraan mahkamah.

Siapa Stanley Chang yang begitu berpengaruh melebihi kuasa Menteri Dalam Negeri? Jawapannya dalam artikel akan datang bertajuk,Di Mana Ada Gani Patail, Di Situ Ada Stanley.

Bagi memberi gambaran sebenar 81 tuduhan rasuah yang telah difailkan Jeffrey Kitingan, Malaysia Today menghuraikannya secara ringkas mengikut tuduhan agar umum dapat menilai apakah terdapat kes yang melampaui keraguan munasabah terhadap Musa Aman atau sekadar surat layang?.

Kandungan Laporan Polis Jeffrey:

Saya, DATUK DR JEFFREY @ GAPARI KATINGAN @ GEOFFREY KITINGAN No. KPT: 471022-12-5367 membuat laporan polis ini atas kapasiti saya sebagai Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat dan Pembayar Cukai yang merasakan adalah menjadi tanggung jawab saya melaporkan kegiatan Jenayah, Pecah Amanah, Salah Laku, Salah Guna Kuasa dan Rasuah agar pihak POLIS dapat menjalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap KETUA MENTERI SABAH, DATUK SERI MUSA HAJI AMAN, merangkap MENTERI KEWANGAN SABAH merangkap Ketua Perhubungan UMNO Sabah yang secara sedar telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1) , (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960; Seksyen 4 (1) (a), (b) Bahagian II, Akta 613 AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM 2001; Akta 372, Akta Bank & Institusi Kewangan 1989; Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan sebagainya. Kenyataan Lengkap saya disertakan bersama ini.

Tuduhan 1:

Membuat pengakuan palsu kepada Perdana Menteri mengenai pengisytiharan harta yang boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan (FMS Cap.45) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 193 kerana TIDAK mengisytiharkan kepentingannya di dalam BESTCO SDN. BHD. iaitu sebagai Pemegang Saham Utama iaitu 840,000 unit daripada modal berbayar RM1.4 juta dan isterinya, DATIN FARIDAH HAJI TUSSIN sebagai Pengarah syarikat berkenaan mulai 12 Julai 1999 iaitu pemilik berdaftar tapak tanah dan bangunan yang di atasnya didirikan bangunan WISMA BANDARAYA.

Tuduhan 2:

Ketika menjadi Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah (2000) telah mempengaruhi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, DATUK RUBIN BALANG (APRIL 1999-MAC 2001) agar melepaskan hakmilik tanah TL 017539856 seluas 3,564.8 meter persegi (0.356 hektar) di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu yang didaftarkan di atas nama KOPERASI SERBAGUNA SANYA BHD yang terletak di bawah bidang kuasa Datuk Rubin kepada BESTCO SDN. BHD tanpa melalui sebarang tender dan pada harga paling rendah di pasaran setelah beberapa percubaannya sebelum ini gagal kerana ditolak oleh LEMBAGA PENGARAH KOPERASI SERBAGUNA SANYA BHD.

Tuduhan 3:

Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003), telah mempengaruhi Ketua Menteri Sabah, Datuk Chong Kah Kiat agar mengarahkan Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat berpindah ke bangunan milik syarikatnya, WISMA BANDARAYA sedangkan pada ketika itu Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi maklumat berpejabat di bangunan milik Kerajaan Negeri, Wisma MUIS secara PERCUMA.

Tuduhan 4:

Ketika menjadi Ketua Menteri Sabah (2007) telah bersubahat dengan Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, DATUK YEE MOH CHAI telah mempengaruhi Lembaga Pengarah dan Pengerusi Sabah Energy Corporation, AU KAM WAH (Wakil Rakyat Elopura), subsidiari Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat agar berpindah daripada WISMA BOON SIEW yang selesa dan murah ke WISMA BANDARAYA pada 1 Februari 2007 yang kadar sewanya lebih mahal dan tidak mempunyai cukup ruang untuk menampung jumlah kakitangan yang ramai.

Tuduhan 5:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah untuk mempengaruhi Malayan Banking Berhad memberi pinjaman bank sejumlah RM14.615 juta pada 25 September 2000 setelah mencagarkan tanah TL 017539856 yang dipindah milik pada hari yang sama dengan tarikh pindah milik daripada KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD kepada syarikatnya BESTCO SDN.BHD.

Tuduhan 6:

Ketika menjadi Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah telah menyalahgunakan kedudukannya mengikut Seksyen 2(2) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu, Darurat, 1970) untuk melengahkan membayar CUKAI TANAH sejumlah RM264,000 yang tertunggak sejak 1992 walaupun empat notis telah dikeluarkan kepada syarikatnya, BESTCO SDN.BHD setelah mengambil alih hakmilik tanah KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD. Seronoknya menjadi Ketua Menteri dan Menteri Kewangan kerana tidak perlu membayar Cukai Tanah sedangkan tunggakan cukai tanah milik rakyat biasa RM1,000 sudah diambil tindakan, namun tanah milik Musa sudah tertunggak cukainya sejumlah RM264,000, namun tidak ada sesiapa yang berani MELELONG tanah berkenaan bagi memungut cukai setelah notis tidak diendahkan.

Tuduhan 7:

Ketika menjadi Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah (2000), telah mempengaruhi Pengerusi dan Lembaga Pengarah KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD melepaskan pegangan ke atas hakmilik tanah berkenaan sedangkan sebelum ini tidak dipersetujui oleh Lembaga Pengarah KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD kerana tidak melalui tender dan tawaran pada harga yang rendah.

Tuduhan 8:

Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2000), telah menyalahgunakan kedudukannya mengikut Seksyen 2(2) Ordinan 22 (1970) mempengaruhi Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Sabah membenarkan penjualan tanah milik KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD melupuskan pegangan ke atas tanah berkenaan sedangkan sebelum ini tidak dipersetujui oleh Lembaga Pengarah KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD.

Tuduhan 9:

Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003), telah menyalahgunakan kedudukannya mengikut Seksyen 2(2) Ordinan 22 (1970) mempengaruhi PENGERUSI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI untuk membuat keputusan memindahkan operasi LHDN daripada Wisma Persekutuan dan Bangunan KWSP ke WISMA BANDARAYA sedangkan banyak bangunan pejabat milik Kerajaan Persekutuan Kosong.

Tuduhan 10:

Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003), telah menyalahgunakan kedudukannya mengikut Seksyen 2(2) Ordinan 22 (1970) mempengaruhi PENGARAH JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN (ROS) untuk membuat keputusan memindahkan operasi daripada Bangunan Pejabat Pos ke WISMA BANDARAYA sedangkan banyak bangunan pejabat milik Kerajaan Persekutuan Kosong.

Tuduhan 11:

Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003), telah menyalahgunakan kedudukannya mengikut Seksyen 2(2) Ordinan 22 (1970) mempengaruhi PENGARAH LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA) untuk membuat keputusan memindahkan operasi daripada Sembulan ke WISMA BANDARAYA sedangkan banyak bangunan pejabat milik Kerajaan Persekutuan Kosong.

Tuduhan 12:

Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2000), telah menyalahgunakan kedudukannya mengikut Seksyen 2(2) Ordinan 22 (1970) mengarahkan pengambil alihan hutang KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD di RHB BANK BERHAD oleh anak syarikat Kementerian Kewangan Sabah, DANAHARTA MANAGERS SDN.BHD .

Tuduhan 13:

Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003) dan KETUA MENTERI SABAH (2004 hingga kini) telah menyalahgunakan kedudukannya menerima lebih RM9.429 juta dalam bentuk sewa bangunan sejak 2003 oleh Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat dan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia yang dibayar kepada BESTCO SDN.BHD oleh Kementerian Kewangan Sabah dan Musa adalah Menteri Kewangan Sabah.

Tuduhan 14:

Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003) dan KETUA MENTERI SABAH (2004 hingga kini) telah menyalahguna-kan kedudukannya menerima lebih RM20 juta dalam bentuk sewa bangunan oleh LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI, FAMA dan JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN.
Tuduhan 15:
Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003) telah bersubahat dengan Ketua Menteri Sabah DATUK CHONG KAH KIAT (Tan Sri) dan Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, DATUK YEE MOH CHAI meluluskan kontrak ubahsuai bangunan pejabat Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat serta Jabatan Pembangunan Sumber Manusia bernilai RM5 juta tanpa melalui tawaran tender sedangkan ianya memberi nilai tambah kepada WISMA BANDARAYA.

Tuduhan 16:

Ketika menjadi Ketua Menteri Sabah (2007) dan Menteri Kewangan Sabah (2007) telah bersubahat dengan Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, DATUK YEE MOH CHAI dan PENGERUSI SABAH ENERGY CORPORATION (SEC) meluluskan kontrak ubahsuai bangunan pejabat baru SEC di Tingkat 1,2 dan 3 Wisma Bandaraya bernilai lebih RM5 juta tanpa melalui tawaran tender sedangkan ianya memberi nilai tambah kepada WISMA BANDARAYA.

Tuduhan 17:

Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003 hingga kini) dan Ketua Menteri Sabah (2004 hingga kini) secara sedar telah gagal menjimatkan Kewangan Kerajaan Negeri Sabah dengan melakukan pentadbiran songsang terhadap akauntabili Kerajaan Negeri setelah mengarahkan Kementerian dan Jabatan dan subsidiari berpindah ke bangunan persendirian MILIKNYA sehingga kerajaan terpaksa berbelanja lebih, sedangkan bangunan kerajaan dibiarkan kosong berbanding dengan semua Jabatan Persekutuan yang diarah berpindah ke Mini Putrajaya untuk menjimatkan belanja mengurus dan meningkatkan kecekapan.

Tuduhan 18:

Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2000) telah menyalahgunakan kedudukannya untuk mempengaruhi Jawatankuasa Pembangunan Daerah Kota Kinabalu, Majlis Perbandaraan Kota Kinabalu, Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar untuk meluluskan Pelan Pembangunan WISMA BANDARAYA walaupun bercanggah dengan peraturan yang sedia ada iaitu ketinggian bangunan yang akan dibina tidak boleh lebih tinggi daripada bangunan di belakangnya iaitu CENTURY HOTEL yang terlindung daripada pandangan dan menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi.

Tuduhan 19:

Ketika menjadi Ketua Menteri Sabah (2004) telah menyalahgunakan kedudukannya untuk melantik salah seorang ahli lembaga Pengarah KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD yang juga Pengerusi Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS), DATUK MASIDI MANJUN sebagai MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN sebagai membalas budi membantunya mendapat kelulusan Lembaga Pengarah KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD melupuskan hakmilik tanah TL 017539856 iaitu tapak WISMA BANDARAYA.

Tuduhan 20:

Ketika menjadi Ketua Menteri Sabah (2004) dan Menteri Kewangan Sabah telah memperdaya KABINET NEGERI SABAH dengan tidak menyatakan kepentingannya sebagai pemegang saham utama BESTCO SDN. BHD, pemilik WISMA BANDARAYA dan telah PECAH AMANAH sebagai Menteri Kewangan kerana telah membayar kepada dirinya sendiri dan memperoleh keuntungan daripada urusniaga penyewaan bangunan.

Tuduhan 21:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah mendesak Kabinet Negeri Sabah meluluskan Kontrak Pengswastaan Skim Bekalan Air Sandakan Fasa II Secara Design & Build kepada syarikat proksinya, CITY BEST CORPORATION SDN.BHD. bernilai RM450 Juta. Musa secara sedar mengetahui bahawa syarikat berkenaan TIDAK MEMPUNYAI PENGALAMAN dan modal untuk menjalankan projek berkenaan melainkan surat jaminan kredit sejumlah RM500 Juta dari-pada United Overseas Bank (Malaysia) Berhad. Ketika itu syarikat berkenaan masih mempunyai pinjaman sejumlah RM3.4 juta dengan bank berkenaan berbanding modal berbayar syarikat berkenaan hanya RM63,000 pada 26 Februari 2004. Syarikat ini diterajui oleh LAWRENCE CHU JAN TOW, proksi beliau. Sehubungan itu Musa telah melakukan Pecah Amanah kerana gagal memastikan akauntabiliti kerajaan secara efektif, efisen dan ekonomi dengan melantik syarikat TIDAK BERPENGALAMAN dan menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi Jemaah Kabinet Menteri Sabah mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997). Musa juga telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) , (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Tuduhan 22:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah mengarah Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan Konsesi kontrak Penyelenggaraan Jalan-Jalan JKR di Sabah Selama 15 Tahun bernilai RM600 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, GLOBINACO SDN.BHD. yang dimiliki oleh LAWRENCE CHU JAN TOW juga. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mempunyai modal berbayar RM1.1 juta tidak mampu mengendalikan projek berkenaan dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM45 juta setahun kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1) , (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 .

Tuduhan 23:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah mengarah Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan Konsesi kontrak HQ 120/2003 (S) Penyelenggaraan Jalan Pantai Meligan di Sipitang, Sabah Selama 3 Tahun bernilai RM18 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, JATRAYISAN CORPORATION SDN. BHD. yang dimiliki oleh adik LAWRENCE CHU JAN TOW iaitu PATRICK CHU JEN YU dan LAWRENCE CHU JAN TOW menjadi Setiausaha Syarikat. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mempunyai modal berbayar RM300,000 sahaja tidak mampu mengendalikan projek berkenaan dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM6 juta setahun kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melaku-kan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1) , (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Tuduhan 24:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah mengarah Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan Konsesi kontrak HQ 193/2003 (S) Penyelenggaraan Jalan Nabawan-Sepulot-Agis, di Keningau, Sabah Selama 3 Tahun bernilai RM10 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, JATRAYISAN CORPORATION SDN. BHD. yang dimiliki oleh adik LAWRENCE CHU JAN TOW iaitu PATRICK CHU JEN YU dan LAWRENCE CHU JAN TOW menjadi Setiausaha Syarikat. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mempunyai modal berbayar RM300,000 sahaja tidak mampu mengendalikan projek berkenaan dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM3.2 juta setahun kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Tuduhan 25:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah mengarah Kementerian Kerja Raya Malaysia menyenaraikan projek Membina Jalan Dari Donggongon-Papar Spurs Secara Design and Build bernilai RM200 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, KENATEX SDN.BHD. yang dimiliki oleh ahli keluarga LAWRENCE CHU JAN TOW, iaitu CHU KOK KENG dan CHU SOONG TAU. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mempunyai modal berbayar RM750,000 sahaja tidak mampu mengendalikan projek berkenaan dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM200 juta kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1) , (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Tuduhan 26:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah mengarah Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan kontrak Penyelenggaraan Jalan Jeroco, di Lahad Datu, Sabah Selama 3 Tahun bernilai RM9.5 Juta melalui PENGECUALIAN TENDER kepada syarikat proksinya, CITY BEST CORPORATION SDN. BHD. yang dimiliki oleh LAWRENCE CHU JAN TOW. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mempunyai modal berbayar RM10,000 sahaja tidak mampu mengendalikan projek yang DIANUGERAHKAN dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM 3.2 juta setahun kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1) , (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Tuduhan 27:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah memberi tekanan kepada Menteri Kewangan II Malaysia, Tan Sri Noor Mohamed Yaakub agar membatalkan kelulusan projek membina LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU bernilai RM800 juta yang telah dianugerahkan kepada TAN SRI TING PEK KING (setelah menyiapkan pembinaan Terminal II Air Asia) dan memberikan projek berkenaan kepada syarikat proksinya, WCT SDN. BHD yang dimiliki oleh ahli keluarga LAWRENCE CHU JAN TOW. Musa telah berjaya memaksa Kerajaan Persekutuan memberikan sebahagian besar projek berkenaan bernilai RM500 juta kepada syarikat Proksinya. Musa secara sedar telah mengetahui telah menyalahgunakan kedudukannya melobi projek dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

Tuduhan 28:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah mengarahkan sayap Pelaburan Kerajaan Negeri, WARISAN HARTA SABAH SDN. BHD yang memiliki sebidang tanah seluas 3.75 ekar berdekatan Centrepoint Kota Kinabalu dengan melantik syarikat proksinya iaitu SAGAJUTA (SABAH) SDN. BHD yang diwakili oleh nomineenya, MAZLAN ZAKARIA untuk membangunkan Kompleks Membeli Belah bernilai RM120 Juta. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa Pemegang Saham Sagajuta (Sabah) Sdn.Bhd iaitu RAMAJUTA PROPERTIES SDN.BHD telah menggagalkan projek Perumahan Kos Rendah Kerajaan Negeri di Kuala Menggatal dan melantik Mazlan sebagai nomineenya di dalam tiga syarikat yang berkepentingan iaitu SAGAJUTA (SABAH) SDN. BHD, RAMAJUTA PROPERTIES SDN. BHD dan NUSMETRO DEVELOPMENT (SABAH) SDN. BHD. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 15 (1) , (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.
Category: News
Posted by: raja petra
Oleh Deep Throat Sabah


Rumah Cinta ini menjadi sarang maksiat yang dilindungi pihak berkuasa.Gambar kecil Noor Rashid dan gambar di belakangnya Baharon Talib. China Doll ini telah dihantar balik setelah tertangkap dalam Operasi Khas ketika melayan pelanggan di sebuah kawasan sasaran.

Pengaruh dan kekuasaan sering membuatkan manusia leka, apatah lagi yang berpangkat dan digeruni seperti Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk DCP Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Imigresen Sabah, Baharon Talib.

Kedua-dua mereka ini sering dilihat memasuki Tung Fong Therapy & Reflexology Centre Sdn.Bhd di Beverly Hill, Jalan Bundusan Kota Kinabalu untuk berurut dan ????.

Memang tidak salah mereka datang ke rumah urut, tapi tempat ini ramai China Doll dan Filipina Doll. Tak baiklah orang lihat CP atau Pengarah Imigresen masuk pusat yang berselindung di sebalik kegiatan pelacuran ini, ujar seorang pelanggan Hotel Bundusan yang melihat Noor Rashid memasuki rumah urut berkenaan sekitar jam 8.45 malam.

Kata pelanggan itu yang hanya menamakan dirinya sebagai Mike, beliau kenal benar dengan Pesuruhjaya Polis Sabah kerana beliau bekas anggota polis yang bersara setahun lalu.

Mike yang tinggal di Sindumin secara kebetulan menginap di Hotel Bundusan untuk menghadiri majlis pernikahan anak saudaranya di Penampang kerana rumah anak saudaranya penuh sesak dengan tetamu sehingga keluarganya memilik untuk menginap dengan hotel yang terdekat.

Sebagai bekas anggota polis, saya tahu aktiviti rumah urut ini, namun oleh kerana taukeynya rapat dengan pegawai atasan, maka terhindar daripada serbuan, ujar Mike yang kini menjalankan perniagaan peruncitan dan kontraktor kecil.

Manakala seorang pelanggan rumah urut berkenaan, K.M Chea yang berasal dari Kuala Lumpur berkata dia gemar mendatangi rumah urut berkenaan kerana ramai amoi cantik yang didatangkan khas dari Cina dan Filipina.

Servis bagus. Boleh ekstra. Sekarang ada hotel di depan. Boleh call datang kalau takut orang tau, ujar Chea yang pernah beberapa kali membawa Pengarah Imigresen Sabah ke rumah urut berkenaan kerana beliau secara langsung berurusan dengan Jabatan Imigresen untuk menguruskan permit pekerja asing ladangnya di Keningau.

Bagi Chea, Tung Fong pilihannya untuk merehatkan minda dan tubuh selepas penat bekerja apatah lagi belum pernah diserbu pihak berkuasa.

Saya suka amoi dari China kerana boleh ekstra dan tidak cerewet. Ada juga minta jamin kerana passport mereka sudah expire. Saya banyak kesian. Tapi itu Imigresen director banyak baik dan sporting, ujar Chea yang mengakui telah menjamin tiga orang China Doll di rumah urut berkenaan yang kononnya bekerja sebagai tukang masak di restoran rakannya.
Bagi Chea, tidak salah Pengarah Imigresen atau orang berpangkat datang kerana ianya rumah urut berlesen.

Haiya kawan, kalau jumpa amoi, apa lagi? Saya suka, dia suka. Okeylah. Bikin itu barangpun mau apply licence kah? ujar Chea yang agak berang dan meluat apabila dikaitkan kegiatan pelacuran di rumah urut berkenaan yang menggunakan China Doll yang direkrut secara haram.

Tinjauan Malaysia Today mendapati rumah urut berkenaan dilengkapi dengan CCTV dan sistem penggera yang canggih untuk menyedarkan pelanggan yang sedang beradu dengan China Doll jika berlaku serbuan pihak berkuasa (tapi tidak pernah diserbu).

Rumah urut empat tingkat itu mempunyai lebih 30 pekerja setiap shif atau boleh ditambah pada bila-bila masa kerana mereka menginap di Beverly Hills Apartment yang berdekatan dengan rumah urut berkenaan.

Tingkat atas digunakan untuk kegiatan pelacuran kelas atasan dan tingkat bawah untuk kegiatan urutan biasa. Rumah urut ini juga digunakan sebagai Pusat Pengedaran Syabu dan dadah seperti Pil Kuda dan Ecstacy, terutama di kalangan Filipina Doll oleh rangkaian Sindiket Dadah antarabangsa yang berpangkalan di Labuan.

Ketika tinjauan dilakukan, beberapa orang pegawai Polis, Imigresen, JPJ dan Kastam sedang mengurut kaki kerana menunggu bos mereka yang melayan China Doll dan Filipina Doll di tingkat atas.

Misteri kehilangan lebih 40,000 China Doll yang masuk ke Malaysia sudah mula terjawab kerana jika mereka tertangkap atau ditangkap, akan diseludup keluar oleh pegawai atasan yang berkuasa namun tidak pernah menguatkuasakan undang-undang.

Tidak ada seorang China Doll pun yang dihantar ke Rumah Merah atau Pusat Tahanan Sementara, sebaliknya diservis dan dihantar balik tanpa bicara!

Siasatan di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Kuala Lumpur mendapati Wong Tai Miu, Tan Khoon Moh dan Lay Heing Ung menjadi Pengarah Tung Fong Theraphy & Reflexology Centre di Beverly Hills, manakala Wong Tai Miu, Yu Jian Long, Tan Lai Tuan dan Chu Vui Khat pula menjadi pengarah bagi cawangan Tung Fong di Kuala Lumpur.
Category: News
Posted by: raja petra
(Bernama) - Polis akan bertindak tegas terhadap pihak yang memperalatkan kanak-kanak, yang menjadikan mereka sebagai benteng dalam perhimpunan haram, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata ia merupakan tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak waras diperlakukan dalam sebarang perhimpunan, di samping melanggar Akta Kanak-kanak 2001.

"Tindakan tegas terhadap mana-mana pihak akan diambil di bawah akta tersebut (bagi kesalahan itu)," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Negara di Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan pemberita berhubung perhimpunan haram di ibu negara Sabtu lepas yang dipercayai menggunakan kanak-kanak sebagai benteng atau perisai bagi menghalang polis.

Musa berkata siasatan akan dijalankan terhadap penganjur perhimpunan haram itu dan tindakan yang tegas akan diambil.

"Kita akan siasat mereka yang menjadi dalang perhimpunan itu. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka kerana menimbulkan kekecohan. Kita (polis) sudah beri nasihat jangan libatkan diri dalam perhimpunan haram itu kerana ia menyebabkan ketidakselesaan kepada masyarakat. Kita sudah suruh mereka bersurai tetapi ada di kalangan mereka yang mencabar kita," katanya.

Ditanya mengenai uraura kononnya perhimpunan seumpama itu akan diadakan dalam tempoh tiga minggu lagi di tempat yang sama, Musa berkata polis bersiap sedia menghadapinya.

Sabtu lepas polis berjaya mengawal keadaan dalam perhimpunan haram yang diadakan di beberapa kawasan yang berpusat di Dataran Merdeka, dengan menempatkan seramai 4,000 anggota.
Category: News
Posted by: raja petra
(Bernama) - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan pembangkang menyerahkan memorandum berhubung dengan beberapa tuntutan mengenai proses pilihan raya di Malaysia kepada Istana Negara sebagai cubaan mengheret institusi raja terutama Yang di-Pertuan Agong ke dalam kancah politik.

Bagaimanapun, saya percaya Yang di-Pertuan Agong lebih matang dan tidak terperangkap dengan taktik politik mereka (parti pembangkang), katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konges ke-22 Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan di Hongkod Koisaan KDCA, di sini hari ini.

Ketika diminta mengulas sama ada tindakan pemimpin pembangkang itu adalah cubaan mengheret institusi raja ke dalam politik, Abdullah berkata:

Tentu sekalilah. Apabila mereka bertindak begitu, mereka cuba mengheret raja dan Yang di-Pertuan Agong atau memerangkap (Yang di-Pertuan) Agong dalam politik mereka.

Semalam, seramai 10 wakil termasuk Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang; Penasihat Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Datuk Seri Anwar Ibrahim'; Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan memorandum itu kepada Istana Negara.

Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak berada di Istana Negara kerana telah berangkat ke Terengganu pada Jumaat untuk merasmikan serta mengambil bahagian dalam Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Terengganu 2007 di Setiu.

Mengenai perhimpunan haram yang dianjurkan oleh hampir 70 badan bukan kerajaan (NGO) dan disertai parti-parti pembangkang di sekitar perkarangan Dataran Merdeka sehingga ke Masjid Jamek semalam, Abdullah berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada polis.

Polis menangani perkara itu dengan baik dan saya amat gembira. Kita tidak suka perkara seperti ini berlaku. Ia memang satu bebanan kepada polis.

Bila polis mengawal maka berlakulah sekatan jalan dan sebagainya yang menyusahkan rakyat.

Pihak polis telah menjalankan tugas dan tanggungjawab (yang diamanahkan). Perhimpunan atau demonstrasi jalanan ini tidak menyenangkan rakyat... banyak orang marah, katanya.
Category: News
Posted by: raja petra
Harakahdaily

Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang memberi ucapan tahniah dan penghargaan tinggi kepada peserta perhimpunan kerana tidak gentar dengan ugutan dan memilih jalan raya untuk menuntut demokrasi tulen di negara ini.

"Tahniah kepada Bersih yang telah berjaya anjurkan perhimpunan rakyat pada hari ini.Kepada seluruh peserta himpunan yang datang dari seluruh pelusuk negara saya ucapkan setinggi tahniah, kerana telah berjaya buktikan kepada dunia, bahawa rakyat Malaysia juga mempunyai kesedaran berjuang untuk membawa perubahan dalam negaranya," tegas Tuan Guru Abdul Hadi dalam ceramah umumnya di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar malam tadi.

"Kita memilih jalan untuk turun di jalan raya jangan paksa kita masuk hutan," katanya sinis sambil disahut dengan laungan takbir oleh penonton.

Kesakitan adalah kemanisan dalam perjuangan

"Tahniah kepada rakan-rakan yang ditahan (42 orang tetapi telah dibebaskan lewat malam tadi) yang sakit.Yang sakit itu adalah kemanisan dalam perjuangan. Mudah-mudahan yang menerima kemanisan perjuangan ini dapat fadhilat dari Allah," katanya.

Asas kepada prinsip demokrasi ialah yang memberi hak kepada rakyat menjadi hakim yang adil, melalui 'mahkamah' yang diberi kepada rakyat iaitu pilihan raya, katanya.
"Kita faham demokrasi bukan sahaja mengundi dengan bebas, demokrasi juga termasuk media yang bebas diberi peluang kepada semua parti politik yang bertanding dalam pilihan raya.

Pemerintah zalim, sekat media

"Parti pemerintah adalah zalim apabila tidak beri ruang kepada parti yang bukan memerintah untuk menyatakan hujah melalui media," katanya.

Demokrasi yang adil mestilah minda rakyatnya terbuka boleh berfikir dengan baik dapat maklumat dari semua pihak, ujarnya.

Apa yang berlaku pada hari ini demokrasi media 'dicekik' dan disempitkan hingga rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil melalui pilihan raya, tegasnya.

Rakyat menjadi mangsa kezaliman dalam masa singkat kerana mereka ditipu dengan hanya beberapa jam dalam pilihan raya, katanya lagi.

PAS dan rakan-rakan parti politik lain serta rakanrakan NGO menubuhkan Bersih untuk lakukan satu gerakan rakyat supaya kelak satu reformasi berlaku dalam demokrasi.
Kata Presiden PAS itu, demokrasi yang baik yang menjadi alat yang penting memilih kerajaan yang sihat melalui pilihan raya yang adil.

Setiap kerajaan ada ajalnya

Ustaz Hadi seterusnya menasihatkan rakyat bahawa, Allah mengajar supaya hambanya berwirid dalam solat lima waktu.

Maksud wirid yang dibacakan Presiden PAS "katakanlah wahai Allah tuhanku yang memiliki kerajaan, mengurniakan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkau rampas dari sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, ditangan kekuasaan Engkau sahajalah wahai tuhan segala kebaikan dan Engkau maha berkuasa di atas segala-gakanya".

Kata Tuan Guru Abdul Hadi lagi, Allah menjadikan kerajaan adalah ujian kepada pemimpin dan rakyat.

Ada kerajaan yang baik dan adil, ada kerajaan yang zalim dan jahat, silih berganti, ujarnya.

"Allah tidak menjadikan kerajaan dalam dunia ini kekal selama-lamanya termasuk kerajaan Nabi Sulaiman; Nabi Daud dan Nabi Muhammad s.a.w ada ajalnya," katanya..

Kerajaan zalim pasti temui ajalnya

Begitulah kerajaan yang zalim tidak akan memerintah lama ada ajalnya termasuk kuasa besar dunia Jerman, Perancis, Soviet Union dan kini Amerika Syarikat, semuanya ada ajalnya," katanya.

"BN jangan ingat parti itu tak ada ajal macam orang lain mereka juga ada ajal. Akan tiba masa tamat riwayatnya.

"Orang yang beriman mahu ajalnya disudahkan dengan baik dan hormat bukan ajak disudahkan dengan memalukan. Kita beri peringatan kepada pemimpin BN tamatkanlah riwayat kamu dengan nama yang baik. Jangan tamatkan riwayat kamu dengan nama buruk dan jahat," katanya.

Sambil melaungkan keyakinan bahawa rakyat Malaysia boleh berhadapan dengan kerajaan jahat BN sepertimana rakyat Indonesia, Filipina dan Thailand berhadapan dengan kerajaan mereka yang jahat.

"Rakyat Malaysia boleh berhadapan dengan BN. Wahai BN tamatkan riwayat kamu dengan cara yang terhormat. Ayuh bersihkan demokrasi yang kamu kotorkan. Kalau kamu berkeras percayalah kuasa kamu tak kekal selamanya, kita buktikan keyakinan kita pada hari ini," tegasnya.
Category: News
Posted by: raja petra
Azamin Amin
Harakahdaily


Dalam Mesyuarat PAS Pusat semalam mencadangkan supaya ahli,para penyokong PAS dan rakyat Malaysia amnya memakai baju kuning 'Bersih' setiap hari Sabtu sebagai tanda sokongan terhadap tuntutan rakyat yang mahukan sebuah pilihan raya adil dan demokrasi negara dipulihkan.

Ini adalah sebagai satu lanjutan kepada perhimpunan rakyat yang telah berjaya diadakan pada 10 November lepas sehingga Kuala Lumpur diwarnai landskap manusia berbaju kuning yang menyatakan sokongan terhadap tuntutan Bersih itu.

Mengulas lanjut isu tersebut Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar berkata cadangan itu telah dibangkitkan oleh salah seorang AJK PAS Pusat namun cadangan tersebut akan diputuskan tidak lama lagi.

"Cadangan tersebut amat positif. Pemakaian itu sebagai satu simbol sokongan rakyat yang mahukan perubahan dalam demokrasi negara yang semakin pincang dan mahukan supaya tuntutan pilhanraya yang bersih dan adil dapat dilaksanakan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

"Ia masih di peringkat cadangan dan kita akan putuskan tidak lama lagi." katanya lagi.

Dalam pada itu aktivis politik Ruhanie Ahmad dalam blognya juga turut mencadangkan supaya 'Gelombang Kuning' dengan pakaian kuning setiap Sabtu.

"Gelombang kuning perlu terus digelorakan di seluruh pelusuk tanahair tercinta. Bukan dengan perarakan ke Istana Negara di Kuala Lumpur sahaja," katanya dalam blognya Kuda Kepang.

"Tapi, hanya dengan memakai pakaian - baju, baju-t, tudung, necktie, selendang, kot, jubah, serban, seluar, skirt atau topi berwarna kuning pada setiap hari Sabtu," katanya

Katanya pemakaian warna kuning pada setiap Sabtu mulai hujung minggu ini sebagai simbol kasih dan sayang kita kepada Raja dan Negara dan tindakan ini amat bersesuaian dengan prinsip kedua Rukun Negara di mana rakyat mengikrarkan kesetiaan kepada Raja dan Negara pada setiap masa.

"Kita juga kenakan pakaian warna kuning setiap Sabtu untuk memperingati Sabtu 10:11 atau Sabtu 10 November 2007, tarikh bermulanya gelombang kuning di negara ini," cadangnya lagi.
Category: News
Posted by: raja petra
Wan Nordin Wan Yaacob
Harakahdaily


PAS membidas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyatakan pembangkang mengheret raja-raja ke kancah politik dengan menyifatkan ianya sebagai usaha memperkecilkan pemikiran dan kedudukan raja-raja.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar yang menghubungi Harakahdaily pagi tadi berkata, kenyataan Perdana Menteri itu memperlihatkan bahawa Umno kini berada dalam situasi tertekan setelah melihat himpunan rakyat pada sabtu lalu cukup berjaya.

Beliau yang turut kesal dengan kenyataan Perdana Menteri itu menyatakan jika sebelum ini Perdana Menteri menggunakan media untuk mencabar rakyat berhimpun, kini memanipulasikan semula himpunan itu dengan menuduh pembangkang mempolitikkan raja-raja.

Beliau mengulangi pendirian bahawa PAS dan pembangkang lain dalam Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) tidak pernah mempolitikkan raja-raja.

Memorandum tuntutan Bersih kepada Yang di-Pertuan Agong Sabtu lalu adalah suara rakyat yang mana mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan perjalanan pilihan raya di negara ini.

Sebagai institusi yang bertanggungjawab melantik SPR, raja-raja Melayu adalah tempat yang sesuai dan tepat bagi melahirkan suara rakyat terhadap memperbetulkan kepincangan yang ada.

Sementara itu Kamarudin yang juga ahli Parlimen Tumpat turut menyelar kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung himpunan 100,000 rakyat anjuran Bersih.

Menurut Kamarudin, kenyataan Najib bahawa Umno pun boleh mengadakan himpunan yang sama seperti pembangkang, memperlihatkan ketakutan yang amat sangat pemimpin nombor dua Umno itu terhadap himpunan yang diadakan oleh Bersih.

Amat malang sekali setelah media-media pro Umno memperkecilkan himpunan anjuran Bersih dengan hanya menyatakan 4000 sahaja yang sertai himpunan itu, hari ini TPM pula menyatakan 10,000 yang menyertai.

Kata Kamarudin, rakyat kini tidak boleh diperbodoh atau dicabar lagi, dan natijahnya sabtu lalu kemarahan rakyat dijelmakan dalam himpunan 100,000 rakyat di hadapan Istana Negara.

Agong ada hak tangguh pilihan raya?

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Guaman dan Hak Asasi PAS, Hanipa Maiden yang diminta mengulas bidang kuasa raja-raja dalam isu ini berkata, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk menangguhkan pembubaran Parlime.

Ia boleh dilakukan sekiranya berdasarkan penelitian yang dibuat bahawa SPR masih gagal untuk memastikan sistem pilihan raya berjalan dengan adil dan telus, katanya yang juga seorang peguam.

Jelasnya, walaupun Perdana Menteri meminta izin untuk berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong bagi memutuskan tarikh pembubaran Parlimen, Baginda mempunyai kuasa untuk menangguhkan pilihan raya sehingga baginda benar-benar berpuas hati dengan kredibiliti dan ketelusan SPR

Hal ini adalah seiring dengan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dalam memorandum yang diserahkan kepada Agong 10 November lalu, agar baginda bertindak untuk memastikan perjalanan pilihan raya pada kali ini berlangsung dengan adil dan telus, katanya.

Terdahulu Perdana Menteri menyifatkan tindakan pembangkang menyerahkan memorandum berhubung dengan beberapa tuntutan mengenai proses pilihan raya di Malaysia kepada Istana Negara sebagai cubaan mengheret institusi raja terutama Yang di-Pertuan Agong ke dalam kancah politik.

"Bagaimanapun, saya percaya Yang di-Pertuan Agong lebih matang dan tidak terperangkap dengan taktik politik mereka (parti pembangkang)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konges ke-22 Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan di Hongkod Koisaan KDCA, semalam.

"Tentu sekalilah. Apabila mereka bertindak begitu, mereka cuba mengheret raja dan Yang di-Pertuan Agong atau memerangkap (Yang di-Pertuan) Agong dalam politik mereka," kata Abdullah.

Sabtu, seramai 10 wakil termasuk Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang; ; Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; dan beberapa pimpinan NGO menyerahkan memorandum itu kepada Istana Negara.

Dianggarkan lebih 100,000 rakyat berhimpun di merata tempat sekitar Kuala Lumpur setelah pihak polis bertindak menghalang himpunan dari pelbagai arah menuju ke himpunan besar di Istana Negara.

Seramai lebih 40 peserta himpunan ditangkap dan dibebaskan pada hari yang sama.Polis telah menggunakan 'water cannon' dan gas pemedih mata untuk menghalang himpunan di Dataran Merdeka yang mahu meneruskan himpunan ke Istana Negara.
Category: News
Posted by: raja petra
Abdul Halim Mohd Rashid
Harakahadily


Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempersoalkan adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi cuba mengugut Yang di-Pertuan Agong supaya jangan membersihkan perjalanan pilihanraya seperti tuntutan BERSIH.

"Pembangkang cuba heret Agung ke kancah politik atau Perdana Menteri cuba ugut Agung jangan bersihkan perjalanan pilihanraya seperti tuntutan BERSIH?" tanya beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri mengenai himpunan aman menuntut pilihan raya yang adil dan bersih anjuran BERSIH Sabtu lalu.

Perdana Menteri menyifatkan tindakan pembangkang menyerahkan memorandum berhubung dengan beberapa tuntutan mengenai proses pilihan raya di Malaysia kepada Istana Negara sebagai cubaan mengheret institusi raja terutama Yang di-Pertuan Agong ke dalam kancah politik.

Husam seterusnya mempersoalkan adakah Yang di-Pertuan Agong patut membiarkan pilihan raya negara ini dijalankan dalam keadaan kotor.

"Kalau Yang di-Pertuan Agong tak bersihkan, siapa nak bersihkan? Adakah Yang di-Pertuan Agong perlu biarkan pilihanraya negara kita kotor?

"Bersih atau kotor lebih mulia?" tanya Exco Kerajaan Kelantan itu dalam kenyataan bertajuk "Agong jangan diugut" di dalam blognya, cetusan-hati.blogspot.com

Husam juga meminta Perdana Menteri supaya membaca dahulu petikan memorandum Bersih.

Antaranya, perkara ke lapan yang menyatakan, "Kami memohon Ke Bawah Duli Tuanku agar Tuanku akan menyuarakan kehendak rakyat menuntut pembaharuan pilihanraya termasuk mengutarakan cadangan untuk sebuah Suruhanjaya diRaja untuk mengkaji pembaharuan sistem and proses pilihanraya.

"(Dan) Menggunakan kuasa Tuanku di bawah Perkara 40(2), Perlembagaan Persekutuan, untuk menolak apa jua permintaan untuk membubar Parlimen selagi empat pembaharuan serta-merta di atas tidak dilaksanakan".

"Itukah yang PM bimbang?" tanya Husam.
Category: News
Posted by: raja petra
Azamin Amin
Harakahdaily


Perhimpunan diadakan 10 November lalu berjaya mencapai kejayaan yang besar di luar jangkaan malah matlamat untuk menyampaikan suara dan tuntutan rakyat kepada DYMM Agong dan Raja-Raja bagi memulihkan demokrasi negara tercapai.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, himpunan tersebut itu juga berjaya mengumpulkan jumlah rakyat yang besar termasuk menganjurkannya secara aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

"Alhamdulillah rakyat bersabar dan tidak bertindak balas walaupun ada provoksi oleh pihak-pihak tertentu untuk menghuru-hara termasuk tindakan polis," katanya dalam sidang media selepasa Mesyuarat PAS Pusat di pejabata Agung PAS semalam.

"Himpunan rakyat juga berjaya mendapat dan perhatian liputan daripada media dalam negeri dan antarabangsa walaupun dengan cara yang ringkas tetapi memberi satu makna yang besar dalam perjuangan kita untuk memulihkan demokrasi dalam negara kita," katanya.

Turut hadir sama Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar dan AJK PAS terdiri daripada Anuar Tahir, Syed Azman dan Hanipa Maidin.

Menjawab soalan wartawan Ustaz Hadi berkata penyerahan memo itu telah dilakukan oleh 10 orang yang terdiri daripada dirinya, pimpinan politik dan NGO dan telah disampaikan kepada pegawai Istana Negara malah pegawai tebabit berjanji akan memajukan kepada DYMM Agong dan akan diteliti oleh Majlis Raja-Raja.

Sebelum itu Ustaz Hadi dalam ceramahnya pada hari sama perhimpunan rakyat itu diadakan mengucapkan tahniah kepada Bersih yang telah berjaya menganjurkan perhimpunan rakyat dan Kepada seluruh peserta himpunan yang datang dari seluruh pelusuk negara.

"Saya ucapkan setinggi tahniah, kerana telah berjaya buktikan kepada dunia, bahawa rakyat Malaysia juga mempunyai kesedaran berjuang untuk membawa perubahan dalam negaranya," tegas Tuan Guru Abdul Hadi dalam ceramah umumnya di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar Ahad lalu.

Turut serta dalam ceramah umum anjuran Bersih di Taman Melewar malam tadi selepas himpunan 100,000 rakyat pada jam 2.30 petang semalam berjaya ialah, Penasihat Perti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim; Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; AJK DAP Pusat, Ronnie Liu dan Koordinator Penggerak Demokrasi, Anuar Tahir.

Presiden PAS melahirkan tahniah kepada peserta himpunan aman kerana cukup bersabar walaupun ada gangguan sambil menyifatkan kesediaan mereka menyertai himpunan semalam adalah satu pengorbanan yang sangat mahal harganya.
Category: News
Posted by: raja petra
Bashir Ishak
Harakahdaily


Bertolak dari Perlis

Rombongan dari Perlis bertolak ke Himpunan Aman 100 ribu Rakyat Malaysia anjuran Bersih dari Balai Islam MADI, Jejawi dengan rancangan awal sebanyak 10 buah bas.

Peserta rombongan sudah mula berkumpul seawal jam 7.30 malam. Pada jam 9.30 malam, Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman mula memberikan taklimat perjalanan kepada peserta.

Mulai jam 10.00 malam bas yang akan membawa peserta himpunan mula tiba dan diputuskan setiap bas yang sudah lengkap para peserta serta butiran peribadi mereka akan bertolak dahulu.

Juga diputuskan setiap bas tidak akan berkonvoi dan akan bergerak secara solo mengikut beberapa jalan yang ditetapkan.

Penulis berada di bas kedua yang terdiri dari peserta dari Dun Santan dan Beseri yang bertolak kira-kira jam 10.20 malam melalui Lebuh Raya Changlun-Kuala Perlis.

Bas mulai ditahan/Tshirt Bersih dirampas

Selepas melewati kawasan Pauh, penulis menghubungi Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Zolkharnain Abidin yang mengetuai bas pertama melalui SMS.

Beliau menyatakan basnya sudah ditahan di sempadan Perlis/Kedah berhampiran Ulu Pauh dan katanya sehelai Tshirt Bersih telah dirampas polis.

Lantas penulis memberi amaran kepada rakan-rakan yang mempunyai Tshirt Bersih supaya menyorokkannya. Begitu juga, penulis menghubungi rakan-rakan dari bas lain yang berada di belakang.

Penulis melihat bas yang pertama tadi masih lagi ditahan.

Tiga orang anggota polis menaiki bas kami dan mula memeriksa semua beg penumpang. Mujurkah tiada baju kuning yang dijumpai.

Polis mengambil kad pengenalan setiap penumpang dan mencatatkan setiap butiran.

Tidak berapa lama kemudian, bas yang dinaiki peserta dari Dun Sena dan Kayang pula tiba dengan disusuli bas keempat dari Dun Titi Tinggi dan Chuping.

Terdapat sedikit insiden apabila polis merampas baju Bersih milik Setiausaha DPP Padang Besar, Nurdin Isa yang menaiki bas keempat tadi.

Berlaku sedikit pertengakaran anatara pihak polis dengan seorang pimpinan PAS Perlis yang mempersoalkan tindakan polis itu.

Bagaimanapun ianya berjaya ditenangkan, walaupun seorang pegawai polis cuba memprovokasi dengan amaran, "bagi kerjasama kalau tak nak tidur lokap" malam ini.

Selepas sejam setengah, maka bas-bas yang ditahan dibenarkan untuk bertolak. Penulis difahmakan dua bas yang membawa peserta dari Dun Bintong dan Sanglang juga telah ditahan di sempadan Perlis/Kedah berhampiran Jelempok.

Semua baju T Bersih milik penumpang bas Dun Bintong telah dirampas polis, bagaimanapun penumpang bas Dun Sanglang sempat menyorokkannya.

Ditahan lagi

Perjalanan melalui lebuh raya adalah lancar sehingga ke tol Juru di Pulau Pinang.

Bas kami ditahan lagi, namun hanya untuk seketika apabila pihak polis hanya memeriksa permit bas dan mengambil gambar.

Di dalam bas penulis dihubungi beberapa sahabat yang menyatakan empat bas dari Perlis tidak dapat bertolak kerana bas yang ditunggu tidak hadir.

Difahamkan bas tersebut yang disewa dari Kedah telahpun ditahan dan pemandunya tidak berani untuk terus datang ke Perlis untuk mengambil penumpang.

Sebahagian para peserta himpunan yang tersadai itu telah mengambil keputusan untuk bertolak ke Kuala Lumpur dengan kenderaan sendiri.

Penulis mendapat maklumat lebih 50 orang telah mula bergerak dari Perlis bermula jam 3.30 pagi.

Bas kami herhenti di hentian Tapah untuk mandi dan bersolat subuh.

Di sana penulis bertemu dengan peserta himpunan dari PAS Kawasan Merbok yang menceritakan bas mereka sudah ditahan seawal keluar dari tol Taman Sejati di Sungai Petani.

Selepas sarapan pagi pagi kami meneruskan perjalanan sambil berkira-kira apakah strategi yang akan diambil sekiranya disekat daripada memasuki Kuala Lumpur.

Awalnya, ketua rombongan memutuskan untuk masuk melalui Rawang dan menaiki KTM Komuter, namun selepas mendapat berita bas pertama dari Perlis berjaya sampai ke Masjid Negara, maka diputuskan untuk terus masuk melalui susur keluar Sungai Buluh.

Dua bas lagi dari Perlis (bas Dun Bintong dan Sanglang) mengambil keputusan untuk melalui tol Jalan Duta. Malangnya mereka ditahan dan dibawa ke Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketiak seorang sahabat menghubungi penulis terdengar di telefon bunyi siren kereta peronda polis yang sedang mengirinngi bas mereka.

Walaupun ada sekatan jalan di tol Sungai Buluh, bas yang kami naiki tidak pun ditahan dan perjalanan ke stesen Putra LRT di Terminal Putra Gombak adalah lancar.

Tiba di Masjid Jamek

Di sana kami terus menaiki tren ke Stesen Masjid Jamek dan tiba pada jam 11.00 pagi.

Keadaan sekitar nampaknya masih lengang dan cuaca mulai mendung. Kelihatan lima buah kenderaan FRU dan dua buah jip polis di hadapan Masjid Jamek serta ramai anggota polis berkawal di kawasan sekitar.

Penulis asalnya mahu ke Pajabat Agung PAS di Jalan Raja Laut untuk menghadiri satu mesyuarat, bagaimanapun seorang sahabat yang dihubungi menyatakan mesyuarat ditunda kerana orang ramai sudah mula berhimpun di sana.

Penulis cuba meninjau di sekitar Dataran Merdeka namun dihalang oleh pihak polis yang berkawal di sana. Dilihat puluhan trak polis dan FRU sudah berada di sana.

Ketika meninjau di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman, seorang sahabat dari Kedah memberitahu orang ramai sudah mula berkumpul berhampiran Kompleks Membeli Belah Sogo.

Begitu juga penulis mendapat SMS dari sahabat yang berada di Masjid Negara yang menyatakan polis mula mengarahkan orang ramai meninggalkan kawasan masjid dan ada yang memberitahu orang ramai sedang membaca Yaasin di dalamnya.

Kira-kira jam 11.40 pagi pihak FRU mula menghalau orang ramai yang sedang berkumpul di satu sudut di persimpangan hujung Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak.

Tatkala itu hujan mulai turun, dan orang ramai cuba membuat andaian apakah yang bakal dibuat oleh polis yang berkawal di Dataran Merdeka, sama ada lari atau terus terpacak di tengan hujan.

Sebahagian dari anggota polis yang berbaju hujan terus terpacak di dalam hujan sedangkan yang lainnya mengambil perlindunan di bawah landasan Star LRT.

Selang beberapa minit, orang ramai mula bertakbir apabila barisan "tentera merah" Unit AMAL bergerak masuk untuk bertugas di kawasan sekitar Masjid Jamek.

Pada masa yang sama, sebuah helikopter polis sedang berlegar-legar di udara dan terbang rendah memerhatikan keadaan sekeliling.

Masjid Jamek mulai sesak dengan lautan manusia

Tiada apa-apa pergerakan sepanjang setengah jam berikutnya memandangkan hujan yang lebat dan orang ramai pula mula memasuki kawasan Masjid Jamek untuk memandangkan waktu Zohor yang hampir tiba.

Penulis juga bergerak ke masjid dan mendapati ruang solat sudah mula sesak dengan orang ramai. Begitu juga dengan tempat berwudhuk dan kawasan sekitar sudah mulai dibanjiri manusia.

Pun begitu, hanya seorang pemuda berloghat pantai timur sahaja yang agak "macho" dengan berTshirt Bersih sedangkan oprang lain belum pun mengenakan pakaian rasmi perhimpunan.

Penulis dapat meneka bahawa ini merupakan strategi yang diatur dan dipatuhi semua supaya hanya memakai Tshirt tersebut selepas solat Zohor.

Selesai solat Zohor, para jemaah di dalam ruang solat terbuka di sebelah kanan mengadakan solat hajat dengan diimami oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kemudiannya, para peserta himpunan diarahkan berkumpul untuk mendengar taklimat dari Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli yang akan memimpin perarakan keluar dari Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka.

Turut serta ialah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali, Mustafa Kamil Ayub dari KeADILan.

Taklimat ringkas Dr Hatta awalnya diganggu oleh deruman helikopter polis yang sedang berlegar namun kemudiannya, disahut oleh laungan takbir dan "Daulat Tuanku". Sebelum bergerak Tuan Ibrahim memimpin bacaan doa.

Polis mula bertindak

Ketika peserta himpunan yang membanjiri kawasan masjid mula bergerak keluar, hujan lebat mulai turun dan pihak FRU yang menyekat laluan berhampiran stesen LRT menghalakan pancutan air dari 'water cannon' dihalakan ke arah orang ramai yang bersesak-sesak di hadapan pintu masuk masjid.

Penulis yang sedang berasak-asak untuk keluar dari masjid mula merasakan bau yang tidak menyenangkan disusuli rasa pedih mata.

Ketika saf hadapan sudah berada di Jalan Tun Perak menuju ke Dataran Merdeka, orang ramai masih lagi bersesak-sesak untuk keluar dari kawasan masjid.

Semasa penulis keluar melalui kawasan belakang mahkamah dan tiba di Jalan Tun Perak, didapati pihak FRU sudah menghalang pergerakan di hadapan bangunan CIMB.

Tatkala itulah beberapa tembakan gas pemedih mata dilepaskan dan orang ramai mula berundur ke belakang.

Pengunduran orang ramai itu memberi peluang FRU mara ke hadapan. Pun begitu, orang ramai yang tadinya bertempiran lari masih berkumpul sambil melaungkan takbir dan 'Lailahaillallah'.

Pancutan 'water cannon' disusuli beberapa lagi tembakan gas pemedih dilepaskan dan orang ramai mula bertempiaran lari ke arah Jalan Masjid India, stesen LRT dan masuk semula ke kawasan masjid.

Penulis sempat berlari ke stesen LRT untuk merawat mata yang pedih. Kelihatan orang ramai termasuk penumpang yang mahu menggunakan khidmat LRT terbatuk-batuk menahan pedih.

"Tak apalah polis, nanti kamu tunggu balasan di akhirat. Hujan lebat-lebat biar kamu di panah petir," jerit seorang kakak yang sedang berlindung di stesen LRT dengan nada geram.

Keadaan reda seketika tetapi orang ramai masih membanjiri Jalan Tun Perak dan penulis sempat menghantar berita melalui SMS kepada Ketua Wartawan, Wan Nordin.

Stesen Star dan Putra LRT MAsjid Jamek serta beberapa kedai-kedai di persekitaran sudah mula ditutup.

Ketika pasukan FRU mara berhampiran OCBC Bank, beberapa das lagi tembakan gas pemedih mata dihalakan kepada orang ramai.

Sekali lagi orang ramai bertempiaran lari ke arah Jalan Melaka, Medan Pasar, Jalan Benteng dan Leboh Ampang untuk berlindung di celah-celah bangunan.

Kali ini penulis dapat merasakan kesan yang lebih teruk dari tembakan gas tersebut. Ianya jatuh tidak jauh dari tempat penulis berada. Ketika itu penulis sedang merakamkan gambar anggota polis yang sedang berkawal.

Malangnya, anggota polis yang tidak bertopeng itu pun turut menjadi mangsa rakan mereka sendiri.

Penulis mengambil masa yang agak lama untuk memulihkan keadaan, namun sempat sekali lagi menghantar berita kepada Wan Nordin.

Keadaan mulai reda di sekitar Jalan Tun Perak dan Masjid Jamek.

Ketika itu, menurut seorang pimpinan PAS dari Selangor, peserta yang tinggal di kawasan itu seperti ekor cicak yang terputus.

"Kita ni dah jadi ekor cicak putus, kepala dan badan entah ke mana?," katanya.

Lebih kurang sepuluh minit kemudiannya. seorang anggota Unit AMAL memberitahu orang ramai untuk bergerak menuju ke Istana Negara sama ada melalui hadapan Dayabumi ataupun Petaling Street.

Orang ramai yang sedang berlegar di sekitar Masjid Jamek, Stesen LRT dan Medan Pasar mula bergerak.

Penulis bertemu Ketua DPP Perlis, Ustaz Ya'akub yang mengajak untuk bersamanya ke Istana Negara. Ketika kami berada di hadapan Menara Dayabumi, kelihatan rombongan yang diketuai Dr Hatta sedang bergerak di Jalan Kuching menuju ke Istana Negara sambil melaungkan slogan "Hidup Rakyat" dan "Hancur Kezaliman".

Sungguhpun sudah terlewat, kumpulan ini terus bergerak ke Istana Negara dengan penuh bersemangat walaupun bertembung dengan orang ramai yang sudah beredar pulang dari sana di persimpangan Jalan Kampung Attap.
Category: News
Posted by: raja petra
Mat Zain Mat Isa
Harakahdaily


"Mana boleh tak sampai 3,000 (orang)? Itu bohong sangat tu! Hak berhimpun di Masjid Negara saja pun dah dekat 40,000. Belum lagi campur hak (berhimpun di) Sogo, hak Masjid Jamek, hak Pasar Seni. Memang lebih dari target 100 ribu!" tegas Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man kepada beberapa demonstran yang baru mula berehat di surau Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut petang semalam.

Beliau yang turut mengenakan kemeja-t kuning yang dicetak khas untuk perhimpunan itu kelihatan begitu rancak dan bersemangat berbual dengan beberapa ahli PAS di salah satu sudut surau itu. Kesemua mereka baru saja kembali daripada perarakan ke Istana Negara. Perarakan itu dipimpin Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang. Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyusul kemudian.

Kesemua mereka berjaya mempersembahkan memorandum rakyat menuntut limpah perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertua Agung agar hasrat rakyat melihat sebuah pilihan raya yang bersih dan adil dapat dilaksanakan pihak pemerintah negara ini.

Berdasarkan perhitungan mata, memang jumlah kehadiran petang semalam melebihi jangkaan 100 ribu orang. Sebab itu Tuan Ibrahim dan rakan-rakannya tadi amat wajar berasa kecewa dengan dakwaan sesetengah pihak bahawa perhimpunan itu dihadiri hanya tidak sampai 3,000 peserta. Mereka dipercayai merujuk kepada siaran berita tv tempatan dan laman web pro-kerajaan mengenai perhimpunan itu sejurus sebelum itu.

Jumlah 100 ribu itu belum lagi mengambilkira ribuan antara mereka yang dipaksa berpatah balik sebelum sempat sampai ke tempat perhimpunan. Berbagai maklumat diterima orang ramai yang berada di perhimpunan itu mengenai nasib rakan-rakan mereka. Sekatan jalanraya ada di segenap penjuru masuk ke ibukota. Halangan yang sengaja dibuat pihak polis itu adalah punca utama kesesakan lalulintas di luar KL. Sedangkan lalulintas di tengah kotaraya bergerak lantar.

Ada cerita sekatan bermula seawal perjalanan di Pagoh, Johor dan Kemaman, di Terengganu. Ada yang digeledah bagasi masing-masing, kemeja-t kuning Bersih dirampas. Bahkan, ada cerita yang rombongan dari Terengganu yang sedang berehat di sebuah masjid di Gombak bukan setakat diarahkan berpatah balik oleh pihak yang mendakwa sebagai polis, malah mereka diiring sehingga memasuki Lebuhraya KL-Karak bagi memastikan mereka benar-benar berpatah balik.

Kesungguhan pihak polis berusaha menggagalkan perhimpunan semalam dipercayai bagi memenuhi mandat dan tanggungjawab berat yang diberikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi kepada pasukan keselamatan itu sehari sebelumnya. Abdullah di dalam ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno 2007, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat lalu antara lain memberi amaran kepada penganjur 'Himpunan 100 Ribu' supaya jangan berdegil mahu meneruskannya. Katanya: "Saya pantang dicabar."

Menurut Abdullah, perhimpunan yang disebutnya 'demokrasi jalanan' itu bukannya mencabar kerajaan dan kepimpinan beliau, sebaliknya menyifatkan ia satu perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang negara.

"Selama ini, mana ada perhimpunan seperti itu diadakan secara aman. Terpulang kepada polis yang telah terlatih untuk mengambil tindakan," kata Abdullah pada sidang akhbarnya selepas itu.

Perhimpunan anjuran Gabungan Tuntutan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) semalam adalah bertujuan menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan adil. Untuk itu, Bersih menyenaraikan empat tuntutan dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pertama, penggunaan dakwat kekal yang dicelup ke jari pemilih berdaftar yang telah selesai membuang undi. Ia bagi mengelakkan pemilih sama mengundi berulangkali.

Kedua, pembersihan daftar pemilih daripada nama-nama yang tidak sayugia wujud. Ia termasuk apa yang disifatkan sebagai 'pengundi hantu', pemilih yang telah mati dan seumpamanya. Ia bagi mengelakkan sebarang kecenderungan penyalahgunaan nama terbabit atau penipuan oleh mana-mana pihak yang bertanding.

Ketiga, pemansuhan undi pos. Bersih berpandangan pelaksanaan undi pos amat dipertikaikan ketelusannya, terutama melibatkan dakwaan pemaksaan undi oleh pegawai atasan dan penipuan kertas undi yang sukar dibuktikan.

Keempat, Bersih turut menuntut akses kepada media yang lebih adil dan saksama bagi parti-parti pembangkang. Media massa cetak mahu pun elektronik sepatutnya bersikap lebih demokratik dan memberi ruang seadilnya kepada kesemua parti untuk menyatakan pandangan dan mesej masing-masing.

Kecuali semburan air kimia, tembakan gas ke atas kumpulan dari Masjid Jamek, balunan belantan dan tangkapan terhadap beberapa peserta perarakan, keseluruhan perhimpunan semalam boleh dikatakan berjalan secara aman. Ia kelihatan kecoh sedikit hanya disebabkan beberapa tindakan polis tadi, selain membunyikan siren amaran dan mengejarkan kenderan merah ke arah orang ramai.

Turut membingitkan suasana ialah deruman enjin dua helikopter yang berligar di sekitar kawasan perhimpunan. Namun provokasi pihak polis itu gagal mengundang sebarang reaksi tidak terkawal para peserta perarakan.

Kesemua mereka berarak penuh tertib sambil melaungkan slogan perhimpunan, "Pilihan Raya Bersih", "Daulat Tuanku" dan "Allahu Akbar."

Tiada langsung kecaman atau maki hamun terhadap mana-mana pihak termasuk kerajaan BN. Turut memudahkan urusan mereka ialah dua pihak lain, iaitu pihak polis dan istana.

"Saya pun terkejut, macam tak percaya macamana pihak polis boleh terlepas pandang kumpulan dari Sogo dan Masjid Negara, sehingga dia orang ni (peserta perarakan) boleh lepas ke Istana Negara. Boleh jadi depa (polis) terlalu asyik tumpu kat kumpulan Masjid Jamek. Boleh jadi juga polis pun bersimpati dengan kita," Ketua Penerangan PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar melemparkan teorinya. Beliau menyebutkan demikian dalam satu sesi bualsantai di Pejabat Agung PAS malam tadi.

Telahan Mahfuz tentang 'sikap terbuka' pihak polis itu nampaknya terbukti benar. Meski pun terlalu sukar dipercayai, hakikat itu diakui Menteri Penerangan, Dato' Zainuddin Maidin semasa ditemubual secara langsung oleh stesen tv Al Jazeera. Akhbar The Star hari ini (11 November) menyiarkan pengakuan Zainuddin, "when they (peserta perarakan) refused to disperse, the police allowed them to march to Istana Negara to hand over a memorandum demanding a clean and fair election."

Soal apakah pengakuan Zainuddin itu semata-mata berhasrat menafikan laporan stesen tv antarabangsa itu mengenai keganasan polis terhadap orang ramai semalam, itu suatu hal yang lain. Apa yang pasti, pengakuannya itu didengar jutaan penonton tv semalam dan dibaca pula jutaan penatap akhbar hari ini.

Lebih dari itu, pengakuannya bahawa polis telah membenarkan perarakan itu menuju ke Istana Negara secara tidak langsung mengesahkan bahawa pihak polis telah 'turut sama mencabar' pantang yang ditegaskan Abdullah Jumaat lalu.

Malah Mahfuz turut memberitahu beliau dimaklumkan pihak tertentu bahawa Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin sendiri telah berkenan mengeluarkan titah secara bertulis kepada pegawai Istana Negara agar membuka pintu istana dan menerima kehadiran para pemimpin Bersih untuk menyerahkan memorandum semalam.

Jika benar bagai didakwa Mahfuz itu, jika benar bagai didedahkan Zainuddin, jika benar bagai dianggarkan Tuan Ibrahim dan rakan-rakannya, bermakna ketiga-tiga pihak dalam negara ini, iaitu rakyat, polis dan istana telah benar-benar mencabar 'pantang' dituturkan PM itu.
Category: News
Posted by: raja petra
Ali Bukhari Amir
Harakahdaily


Badai gelombang kuning rakyat yang membanjiri sekitar ibu kota Sabtu lalu dikepung FRU dan polis dengan kawalan yang cukup ketat.

Laporan demi laporan didedahkan mengenai keganasan polis dan penafian polis yang melakukan keganasan telah menghiasi media. Apa lagi selepas ini?

Lembah Klang yang asalnya menjadi wadah takungan kemarahan rakyat di Sogo, Masjid Jamek, Pasar Seni sepatutnya dijadualkan melimpah di Dataran Merdeka, lalu mahu dicurahkan gelodak amarah yang mendidih di Istana Negara.

Bau aliran itu sempat dihidu FRU tangkas mengalahkan ketangkasan polis dalam usaha memburu pembunuh Nurin yang masih bermaharajalela.

Saya tiba di Stesen Monorail LRT Masjid Jamek, sekitar 5 petang, bersandar di dinding OCBC. Tangan mengusap pipi kiri dan tiba-tiba baru rasa pedih menyengat wajah. Saya teringat bahawa ada kemungkinan air hujan bercampur dengan air 'water Cannon' yang masih melekat di dinding itu.

Kali kedua, tangan memegang palang besi. Kerana terlupa, tangan mula memegang palang besi stesen monorail. Perit kali kedua menyerang ketika perit di wajah kali pertama baru kebah. Saya baru membayangkan betapa deritanya demonstran yang tubuhnya dipancutkan bertimba-timba air berbisa itu. FRU mungkin berhasil mengepung amarah rakyat, tapi bukan semangat mereka!

"Mujur tadi hujan turun lebat. Jadi, hilang dan berkurang kegatalan tadi," kata Farid, 23, seorang pelajar universiti tempatan yang bercerita pengalamannya disimbah asid. Ketika itu jam 6 petang dan 6 trak FRU mula beredar dari Masjid Jamek digantikan pasukan lain yang lebih kecil trak-WLP 6537, WCB 649 dan sebuah kereta polis WPP 1252 memantau keadaan.

Sehingga masuk Maghrib pasukan terakhir mula bergerak setelah 'trauma kuning' yang dihidapi pasukan polis mula menghilang dan oran g-ramai kembali menjalankan urusan seperti biasa.

Farid ketika itu mahu pulang kerana didengarnya ada beberapa demonstran yang ditahan untuk dibawa ke ibu pejabat polis Jalan Hang Tuah.

"Saya berdiri di atas bahagian atas tadi, memang nampak orang yang dikasari oleh FRU," tambah Farid lagi. Kesan daripada tindakan itu amat baik dari segi memberikan gambaran negatif kepada polis yang ganas ke atas demonstran. Mereka yang tidak memakai baju kuning pun berasa takut mendekati polis apatah lagi melihat kelibat polis.

Sambil bercerita Farid memejamkan mata menunjukkan aksi sakit ketika wajahnya disembur asid itu, "Ketua kami pun pandai bawa kami ke satu lorong kecil," katanya sambil menunjukkan laluan mereka di belakang Masjid Jamek. Mereka keluar melalui suatu lorong, terus ke Masjid India dan disembur sekali lagi. Sejak pagi, malah semalam lagi polis pencegah rusuhan telah bersedia.

"Ramai polis berada sekitar Dataran Merdeka sekarang," kata Wong, seorang rakan saya melalui sms ketika beliau berkereta ke pejabatnya sekitar jam 9 pagi. "Saya lihat ramai yang menunggu sekitar Stesen LRT Masjid Jamek."

"Saya fikir, polis enggan beredar dari sini selagi mana kelibat mereka yang memakai baju kuning masih kelihatan bebas di jalan raya," kata seorang rakan Farid pula. Ketika itu saya mula perasan lelaki Tionghua berbaju kuning yang saya lihat awal tadi. Apabila redup senja, dia mula merapati dengan polis. Rupa-rupanya, dia SB!

Perang jalanan dalam sehari selama beberapa jam itu tidak berakhir di situ. Ia tentu dianjakkan kepada perang idea oleh parti penguasa dengan jentera media. Suatu kerugian bagi demonstran jika mereka tidak mahu meneruskan hujah, debat dan berbahas ilmiah.

Esoknya, dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, Naib Canselor Tan Sri Dr Nordin Kardin telah diundang untuk berbicara mengenai Minda Melayu. Beliau banyak menasihatkan oran g Melayu agar bergiat cergas dalam lapangan ilmu dan berusaha memberikan idea membina dalam usa ha membangunkan negara. Siaran itu menarik perhatian seorang pemanggil, Zulkifli dari Gombak.

"Saya nak tanya, kalau semua laluan untuk menyalurkan pandangan dan kritikan ini sudah tutup, bagaimana lagi rakyat harus mengguna saluran? Tiada jalan lain melainkan jalan raya!" katanya ketika Nordin mengulas mengenai perhimpunan 100,000 rakyat itu.

Beliau berkata: Kita boleh guna pen, mesin taip, komputer dan saluran persatuan. Ini cara yang demokratik dan adil. Kenapa mahu buat demonstrasi jalanan dengan membawa orang yang tidak tahu-menahu. Orang yang tidak tahu apa-apa, suka pergi ke situ untuk berhimpun.

"Pemimpin (pembangkang) pun rasa kuat. Dia cuma nak menghiburkan diri sendiri. Kerja menulis untuk perubahan perlukan masa untuk berfikir. Jika nak demonstrasi anda tak perlu fikir panjang, cuma angkat kaki saja. Jadi, peru bahan dalam bentuk bagaimana yang kita mahu buat?

"Jadi, adakah oran g Melayu mahu tuntut peru bahan secara rasional atau demonstrasi di Dataran Merdeka. Itukah Melayu yang kita mahu? Kita mahu Melayu yang berfikir dan bukan Melayu yang bersifat ikut-ikutan saja. Mungkin demonstrasi itu anjuran penganjur dari luar. Entah siapa yang jadi penganjurnya pun kita tak tahu.

"Tapi, kalau kita menulis, kita bertanggungjawab sebab kita menulis nama. Saya juga mengkritik kerajaan di akhbar. tapi tak kena apa-apa. Malah, ada saranan yang diterima, sebab saya bukan mahu menumbangkan kerajaan. Saya cuma beri pendapat supaya pendapat itu didengar orang lain. Mereka dapat berfikir. Dalam demonstrasi, mana orang ada masa untuk berfikir?" kata Tan Sri Nordin dengan panjang lebar.

Jadi, apakah corak perjuangan rakyat selepas gelombang kuning Sabtu lalu? Bersediakah mereka menjawab perang idea melalui media yang selalu memancarkan mesej untuk memujuk khalayak kepada formula pemerintahan yang sedia ada? Sejauhmana kita menjelaskan pendirian terhadap khalayak yang gagal mengakses maklumat daripada kita?

Nordin mungkin tidak tahu, terlupa atau tidak terfikir bahawa seorang mahasiswa, dan pensyarah akan tersekat kebebasan akademiknya untuk menulis di akhbar. Tidak seperti beliau yang berada di kedudukan NC universiti, beliau boleh menulis apa sahaja tanpa dikenakan sekatan Auku hatta mengkritik kerajaan sekali pun.

Hal ini tentu berbeza ke atas pelajar dan pensyarah yang ingin menulis bern ada kritikan di dalam akhbar yang perlukan keizinan NC sendiri. Jadi, ruang untuk mengkritik secara rasional pun tidak dibenarkan dalam akhbar. Selain editor akhbar, NC atau TNC pula boleh menjadi penyunting.

Pensyarah juga perlu menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi di dalam sebuah persatuan dan tidak dapat mengeluarkan kenya taannya sebagai pensyarah universiti kerana khuatir dirinya terancam. Jika seorang pensyarah yang mahu mengkritik program angkasawan negara, nescaya dia tidak berani menulisnya, lalu meminta seorang editor menulis hal itu melalui dokumen rahsia yang akan dikirimnya kepada editor media alternatif sebagai bahan penulisan pendedahan.

Renung pula kenya taan Menteri Penerangan Dato' Seri Zainuddin Maidin dan Tan Sri Muhammad Taib dalam beberapa kenya taan yang lalu. Nada percakapan mereka lebih kurang sama di dalam beberapa siaran media ketika ditanya wartawan berhubung kedudukan perhimpunan rakyat itu.

" Malaysia bukan Myanmar dan bukan Pakistan , Malaysia adalah sebuah negara demokrasi," kata Zam serta Muhd Taib. Mungkin mereka melihat aspek luaran zahir – pemerintahan junta tentera, maka kerajaan ini tidak perlulah ditolak oleh rakyat.

Walhal, muatan isi pemerintahan Malaysia adalah menghampiri Myanmar dan Pakistan dari aspek dalam batinnya. Ia bersifat tidak endahkan desakan, tuntutan menangkap sang jerung perasuah, rasuah di peringkat tertinggi. undi pos dan lain-lain tuntutan yang bersifat adil.

Tuntutan yang bersifat serpihan mungkin dilayan bagi menampakkan kerajaan bersifat adil tetapi hal tuntutan bersifat dasar itu amat sukar kerana, kalau dilaksanakan ia membabitkan kenamaan, kes-kes rasuah pihak tertinggi dan sebagainya.

Penguasa telah sifar kepercayaan ke atas rakyat sendiri walaupun selalu disebutkan demonstrasi ini adalah perhimpunan aman oleh media alternatif. Tetapi, dalam bahasa polis dan pemerintah, ini adalah rampasan kuasa. Sebab itu mereka takut, hatta dengan demonstrasi aman sekali pun.

Tetapi, kalau benar-benar mahu dicabar agar rakyat menggulingkan kerajaan dengan cara yang sama, kelak kerajaan yang akan binasa. Jika Abdullah pantang dicabar, amukan rakyat ini adalah dua kali ganda cabaran Abdullah itu dapat disambut rakyat. Benarkah Abdullah berani mencabar rakyat sekali lagi? Rakyat dua kali ganda pantang dicabar!

Anwar dalam ucapannya menyebut, dalam tiga minggu daripada sekarang 300,000 rakyat datang semula menakung marah di Lembah Kelang. Kita cuma menunggu Abdullah mencabar kali kedua dan lihat samada FRU dapat mengepung arus kebanjiran amarah rakyat yang mendidih lama ini. Silap haribulan, aliran kali ini bukannya melimpah di Istana Negara, malah tercurah di Putrajaya!

Menurut laporan, sekitar 4,000 anggota polis daripada pasukan FRU dan lain-lain unit dikerahkan semata-mata untuk mencegah jenayah perjuangan demokrasi. Perangkaan ini sebenarnya, dapat ditumbangkan dengan 100,000 rakyat yang memusatkan kegiatan mereka di KL pada hari itu.

Kekuatan sabar 100,000 pendokong Bersih adalah 25 kali ganda dibanding kekuatan ketumbukan polis. 4,000 polis kalau didarab 25 ketumbukan, menjadikan angka itu berganda 100,000. Dalam surah al-Anfaal ayat 65–66, disebut kan bagaimana kekuatan sabar Muslimin dapat menewaskan kekuatan musuh. Polis-FRU, falsafah perjuangan mereka bermotifkan gaji dan upah. Perjuangan kita berteraskan falsafah menagih kebenaran dan keadilan.

Kita perlukan bengkel muhasabah bagi mengenalpasti kelemahan protes 100,000 rakyat, di mana kelemahan perlu diperbaiki, bagaimana mahu memantapkan lagi kekuatan dan ancaman-peluang mengadakan protes yang sama pada masa depan. Lakukan analisis SWOT (Strength, Weakness, Opportunity, Threat) dari semasa ke semasa!
Category: News
Posted by: raja petra


Intan Abdullah
Harakahdaily


Pelbagai sekatan, provokasi dan fitnah yang kini giat dijalankan oleh pihak tertentu bagi memastikan perhimpunan aman Rakyat gagal atau berlangsung dengan insiden seumpama yang berlaku dalam tragedi berdarah Batu Buruk pada 8 September lalu.

Terdapat pihak yang membuat tanggapan bahawa apa yang berlaku seolah-olah memperlihatkan ia adalah usaha terancang pihak tertentu bagi mencetuskan kekalutan dan insiden yang tidak diingini, dengan tujuan pihak penganjur yakni Bersih dipalitkan dengan imej yang buruk.

Sebelum ini terdapat risalah disebarkan yang mendakwa perhimpunan esok didalangi oleh pertubuhan antara agama yang bertujuan untuk menghancurkan Islam (IFC).

Selain itu juga, terdapat sms dan handbill yang menyatakan bahawa perhimpunan tersebut dibatalkan, termasuk ada yang menyatakan perhimpunan ditunda, bertukar lokasi.

Bahkan ada yang mendakwa ia didalangi oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), dengan kerjasama polis cawangan Khas (SB) yang dilantik sebagai agen provokator yang akan bertugas

Tidak cukup dengan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan yang dirancang di Dataran Merdeka esok kerana menurutnya ia mampu mencetuskan kekecohan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Katanya, memandangkan perhimpunan yang bakal diadakan tidak mendapat permit, maka polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak tegas bagi menghalang perhimpunan itu daripada diadakan.

Musa berkata walaupun ada yang mendakwa ia perhimpunan aman, namun polis meragui tujuan sebenar perhimpunan itu diadakan, demikian menurut laporan Bernama.

Kenyataan tersebut ternyata senada dengan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin yang menggesa pihak keselamatan supaya bertindak tegas menangkap mereka yang menganjurkan perhimpunan rakyat esok di Dataran Merdeka kerana ianya akan diadakan secara haram.

Perhimpunan itu akan diadakan sehari selepas tamatnya perhimpunan agung Umno hari ini.

"Saya cabar pembangkang, jangan jadi beruk-beruk di jalan raya tetapi bertanding dalam gelanggang pilihan raya umum," katanya.

Sementara itu, terdapat desas-desus mengatakan segolongan ahli Putera Umno yang kononnya akan dikerah untuk menunjukkan kehebatan mereka esok. Mereka yang majoritinya terdiri daripada Mat Rempit ini dikatakan akan dikerah supaya bertembung dengan peserta himpunan rakyat 'gelombang kuning'.

Selain itu, terdapat juga sekumpulan 'khadam' suruhan seorang anak muda dengan codenamed “beruang hitam” sedang menyebarkan risalah di sekitar Kuala Lumpur dan Lembang Klang. Kadam-kadam berkenaan diarah oleh bosnya untuk menggagalkan gelombang kuning yang akan menggelora daripada Dataran Merdeka menuju ke Istana Negara, Kuala Lumpur, yang bermula pada jam 3 petang esok

Khadam-khadam “beruang hitam” juga menyebarkan berita bahawa bos mereka telah mengarahkan sekumpulan “askar upahan” untuk memprovokasi peserta gelombang kuning supaya bertindak liar di sepanjang perjalanan mereka menuju ke Istana Negara.

Menyedari akan risiko-risiko yang akan terjadi serta dengan mengambil kira makluman awal yang diterima daripada pelbagai sumber mengenai insiden yang bakal tercetus, pihak Bersih meminta agar orang ramai tidak patah semangat untuk terus bangkit dalam perhimpunan esok.

Bagi Bersih, apa yang akan dan telah berlaku seperti telahpun diatur dengan baik oleh dalang yang masih tidak dapat dikenalpasti dengan niat untuk menggagalkan kebangkitan 'gelombang kuning'.
Category: News
Posted by: raja petra


Oleh Yulpisman Asli
Utusan Malaysia


Kerajaan digesa mengembalikan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu bagi mengangkasakan tamadun bangsa selain memenuhi peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Wakil Badan Perhubungan Umno Johor, Senator Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang menimbulkan isu kedudukan bahasa Melayu itu tahun lalu dan membangkitkannya sekali lagi pada Perhimpunan Agung Umno tahun ini berkata, Umno Johor tidak menolak penguasaan pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris.

Cuma, jangan abaikan jati diri kita. Bahasa Melayu adalah jati diri untuk mengangkasakan tamadun bangsa, katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pendirian Umno Johor tersebut turut dikongsi oleh wakil Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin yang membuat gesaan yang sama ketika membahaskan usul ekonomi dan pendidikan pada perhimpunan tahunan Umno itu.

Menurut Mohd. Puad, Umno Johor akan meneruskan perjuangan untuk memartabatkan bahasa Melayu dan mahu melihat bahasa Melayu digunakan semula dalam pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah.

Dalam konteks ini, beliau mengalu-alukan keprihatinan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menangguhkan cadangan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya untuk kertas Sains dan Matematik dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Mulai tahun depan, kertas peperiksaan Sains dan Matematik sepatutnya dikendalikan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Kini kerajaan membenarkan kertas peperiksaan itu dibuat dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Mohd. Puad yang merupakan Ketua Umno Bahagian Batu Pahat memberitahu, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu telah dilakukan oleh Umno sejak parti itu masih bayi lagi dan ia juga terkandung dalam Perlembagaan parti serta Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga membidas perbuatan sesetengah pihak memanggil bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia.

Masakan kita lupa, melainkan kalau kita tidak peduli. Jadi, kita kena baca buku (Perlembagaan parti dan negara) ini.

Tapi, tak tahulah kalau kita malas nak baca. Kalau itu sikap kita, baca pun tidak, apatah lagi memahaminya, maka jauh sekali menghayatinya, kata beliau.

Mohd. Puad berhujah: Sebab itu, kadang-kadang kita tukar ikut suka-suka namanya. Alasannya, supaya diterima oleh semua bangsa, boleh jadi alat perpaduan negara.

Apakah kalau namanya bahasa Melayu, bermakna ia membawa perpecahan. Tunggu apa lagi, kembalikan namanya kepada bahasa Melayu.

Dalam perbahasan itu, beliau turut membangkitkan tindakan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang disifatkan sebagai bercelaru apabila menjalankan kuliah dalam bahasa Inggeris semata-mata disebabkan terdapat seorang pelajar dari luar negara yang tidak memahami bahasa Melayu.

Dalam isu ini, beliau mengingatkan universiti dan pihak berkenaan supaya jangan bersikap lepas tangan atau baling batu sembunyi tangan apabila memberikan pelbagai alasan untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam kuliah.

Beliau mengambil contoh tindakan Universiti Malaya yang sudah mengeluarkan arahan yang disifatkan suatu ugutan supaya pengajaran di setiap fakulti dibuat dalam bahasa Inggeris.

Timbul pertanyaan, apakah mengangkasakan tamadun bangsa hanya berjaya dengan bahasa Inggeris semata-mata?

Apakah dengan menggunakan bahasa Inggeris, IPTA kita akan menjadi jaguh pendidikan dunia?

Bukankah banyak faktor lain menentukan kejaguhan kita. Bukankah gahnya sebuah universiti itu kerana sumbangannya kepada tamadun ilmu yang didukung oleh mutu pengajian dan hasil penyelidikannya, kata beliau.

Mohd. Puad berkata, Umno Johor mahu masalah itu diselesaikan.

Katanya, jika universiti terus dengan gelagat yang tidak berpegang kepada akar budaya dan bahasa negaranya, bagaimana orang Melayu hendak membina tamadun bangsa.

Tegas beliau: Kita melihat dalam ruang lebih luas, pandangan lebih jauh ke hadapan. Kita mahu maju dengan acuan sendiri. Malah tidak ada negara di dunia yang maju dengan meminjam bahasa orang lain.
Category: News
Posted by: raja petra


Anwar Ibrahim

Suara rakyat akan kembali ke Dataran Merdeka Sabtu ini apabila puluhan ribu rakyat Malaysia akan melaksanakan hak demokratik meeka untuk berhimpun secara aman menuntut perubahan sistem pilihan raya negara.

Desakan kami kepada kerajaan untuk melaksanakan perubahan ini tidak diendahkan. Mereka telah mengabaikan tanggungjawab untuk memastikan institusi demokrasi di negara kita dapat berfungsi dengan baik. Maka rakyat Malaysia menuntut Raja-Raja Melayu untuk memastikan kerajaan Malaysia melaksanakan amalan asas bagi pilihan raya yang telus dan adil sebagaimana dilaksanakan di demokrasi moden di seluruh dunia.

Bukti penipuan cukup jelas dan lengkap. Skandal kehakiman terbaru membabitkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz menunjukkan seluruh jentera kerajaan telah disalahgunakan untuk melindungi dan memelihara kedudukan pimpinan Umno.

Media bebas telah menerbitkan analisis yang cukup mendalam tentang kesan penipuan termasuk penggunaan pengundi hantu dan tekanan terhadap pengundi. Seramai 40,000 undi haram telah dikenal pasti di Selangor sahaja bagi Pilihan Raya Umum 2004. Dalam 12 bulan kebelakangan ini, kami mempunyai bukti bagaimana pengundi yang dikira menyokong pembangkang dipindahkan keluar dari daerah-daerah di mana sokongan Umno lemah.

Jika Suruhanjaya Pilihan Raya yakin dengan ketelusan pengurusan pilihan raya, mengapa mereka tidak membenarkan pemantau antarabangsa untuk masuk ke negara bagi memerhati dan melaporkan proses pilihan raya kita? Mengapakah tawaran kerjasama oleh badan antarabangsa dan serantau tidak diendahkan atau ditolak?

Saya mendesak pihak berkuasa untuk menghormati hak rakyat unuk berhimpun secara aman.

Saya mengalu-alukan inisiatif Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) kerana menganjurkan perhimpunan aman ini dan saya menggesa semua rakyat Malaysia untuk turut serta dalam acara bersejarah ini. Rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah kerajan demokratik yang boleh dibanggakan dan kita mesti bersedia untuk berjuang mencapai matlamat tersebut.
Category: News
Posted by: raja petra


Azamin Amin
Harakahdaily


Hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang termaktub dalam perkara 10 Perlembagaan Negara tidak boleh ditentukan atau dihalang oleh mana-mana pihak termasuk Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan.

AJK PAS Pusat yang juga peguam Mohamed Hanipa Maidin berkata sekiranya pihak polis menangkap atau menghalang orang ramai yang ingin menuju atau pergi ke perhimpunan aman esok Sabtu 10 NOvember) bermakna pihak polis telah melakukan kesalahan dan menjalankan tugas di luar bidang kuasa malah boleh didakwa di mahkamah.

"Pihak polis tidak boleh sama sekali menangkap orang awam yang tidak melakukan apa-apa kesalahan sedangkan mereka sekadar berjalan menuju dan menghadiri perhimpunan tersebut," katanya yang dihubungi Harakahdaily hari ini bagi mengulas kenyataan KPN Tan Sri Musa Hassan yang memberi amaran supaya rakyat tidak menghadiri perhimpunan esok.

"Ini adalah 'freedom of movement' yang dijamin dalam perlembagaan negara. Polis hanya boleh kawal selia dan menjaga keselamatan orang ramai sahaja," katanya yang juga merupakan seorang peguam.

Sudah banyak kes di mahkamah membuktikan polis melakukan kesalahan dengan menangkap orang awam yangb berhimpun secara aman malah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) juga telah menyatakan bahawa hak berhimpun mestilah dibenarkan kerana merupakan hak asai manusia di samping dijamin oleh undang-undang negara.

Beliau juga menggangap tindakan Musa mengeluarkan arahan sebagai mengelirukan kerana kenyataan kebenaran berhimpun hanya boleh dikeluarkan oleh OCPD Daerah di mana permit tersebut dipohon dan kenyataan Musa itu dilihat mempengaruhi bidang kuasa OCPD itu.

"Ini tindakan berat sebelah, malah proses permohonan permit mestilah dibaca sekali dengan perkara 10 perlembagaan negara dan bukannnya menggunakan alasan dangkal seperti kesesakan lalu lintas," katanya malah pihak polis juga tambahnya telah memberi respon negatif sebelum permit dipohon lebih awal lagi bahawa mereka tidak akan memberikan sebarang permit kepada Bersih untuk melakukan perhimpunan.

"Kalau kesesakan lalu lintas dijadikan alasan, maka kenapa dibenarkan perarakan Maulidur Rasul, Kavadi atau konvoi Putera Umno yang sama sahaja situasinya?

"Dan bagaimana polis boleh menyatakan ada kekecohan boleh terjadi sedangkan ianya belum berlaku atau memang ada perancangan polis ke arah itu?," katanya dan menabah bahawa pihak Bersih, parti-parti polistik dan NGO telah memaklumkan kepada semua ahli dan rakyat suapaya tidak melakukan apa-apa provokasi pada perhimpunan itu.

Beliau sekali dengan tegas menyatakan bahawa rakyat tidak perlu takut untuk datang berhimpun dan menyatakan bahawa kebebasan berhimpun secara aman itu telah termaktub dalam undang-undang negara.

"Sekali lagi saya nyatakan, jika polis tangkap dan halang orang ramai tanpa sebab atau sekadar menghadiri perhimpunan itu, maka pihak polis telah melakukan kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah.
Category: News
Posted by: raja petra


Saidah Hairan
Harakahdaily


Ugutan keras daripada pihak polis untuk menahan peserta perhimpunan aman di Dataran Merdeka petang esok sedikit pun tidak melemahkan semangat rakyat Malaysia untuk terus menyokong perjuangan suci anjuran Bersih tersebut.

Berita jam 8 malam tadi menyiarkan kenyataan polis untuk menahan sesiapa sahaja yang menyertai perhimpunan aman itu, dengan didenda sebanyak RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun.

Merujuk ugutan keras itu, Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh mengingatkan muslimat seluruh negara supaya jangan gentar atau takut dengan ugutan daripada pihak polis.

Beliau sentiasa menerima pertanyaan daripada Muslimat melalui sistem pesanan rengkas (SMS) berhubung ugutan pihak polis yang melarang rakyat menyertai perhimpunan aman kerana didakwa haram.

Katanya, pihak Suhakam telah mengatakan perhimpuan aman itu boleh dilakukan untuk menuntut hak sebagai rakyat Malaysia yang tidak ditunaikan oleh pihak pemerintah (Umno-BN).

"Saya amat berharap kepada pihak polis supaya memberi kerjasama kepada perhimpunan aman itu bukan menjadi `kuda tunggangan' Umno-BN untuk mengucar kacirkan suasana,"katanya.

Beliau menegaskan, perhimpunan aman itu bukan diadakan sekadar untuk berhimpun tetapi untuk mendesak SPR melaksanakan pilihan raya secara telus dan ia menjadi tanggungjawab kepada setiap diri.

"Kita takut bala daripada Allah jika kemungkaran itu dibiarkan terus berleluasa,"tegasnya.

Selagi lagi beliau mengingatkan dan menyeru kepada muslimat seluruh negara supaya jangan takut dengan ugutan pihak polis sebaliknya perjuangan perlu diteruskan untuk generasi akan datang.

Beliau berkata, muslimat seluruh negara berharap pihak polis dapat berfikir secara rasional dan melihat secara adil jangan takut dengan ugutan pihak Umno dan kerajaan.
Category: News
Posted by: raja petra


Helmi Khalid
Harakahdaily


Beratus keping cakera padat (VCD) tertera lambang BERSIH tetapi isinya adalah rakaman cercaan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim; dan dakwaan kononnya Himpunan Aman Seratus Ribu Rakyat 10 November di Dataran Merdeka adalah anjuran Interfaith Council (IFC) ditemui dalam kotak di salah sebuah masjid di Changlun.

Beberapa penduduk kampung yang melihat kelibat orang yang meletakkan kotak tersebut memberitahu, mereka mengenali salah seorang yang melakukan kerja jahat tersebut.

"Dia tak boleh lari, kami kenal siapa lelaki itu," dakwa mereka.

Tindakan itu menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu, Ustaz Yusuf Ahmad adalah untuk mengelirukan orang ramai terhadap peranan dan gerak kerja Bersih.

"Kita yakin perbuatan ini dilakukan oleh mereka yang terdesak dan takut dengan gelombang rakyat yang akan beramai-ramai hadir dalam himpunan aman 10 November ini di Kuala Lumpur," tegas beliau.

Sementara itu, sejak tengahari tadi (8 November), berpuluh sekatan jalan raya diadakan di bandaraya ini dan lebih memelikkan sekatan juga diadakan hampir di setiap jalan masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan termasuk di Tandop dan Pendang yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Ramai yang beranggapan tindakan mengadakan sekatan ini adalah sebagai 'bayangan awal' suasana di ibu kota menjelang Sabtu ini bertujuan menakutkan rakyat untuk hadir ke Himpunan Aman Seratus Ribu Rakyat di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Dalam satu perkembangan berasingan, seorang ahli Pemuda PAS cuba digertak dan ditahan dalam sekatan tersebut, bagaimanapun apabila diajukan beberapa soalan, polis tersebut terpaku kerana tiada hujah.

"Apa salah bawa pelekat Himpunan Seratus Ribu Rakyat, apa hak encik nak rampas, ini hak saya," demikian tegas salah seorang pemuda apabila polis cuba merampas pelekat Himpunan Aman 10 November ini ketika ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Telok Wanjah, dekat sini.

Pemuda yang menemui Harakahdaily petang tadi turut memberitahu, anggota polis berkenaan turut mengugut dia akan ditahan di lokap polis kerana 'banyak cakap'.

"Saya bukan melawan dengan polis berkenaan, saya cuma tanya apa hak polis untuk merampas sticker itu; dan mengikut undang-undang mana yang menyatakan saya tidak boleh bawa sticker itu, bagaimanapun dia tak boleh jawab," cerita beliau.

Koordinator Bersih di Kedah, Mohd. Nasir Mustafa memberitahu pihaknya menjangkakan lebih sepuluh ribu peserta dari negeri ini akan membanjiri Dataran Merdeka nanti.

Katanya, sehingga 8 Oktober, hampir sepuluh ribu ahli PAS yang sudah mendaftarkan diri untuk hadir ke perhimpunan aman tersebut, ia turut mendapat sambutan dari ahli parti KeADILan, NGO serta masyarakat Cina dan India dari seluruh negeri Kedah.

Beliau memberitahu, jumlah tersebut dijangka bertambah jika mengambil kira jumlah t-shirt Bersih (kuning) yang berjaya di jual di negeri ini.
Category: News
Posted by: raja petra


Oleh Wartawan KLpos.com

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sengaja memilih mendedahkan klip video yang didakwa perbualan antara peguam kanan dan seorang hakim secara berperingkat sebagai satu strategi bagi mengelakkan isu tersebut 'dipadam'kan oleh kerajaan.

Menurut Anwar, berdasarkan pengalaman lampau sesuatu isu yang dibangkitkan pembangkang selalu 'dipadam' kan melalui penguasaan media massa oleh kerajaan.

"Kita kena bijak, lepas ini kita tengok maklum balas Umno dulu, kemudian kita ambil tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di pejabat beliau semalam.

Jelas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) itu lagi, pendedahan sembilan saat lagi klip video tersebut biarpun pendek tetap padat.

"Kita boleh dengar dengan jelas bagaimana peguam tersbut memberitahu seseorang bahawa beliau bercakap dengan hakim terbabit," katanya selepas menayangkan sambungan klip video tersebut.

Ujarnya lagi, beliau juga akan mendedahkan bahagian ketiga klip video tersebut dalam masa terdekat.

"Mungkin minggu depan... saya tidak boleh beritahu dengan pasti," katanya.

Menurut Anwar, bukti penipuan cukup jelas dan lengkap.

"Skandal kehakiman terbaru membabitkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz menunjukkan seluruh jentera kerajaan telah disalahgunakan untuk melindungi dan memelihara kedudukan pimpinan Umno," katanya.
Category: News
Posted by: raja petra


Salmiyah Harun
Harakahdaily


Pelbagai usaha dilakukan oleh gabungan parti pembangkang untuk menarik minat orang ramai menyertai Perhimpunan Aman Bersih pada 10 November ini bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

Hari ini gabungan parti pembangkang itu melancarkan kempen himpunan Aman 10 November sebagai persiapan awal untuk menghebahkan kepada orang ramai menyertainya.

Pengerusi Perhimpunan Aman Bersih yang juga Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, menyeru orang ramai untuk sama-sama berhimpunan di Dataran Merdeka Sabtu ini untuk menuntut satu pilihan raya yang bebas.

Sebagai pelancaran kempen itu, beberapa pimpinan parti pembangkang antaranya Bendahari PAS Dr Hatta Mohd Ramli, Ajk PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Nawawi, Dr Dzulkifli Ahmad, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah dan Ajk DAP Ronnie Liu turut sama mengedar risalah tentang himpunan tersebut di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Mohamad Sabu, yang juga sama-sama mengedar risalah turut berucap di hadapan Pejabat Agung PAS meminta rakyat seluruhnya turun dan tunjukkan tanggungjawab mereka untuk menuntut keadilan dari kerajaan.

Sementara itu, Sivarasa yang juga mengambil kesempatan berucap di tengah-tengah kesesakan lalu lintas berharap, Yang Di Pertuan Agong mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Di Raja bagi melakukan reformasi pilihan raya.

"Kita seru Agong menolak permintaan kerajaan untuk mengadakan pilihan raya selagi reformasi pilihan raya tidak dibuat," katanya.
Category: News
Posted by: raja petra


Roslan Shahir
Harakahdaily


Hari Isnin lalu sejurus selepas menyerahkan "Memorandum Bantahan PAS kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)", para pemberita yang menunggu Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS, Tuan Guru Abd Hadi Awang telah mengerumuni beliau dan antara soalan yang ditanya adalah berkenaan Perhimpunan Aman 100,000 rakyat anjuran BERSIH pada hari Sabtu 11 November ini jam 3.00 petang di Dataran Merdeka.

Seorang pemberita bertanya, adakah Tuan Guru Presiden merestui perhimpunan tersebut? Jawab beliau, PAS adalah salah satu anggota komponan BERSIH, maka sudah pastilah PAS akan menyokong dan menyertai perhimpunan ini. Malah, beliau sendiri selaku Presiden akan turun mengetuai kontijen PAS.

Apabila seorang lagi pemberita bertanya berkenaan permit ataupun keizinan pihak berkuasa, jawab Tuan Guru Presiden, perhimpunan ini adalah perhimpunan aman dan dan ia dijamin oleh Perlembagaan negara. Maka sewajarnya tidak ada pihak menganggunya, dan beliau menegaskan, PAS akan terus menyertainya sama ada diberikan kelulusan ataupun tidak.

PAS sejak dari penubuhannya lagi telah menerima pendekatan muwajah silmiyah atau pendekatan secara aman untuk berjuang dan menegakkan Islam sebagai ad-Deen dalam negara ini.

PAS menyertai semua 11 pilihan raya selepas Merdeka termasuklah pilihan raya Persekutuan tahun 1955 sewaktu di bawah British. Kerana itu perjalanan pilihan raya itu penting bagi PAS; terbukti ahli dan penyokong PAS menerima dengan hati terbuka semua keputusan-keputusan pilihan raya, sama ada dalam waktu kita menang atau kita kecundang.

Atas dasar itulah pembinaan atau penyediaan gelanggang yang sama rata, sangat penting dan bermakna buat PAS. Kita boleh menerima sekiranya rakyat, atas apa sebab sekalipun, menolak kita dalam mana-mana pilihan raya, dengan syarat ia adalah keputusan rakyat yang tidak dipengaruhi oleh sistem pilihan raya yang tempang atau tercemar.

Rasuah, salah-guna kuasa, penipuan dan sebarang bentuk manipulasi jahat perlulah dihapuskan kerana jika ia wujud, maka keyakinan rakyat terhadap kewibawaan sistem pilihan raya kita akan luntur dan akhirnya hilang sama-sekali.

Kita tidak nampak mengapa pihak kerajaan tidak seharusnya menyokong dan menyambut baik langkah membersih dan menjernihkan sistem pilihan raya negara. Apabila pilihan raya berjalan secara bersih dan jernih, ia nanti bukan hanya akan menguntungkan semua pihak, malah negara luar dan para pelabur asing turut akan menghormati dan memandang tinggi negara kita ini.

Ketika itulah kita layak duduk sebaris dengan negara dunia pertama yang lain.

Oleh itu, bagi PAS, Perhimpunan Aman 100,000 rakyat anjuran BERSIH pada hari Sabtu ini perlu dijayakan kerana kemuncaknya adalah penyerahan memorandum rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Tertinggi Negara, payung rakyat dan negara.

PAS telah pun mengeluarkan arahan rasmi yang ditandatangani oleh Presiden, Ketua Dewan Ulama, Ketua Dewan Pemuda dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat mengarahkan semua ahli-ahli PAS menghadiri perhimpunan itu nanti.

Kita diarahkan hadir dengan berpakaian serba kuning, dalam keadaan aman, kalau boleh beserta anak-isteri masing-masing kerana perhimpunan aman itu nanti akan merupakan perhimpunan yang menyuarakan tuntutan rakyat yang terpancar daripada hati nurani mereka demi mensuburkan demokrasi dalam negara ini.

Presiden dan seluruh pimpinan PAS Pusat akan menunggu anda semua di sana, insya-Allah.

Roslan Shahir bin Dato' Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS
Category: News
Posted by: raja petra


Written by Norzah bt Kepol
Wanita Post


Apakah mungkin wujud grand design pimpinan tertinggi mahu menjatuhkan Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria di Bahagian Wangsa Maju? Walau apapun rumusan dibuat, Encik Ahmad Zuhri Dato Idris, Naib Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan tampil beserta 12 Ketua Pemuda UMNO Bahagian mengadakan sidang media di Pusat Rekreasi Cheras memberikan sokongan tanpa berbelah bagi kepada ketua mereka, Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria.

Pemuda Wilayah juga menyelar tindakan atau sebarang usaha yang dibuat untuk merosakkan imej kepimpinan Mohd Norza dan dalam masa yang sama mengutuk sebarang tindakan yang dibuat untuk mencemarkan nama institusi Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Keyakinan kami atas kepimpinan beliau yang bersesuaian dengan aspirasi dan kehendak Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan serta arah yang dinamik dan progresif dalam perjuangan Pemuda khususnya untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Kepimpinan yang proaktif dan berwawasan yang meletakkan Pemuda UMNO negeri ini sebagai pergerakan yang mantap dalam menyempurnakan agenda UMNO selaras dengan cita-cita dan matlamat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, katanya.

Menurut Ahmad Zuhri, pelaksanaan aktiviti yang konklusif dan menyeluruh khususnya dalam dalam isu-isu kemasyarakatan khususnya dalam terma memasyarakatkan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan. Ini melibatkan aktiviti-aktiviti kesedaran sosial, tanggungjawab sosial sehingga melibatkan aktiviti kebudayaan yang kami yakin dapat memberi impak kepada penyegaran budaya masyarakat.

Kepimpinan Mohd Norza amat konsisten dalam memperjuangkan agenda Melayu khususnya dalam isu kemiskinan minda di kalangan anak bangsa dan ini merupakan satu usaha yang besar untuk meningkatkan martabat bangsa.

Keprihatinan gerak kerja Pemuda Wilayah dalam menangani masalah sosial khususnya dengan masalah penyalahgunaan dadah dan merangka banyak program-program yang melibatkan NGO seperti Pengasih dan Belia. Tindakan ini menunjukkan sifat keprihatinan beliau terhadap keperluan mengatasi masalah sosial dalam masyarakat sebagai agenda besar Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, katanya.

Menurutnya lagi, Pemuda Wilayah berasa bertuah dengan adanya seorang pemimpin yang mempunyai potensi serta iltizam yang tinggi dalam usaha memajukan masyarakat. Ini dapat dibuktikan dengan kesungguhan beliau untuk menghadirkan diri pada setiap program-program dan memberi tumpuan masa yang khusus untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti diskusi ilmiah.

Sementara itu, Syed Mehdhar Syed Abdullah, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Wilayah berpuas hati dengan kepimpinan Mohd Norza. Tegasnya, Ketua-Ketua Pemuda Bahagian tampil memberikan sokongan sebulat suara untuk membuktikan bahawa kepimpinan Mohd Norza diiktiraf oleh institusi Pemuda negeri itu.

Beliau sudah melakukan yang terbaik untuk Pemuda Wilayah. Kami yakin dengan kepimpinan beliau sentiasa berusaha mengetengahkan program-program berseseuaian dengan keperluan masyarakat khususnya warga UMNO, katanya.

Datuk Ahmd Zaki bin Zahid, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya menasihatkan anggota pergerakan menumpukan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum dari terlibat isu surat layang dan memburuk-burukkan pemimpin UMNO lainnya.

Kekuatan UMNO terletak oleh perpaduan ahli-ahlinya. Kalau ada masalah sepatutnya dibincangkan mengikut salurannya, ujarnya.
Category: News
Posted by: raja petra


Written by Norzah bt Kepol
Wanita Post


Kita percaya dan berkeyakinan penuh bahawa kesemua Ketua Perhubungan Wanita UMNO Negeri akan memberikan sokongan solid kepada ketuanya, Dato Seri Rafidah Aziz. Semalam Ketua Wanita UMNO Negeri Sabah, Datuk Armaini Mahiruddin menyatakan secara terbuka bahawa pergerakan negeri itu sebulat suara mahukan Rafidah dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dikekalkan pada pemilihan akan datang.

Kita percaya selepas ini semua Ketua Wanita Negeri akan senada dengan Armaini dalam menyatakan sokongan kepada Rafidah dan Shahrizat. Termasuklah Ketua-Ketua Wanita Negeri yang berucap pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO pada 5 Oktober ini akan mengulang pendirian yang sama.

Mereka mahu Rafidah dan Shahrizat dikekalkan pada pemilihan akan datang. Ini bermakna Rafidah akan terus memimpin pergerakan itu sehingga berusia 69 tahun. Memang ramai membuat tanggapan bahawa medialah paling berperanan melaga-lagakan kepimpinan Wanita UMNO dewasa ini. Medialah yang menjadi dalang di sebalik kemelut Pergerakan Wanita UMNO menjadi perbualan hangat dewasa ini.

Ditambah pula aji no moto oleh Senator Datuk Wira Syed Syed Ali Al-Habshee , Ketua UMNO Bahagian Cheras yang memberikan pencalonan terbuka kepada Datuk Seri Azalina Othman Said bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada pemilihan akan datang. Maka keadaan terus menjadi kelam kelibut seperti mana lagu P. Ramlee Periuk belanga terbang melayang-layang bila menceritakan hal dalaman Wanita UMNO ini.

Tidak kurang pihak tertentu menyalahkan penulis itu dan penulis ini kononnya menjadi pencetus kepada krisis dalaman Wanita UMNO ini. Memanglah bercakap dan mendakwa ini kerjanya senang tapi bagaimana orang media boleh tahu krisis perpecahan Wanita UMNO kalau mereka sendiri menjadi mulut tempayan mendedahkan hal ini semua kepada penulis?

Siapa yang menceritakan kelemahan kepimpinan Dato Faridah Abu Hassan, Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO kalau wanita sendiri tidak menceritakan hal ini?

Dan apa faedahnya penulis mahu melaga-lagakan kepimpinan Wanita UMNO sebab mereka pun tiada hak atau kuasa mengundi ketua dan naib ketua wanita. Yang boleh menentukan jatuh bangunnya Rafidah dan Shahrizat adalah perwakilan Wanita sendiri dan bukannya orang luar. Justeru kenapa sesetengah pemimpin Wanita UMNO jadi ulat nangka dan melatah sana sini pasal Rafidah dan Shahrizat perlu dikekalkan.

Kalau Wanita UMNO mahu mengekalkan Rafidah dan Shahrizat sehingga 50 tahun akan datang terpulanglah. Siapa yang boleh menghalang kecuali kuasa Allah yang mengatur kehidupan kita semua.

Kenapa sesetengah pemimpin Wanita UMNO takutkan bayang-bayang Azalina?

Pernahkah Azalina bercakap secara terbuka, secara berbisik atau bercakap dalam bilik mahu bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO?

Apa yang kita tahu, Azalina cuma mahu mempertahankan jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sahaja. Siapa yang menimbulkan isu Azalina mahu bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO?

Lantak pilah kalau Syed Ali mencalonkan Azalina itu pendirian Syed Ali seorang bukan mewakili 195 bahagian Wanita UMNO. Kadang-kadang kita terasa pelik dengan sesetengah Wanita UMNO jadi tidak siuman bila mendengar nama Azalina. Azalina ini ahli PAS ke? Azalina ini ahli Keadilan ke?

Apa yang dibimbangkan sangat pasal Azalina sehingga Ketua Wanita UMNO Negeri Sabah menyatakan secara terbuka kepada Rafidah dan Shahrizat. Apakah selama ini Armaini tidak menyokong Rafidah ke sehingga perlu menyatakan sokongan secara terbuka kepada pemimpin itu.

Dalam persoalan ini kita tidak mempertahankan Azalina atau sesiapa sahaja. Azalina sudah menjadi scapegoat dan sehingga saat ini pun Azalina sudah menyatakan berkali-kali mahu menumpukan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang. Apakah kita ini baghal dan kerana orang yang dikaitkan bertanding jawatan ketua wanita itu adalah Azalina maka kita hilang pedoman dan berpolitik seolah rasa tidak berTuhan.

Lainlah kalau Azalina menyatakan secara terbuka mahu bertanding mencabar Rafidah kita tidak kisah kalau ramai pemimpin Wanita yang menghalang. Tapi Azalina langsung tidak menyatakan mahu mencabar sesiapa.

Jadi kenapa kita harus melatah-latah dan membuat kenyataan terbuka menyokong Rafidah dan Shahrizat. Kalau Wanita memberikan tumpuan kepada persediaan menghadapi pilihan raya mereka tidak akan mengambil kisah soal pertandingan dalam parti tapi di sini sesetengah pemimpin Wanita sudah menunjukkan mereka sudah gila jawatan dibandingkan persediaan menghadapi pilihan raya umum.

Tidak kurang mereka gila mahu menjadi calon pilihan raya atau mahu mengekalkan kedudukan mereka sebagai Ketua Wanita Negeri dan Exco Wanita UMNO. Maka kempunanlah bekas pemimpin Puteri UMNO mahu menyertai Wanita UMNO kerana sudah terang lagi bersuluh golongan ini tidak diterima oleh pergerakan itu. Maka sepatah kata Syed Ali,

"Sia-sialah UMNO menubuhkan Puteri UMNO. Kata Syed Ali, Wanita dan Puteri UMNO bukan saling lengkap melengkapi sebaliknya bersaing dalam parti. Malah ada antara pemimpin Wanita UMNO lebih selesa membawa anak gadis mereka masuk dalam Wanita sebagai tanda mereka tidak mengiktiraf penubuhan Puteri UMNO sendiri.

Sehubungan itu pada Perhimpunan UMNO pada tahun ini adalah pembahas di kalangan lelaki berani mengutarakan pandangan agar bekas Exco Puteri dan bekas Ketua Puteri Bahagian secara otomatik dilantik sebagai AJK Wanita UMNO. Kalau UMNO perlu pinda perlembagaan UMNO pindalah demi kebaikan Puteri UMNO. Jika UMNO tidak bertegas dalam soal ini kita percaya ramai golongan wanita muda dan profesional tidak akan menyertai Puteri UMNO.

Dan hasrat UMNO untuk melahirkan pemimpin pelapis akan datang akan terkubur oleh kerana Wanita sendiri sudah menampakkan sikap mahu memimpin pergerakan itu sehingga mati. Kita nak tanya di sini apa sudah jadi kepada bekas Ketua Puteri UMNO Negeri Perak? Begitu juga Azalina adakah Wanita UMNO Negeri Johor diketuai Datuk Halimah Mohd Sadique melantiknya sebagai AJK Wanita UMNO Negeri?

Malah Halimah diberitakan akan bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Ini bermakna bukan sahaja dalam parti sesetengah pemimpin wanita gila jawatan malah tidak pernah memikirkan nasib dan masa depan pemimpin Wanita lain sebagai calon Wakil Rakyat.

Selagi mereka boleh pulun jawatan sebagai Wakil Rakyat mereka pulun lantak pi lah rakan sejenis mereka sama-sama berjuang dalam parti. Begitu juga rakan-rakan Wakil Rakyat Wanita yang lain seperti antaranya, Datin Paduka Seripah Noli, Dato Maznah Mazlan akan terus memastikan mereka kekal sebagai Wakil Rakyat tanpa memikirkan rakan-rakan pemimpin Wanita lainnya sama-sama berjuang dalam parti.

Kalau mereka fikirkan kawan-kawan yang lain sudah tentulah mereka berendah hati untuk mengundurkan diri secara hormat dan memberikan peluang pemimpin Wanita lainnya sebagai Wakil Rakyat.

Tapi malangnya tidak wujud perasaan itu dalam diri mereka kecuali mahu terus kekal berkuasa termasuklah Halimah Sadique didakwa mahu bertanding kerusi parlimen seterusnya dilantik sebagai Timbalan Menteri. Dalam soal ini memang kita minta Allah mengatur perjuangan Wanita UMNO ini cantik-cantik.

Tapi di peringkat kepimpinan dunia, Pak Lah sebagai khalifah perlu melihat perkara ini dengan sehalus-halusnya. Bila timbul krisis dalaman Wanita UMNO dan bila Syed Ali menolak kepimpinan Faridah di bahagian Cheras ini bermakna ada perkara yang tidak kena dalam pergerakan itu.

Memang sengaja Allah buka bagi kita semua menilai kemanakah arah tuju bekas Puteri UMNO selepas ini?

Kita berkeyakinan kalaulah Pak Lah tidak membuat keputusan melantik Azalina sebagai menteri dan Nordiana Syafie sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO jangan harap Wanita UMNO akan memberi ruang kepada Puteri?

Rata-rata berharap pada pilihan raya umum akan datang, Pak Lah kena memberi ruang pemimpin Wanita lainnya sebagai calon Wakil Rakyat menggantikan sedia ada. Ada sesetengah pemimpin Wanita sudah lama menjadi Wakil Rakyat.

Ada antaranya sudah menjadi Wakil Rakyat sejak kita masih bersekolah lagi. Kalau Pak Lah masih mengekalkan calon-calon Wakil Rakyat sedia ada ini bermakna Wanita UMNO gagal melahirkan pemimpin pelapis akan datang dan mereka dikekalkan sebagai Wakil Rakyat akan datang sudah tentulah proksi Rafidah.

Sekaligus akan memastikan Rafidah terus kekal sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO akan datang. Walau apapun kita ingin berterus terang di sini, rata-rata pemimpin Wanita berharapkan berlaku peralihan kuasa dengan baik dalam pergerakan itu.

Mungkin Rafidah boleh mengambil keputusan berundur secara terhormat sebagai ketua wanita dan tempatnya diisi oleh Shahrizat boleh dikatakan berpengalaman dan mempunyai track record yang baik dalam parti. Shahrizat boleh dikatakan berada dalam keadaan bersedia menjadi Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada pemilihan akan datang. Itupun kalau Rafidah bermurah hati melepaskan kerusinya kepada Shahrizat. Sebagai contoh, Tun Dr Mahathir Mohammad menyerahkan kerusi Perdana Menteri dengan baik kepada Pak Lah.

Seperti mana kata Syed Ali, Tak ada masalah pun. Pak Lah boleh memimpin negara dengan baik. Justeru Rafidah akan disanjung jika menyerahkan kerusi ketua wanita kepada Shahrizat tanpa ada pertandingan.. Menilai kepada usia Shahrizat sendiri amat bersesuaian mengetuai Wanita UMNO.

Berilah peluang Shahrizat mencetuskan idea baru dalam pergerakan itu. Kita sudah berada di alam global malah kerajaan pun bercadang mahu menghantar angkasawan wanita ke angkasa lepas takkanlah perjuangan Wanita masih ditakuk lama?

Asyik berjuang pasal mendapatkan kerusi dalam pilihan raya dan kuota sebagai pembuat dasar dalam negara sehingga terlepas pandang isu-isu sosial dalam pergerakan itu antaranya, pengkid, lesbian, perceraian dan sebagainya. Jangan kita menyangka hanya wanita tidak berkahwin sahaja terlibat budaya lesbian malah ada antaranya sudah berkahwin pun terjebak dalam dunia ini.

Begitu juga budaya homoseksual bukan sahaja melibatkan golongan lelaki tidak berkahwin juga golongan lelaki sudah berkahwin. Tugas kita pemimpin UMNO adalah mentarbiyahkan ahli-ahli mereka dan bukannya menjatuh hukum kepada golongan ini. Dalam soal ini kita kena cakap terus terang.

Kalau kita tengok acuan baulu begitu juga kuihnya akan mengikut acuan yang sama. Begitu juga dalam UMNO, bagaimana pemimpin Wanita terdahulu berpolitik begitu juga pemimpin wanita muda berpolitik sama sahaja. Kalau dalam Wanita UMNO berlaku politik wang atau hulur menghulur begitu juga dalam Puteri dan Pemuda. Sudah menjadi budaya dalam parti itu.

Itu sebabnya Pak Lah kena membawa pembangunan modal insan dalam UMNO. Kena terapkan nilai iman dan taqwa dalam diri pemimpin UMNO terlebih dahulu sebelum mereka mendidik masyarakat.

Kalau dalam Wanita dan Puteri pun berlambak isu perceraian maka bagaimana mereka mahu menjuarai isu perceraian umpamanya. Perceraian dan perpisahan berlaku di kalangan sesetengah pemimpin Wanita UMNO pun bukan kerana apa tetapi disebabkan budaya dalam pergerakan itu suka menyorokkan suami masing-masing.

Bila ada antaranya seperti Dato Dr Mashitah Ibrahim membawa suami dalam majlis tertentu adalah mulut tempayan mula menfitnah macam-macam dan sakit mata melihat pemimpin itu mesra dengan suaminya. Kalaulah kita menilai antara sebab membawa suami kerana untuk mengelakkan fitnah dan sebagainya tentulah semuanya serba sempurna.

Ini tidak baik Wanita dan Puteri sama sahaja sepusat sepusing suka menyembunyikan suami masing-masing. Kita tidaklah berniat mahu mengulas panjang-panjang pasal hal dalaman Wanita UMNO ini. Kita kagum dan tabik spring kepada Rafidah meletakkan al-Quran besar semasa Mesyuarat Wanita UMNO dan Perhimpunan Agung Wanita UMNO.

Memang jaranglah pemimpin meletakkan al-Quran sebagai saksi suara dan perbuatan mereka. Tapi pada masa yang sama , Rafidah kena menyarankan kepada anggota pergerakan agar muhasabah diri dan laksanakan arahan Allah seperti mana termaktub dalam al-Quran. Al-Quran adalah nasihat Allah S.W.T. yang paling baik dan berilah iman dan taqwa kepada pergerakan itu. Kita percaya setiap masalah ada jalan penyelesaian.

Isu Syed Ali dan UMNO Bahagian Cheras akan selesai jika Rafidah sendiri meletakkan ego ke tepi dan bertemu secara empat mata dengan Syed Ali. Begitu juga Faridah jika berasakan diri sudah menjadi liabiliti kepada pergerakan itu berundurlah secara terhormat. Jika kita berasakan diri kita menjadi punca kepada perpecahan Wanita UMNO berundurlah secara baik. Faridah pun sudah terlalu lama menyandang jawatan Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO dan berilah peluang orang lain menyandang jawatan tersebut. Sebagai manusia kita semua tahu tiada sesiapapun bersifat maksum atau seratus peratus perfect. Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah :193 yang bermaksud;

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.

Dan suka kita tegaskan di sini tujuan dan niat kita menulis atau mengkritik kerana mahu mengajak Wanita melakukan yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara mereka. Baik penulis atau media akan berhenti bercakap kalau datang arahan Pak Lah sebagai Perdana Menteri agar kita bercakap tidak benar.

Selagi Pak Lah membawa misi kebenaran dan keadilan dalam pentadbirannya selagi itulah kita akan bercakap perkara yang benar demi membantu pentadbiran Pak Lah. Syed Ali berani mendedahkan kepincangan pentadbiran Faridah sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras kerana mahu memberikan laporan tepat kepada Pak Lah. Syed Ali bukan pemimpin hipokrit atau pengampu. Syed Ali mendedahkan perkara yang benar. Syed Ali dan kita bercakap benar demi kebaikan UMNO dan demi kebaikan pemimpin Melayu.

Jangan jadi pemimpin hipokrit atau menjaga kepentingan diri masing-masing. Wanita UMNO kena muhasabah diri dan kena buat post mortem kelemahan pentadbiran pergerakan itu. Mereka juga kena menerima Puteri UMNO dan menerima bekas Puteri UMNO dalam pergerakan itu. Kalau tidak bubar sahaja Puteri UMNO habis cerita
Category: News
Posted by: raja petra


Written by Norzah bt Kepol
Wanita Post (Petikan Agendadaily.com.)


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menganggap belum masanya lagi untuk memberi apa-apa jawapan terhadap persoalan sama ada beliau akan terus menerajui sayap kanan UMNO itu ataupun melonjakkan diri ke jawatan yang lebih tinggi. Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada akan meneruskan kepimpinannya dalam Pergerakan Pemuda UMNO atau cukup setakat penggal ini saja.

Dalam gelak ketawa, Hishammuddin berkata,"itu masa untuk berbuka dah (berbuka puasa), Assalamualaikumbelum masanya lagi untuk menjawab soalan itu.

Desas desus kuat mengatakan Ketua Pemuda UMNO itu yang sudah dua penggal mengetuai pergerakan itu akan cuba nasib bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan jawatan yang akan diadakan tahun depan.

Sebelum itu Hishammuddin mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang antara lain membincangkan persiapan untuk menghadapi Perhimpunan Agung Pemuda yang akan diadakan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Seramai 800 perwakilan Pemuda bahagian akan menghadiri perhimpunan kali ini. Bagaimanapun, Hishammuddin mengalu-alukan setiap Pemuda UMNO Bahagian menghantar pemerhati kerana dewan tersebut boleh memuatkan 3000 orang.

Di sidang media itu juga, Hishammuddin memberitahu keputusan mesyuarat memberi peluang kepada Ketua-ketua Pemuda UMNO negeri yang telah melewati usia Pemuda menjadi jurucakap pada perhimpunan kali ini.

Beliau juga melahirkan kebimbangan tentang keselamatan kanak-kanak yang menjadi mangsa kekejaman manusia ganas dan akan membincangkan dengan menteri berkenaan agar Putera UMNO diberi penglibatan dalam Rukun Tetangga. "Kes Nurin Jazlin telah membuat saya rasa marah dan sedihkita akan berbuat sesuatu agar perkara seumpama ini tidak berulang," katanya.

Di sidang media itu juga Hishammuddin telah menyampaikan sumbangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bernilai RM50 ribu kepada Mohd Norazmin Abdul Aziz, 23, ahli Putera UMNO sebagai penghargaan atas kejayaannya berenang merentasi Selat Melaka pada 21 Ogos lalu.

Norazmin berenang dalam masa 24 jam 36 minit bagi menamatkan Cabaran Selat Melaka Putera UMNO 2007, dipercayai mencatatkan rekod baru Guiness Book of World Records sebagai perenang termuda berenang tanpa sangkar dalam tempoh kurang 25 jam.

Hishammuddin bersama Naib Ketua Khairy Jamaluddin serta exco-exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama lebih 1000 pemimpin pemuda bahagian dan mantan pemimpin Pemuda UMNO seluruh negara.
Category: News
Posted by: raja petra


Intan Abdullah
Harakahdaily


Setelah 50 tahun memerintah negara, Umno masih belum berjaya memperkasakan orang Melayu sebagai bangsa dominan dari sudut ekonomi dan politik.

Dalam satu rancangan yang disiarkan oleh TV9 malam tadi, Pensyarah di Jabatan Antropologi, Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya, Dato' Dr Zainal Kling berkata, setakat ini Umno hanya meluaskan monopoli mereka ke peringkat kelas menengah sahaja yang merupakan sebahagian kecil daripada bangsa Melayu

"Sedangkan terdapat 60 peratus lagi orang Melayu yang tinggal di luar bandar tidak dapat menikmati hasil pembangunan mewah yang dibuat oleh kerajaan," ujarnya ketika ditanya oleh perantara rancangan Hujah, Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof.

Menurutnya, ini adalah kerana kerancakan aktiviti pembangunan yang dijalankan hanya bertumpu kepada masyarakat yang berada di bandar sahaja.

Walhal ujarnya, masih ramai lagi di kalangan orang Melayu yang perlu dibangunkan ekonomi dan taraf hidup yang selesa tanpa perlu bergantung kepada orang lain.

"Masyarakat yang berada di luar bandar juga mahu menikmati kemajuan, mereka mahu pusat kesihatan kecil diwujudkan di tempat mereka," tegas beliau yang juga merupakan pemerhati politik tanah air.

Zainal berpendapat bahawa orang Melayu masih terkebelakang jika sekiranya budaya demokrasi masih tidak wujud di dalam Umno.

"Ini tidak, kalau kita tegur pemimpin, dilabelkan sebagai pembangkang, dikenakan tindakan tatatertib, dibuang parti dan sebagainya. Di mana demokrasi parti kita?"

Beliau menunjukkan bahawa walaupun memerintah negara selama 50 tahun, Umno masih gagal membawa kemajuan ekonomi kepada Malaysia, khususnya orang Melayu

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali berkata dengan tema 'mengangkasakan tamadun bangsa', Umno sebenarnya hanya berjaya mengangkasakan harga barang sahaja.

Hal ini terbukti dengan peningkatan harga barangan yang mendadak di pasaran dalam tempoh terdekat.

Apa yang jelas, Zainal mengakui bahawa demokrasi dalam Umno masih lagi terkongkong yang akhirnya akan menatijahkan perkembangan Umno yang tidak demokratik.

Beliau mengakhiri temubual rancangan tersebut dengan menyatakan harapan kepada pertubuhan Melayu itu, supaya perancangan kemajuan yang diatur untuk menjadikan agenda memperkasakan melayu tidak mengetepikan nasib sebenar sebahagian besar golongan melayu yang tinggal di luar bandar untuk mengecapi nikmat kemajuan yang telah lama dinikmati oleh rakyat di bandar.
Category: News
Posted by: raja petra


Murtadza Ibrahim
Harakahdaily


Pelik tetapi benar. Umno yang mempunyai keahlian lebih daripada tiga juta ahli dan teras kepada gabungan parti-parti dalam Barisan Nasional menghadapi masalah "lengang" dalam Perhimpunan Agung Umno 2007, termasuk pada hari pembentangan ucapan dasar Presiden, semalam.

Tidak ramai ahli-ahli mahupun penyokong yang hadir sehingga ramai peniaga gerai yang duduk termenung menunggu pelanggan. Sememangnya sejak Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Presiden Umno pada tahun 2004, keadaan suram mula melanda setiap kali perhimpunan agung parti berkenaan, dan tahun ini, sambutan begitu teruk sekali.

Sepatutnya menjelang Perhimpunan Agung Umno yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 akan datang, para ahli dan penyokong Umno bersemangat sekali untuk hadir sebagai tanda sokongan moral kepada parti tetapi keadaan adalah sebaliknya.

Yang paling "sibuk" berjalan adalah isteri (atau 'bonda baru' sepertimana yang disebut oleh menantunya) Abdullah Ahmad Badawi, Datin Seri Jeanne Abdullah. Beliau akan berlegar di mana sahaja di sekitar PWTC seolah-olah memperkenalkan dirinya adalah isteri Presiden Umno kepada sayap Pemuda, Puteri dan Wanita Umno.

Apakah tindakan Jeanne ini adalah untuk "meredakan" hati perwakilan dan ahli-ahli Umno yang agak kecewa dengan pilihan Abdullah? Apakah Jeanne mahu membuktikan bahawa dirinya juga adalah penyokong kuat bangsa Melayu dan Umno?, melebihi anita-wanita Melayu lainnya?

Walaupun Jeanne sentiasa "sibuk berjalan" tetapi ruang legar di PWTC begitu lengang dan sepi. Apakah ahli-ahli Umno sudah tidak ghairah lagi dengan parti mereka sendiri? Atau adakah para perwakilan kini "sengkek" kerana tidak mampu lagi membawa para penyokongnya ke ibu kota sepertimana yang dilakukan oleh mereka sebelum ini terutamanya di bawah era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu.

Sejak Abdullah memperkenalkan pertanian dan batik sebagai perniagaan baru, semakin ramai ahli dan pemimpin Umno di peringkat bahagian tidak dapat menjalankan perniagaan tradisi sebagai kontraktor. Abdullah memperkenalkan perniagaan berasaskan pertanian secara drastik, sesuatu yang disifatkan baik, tetapi dalam bidang yang mana aktivis Umno "cari makan", seperti sektor pembinaan, ia seperti menemui jalan mati.

Makin ramai kontraktor kelas F misalnya mengeluh kerana sudah lama mereka tidak mendapat kontrak baru. Ataupun, apakah Abdullah mahu menutup peluang perniagaan buat golongan yang dilihat masih rapat dengan Mahathir bagi mematikan terus pengaruh bekas Perdana Menteri itu dalam Umno.

Mungkin pemimpin dan ahli-ahli Umno tidak begitu kecewa apabila SCOMI mendapat banyak peluang perniagaan tetapi mereka cukup kecewa dengan sikap Abdullah yang turut membenarkan keluarganya aktif dalam politik, malah mempengaruhi keputusan dan dasar penting negara.

Para pemimpin Umno cukup faham tekanan yang mereka hadapi dengan sikap menantu beliau ketika mula-mula memegang jawatan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno dahulu. Mungkin mereka yang pernah menerima arahan daripada menantu Abdullah ini begitu kecewa dengan budak muda yang baru belajar di dalam Umno tetapi sudah bersikap "besar kepala" dengan memberi pelbagai arahan sedangkan dia tidak mempunyai apa-apa kedudukan dalam kerajaan.

Atau mungkinkah sebahagian ahli-ahli Umno masih kecewa dengan sikap Abdullah dan para pemimpin Umno yang "menyerang" Dr Mahathir serta menghalang bekas Presiden Umno itu untuk hadir sebagai perwakilan Kubang Pasu pada tahun 2006 lalu?

Bekas Presiden Umno ini hanya hadir sekali sahaja pada tahun 2004 ketika Abdullah memegang jawatan Presiden Umno. Kemudian pada tahun 2005-2007, Dr Mahathir tidak hadir yang mungkin disebabkan faktor kesihatan atau kekecewaan beliau terhadap Abdullah dan "budak-budak di Tingkat 4 JPM". Segala-galanya adalah serba mungkin.

Bagaimanapun kekurangan pengunjung semasa berlangsungnya Persidangan Agung Umno 2007 tidak boleh dijadikan kayu ukur kepada parti pembangkang bahawa Umno kini lemah dan kurang sokongan. Pembangkang sepatutnya lebih berhati-hati dan bijak berpolitik menjelang pilihanraya umum ke-12 kerana ahli dan pemimpin Umno boleh berubah wajah dan tindakan.

Itu pun jika Abdullah tidak melakukan rombakan besar-besaran dengan menggantikan orang-orang Dr Mahathir kepada pengikut setia beliau. Jika Abdullah melakukan rombakkan, kemungkinan besar mereka yang tidak terpilih akan melakukan tindakan seperti mana "sepi dan sunyinya" Persidangan Agung Umno sekarang.

Seorang Ahli Jawatankuasa Umno di salah sebuah bahagian di Perak turut terkejut dengan jumlah kehadiran para pemimpin, ahli dan penyokong Umno. "Apakah Pak Lah sedar dengan suasana sekarang dan mesej daripada senario itu?" soalnya.

Abdullah mungkin tidak menyedari ketidakhadiran penyokong dan ahli Umno di PWTC. Malahan Presiden Umno ini mungkin tidak mengambil endah sama ada ramai atau tidak pemerhati yang hadir, kerana bagi dirinya, yang penting pilihan raya umum akan datang Barisan Nasional akan menang besar. Mungkin juga kerana Abdullah berjalan dikelilingi oleh bodyguard menyebabkan beliau menganggap masih ramai ahli dan penyokong Umno yang hadir.

Apapun sepertimana lazimnya yang dilakukan pada tahun 2004-2006, Abdullah akan keluar negara sebaik sahaja selesainya Perhimpunan Agung Umno ini. Urusan keluar negara adalah wajib kepada Abdullah dan keluarganya walaupun ketika itu negara dilanda musibah.
Category: News
Posted by: raja petra


Written by Herman Samsudeen

Himpunan Aman pada Sabtu 10 November di Dataran Merdeka anjuran BERSIH akan tetap diteruskan. Walaupun pihak penganjur menerima begitu banyak ancaman, namun tuntutan massa rakyat memberikan laluan untuk perhimpunan ini terus berjalan. Beberapa orang ahli jawatankuasa BERSIH telah dipanggil ke Bukit Aman pada 12 November ini.

Khairi Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pula telah mengarahkan pihak Polis membuat tangkapan terhadap pimpinan dan peserta Himpunan. Arahan ini adalah suatu yang biadap dan tidak rasional kerana himpunan ini adalah hak dan kebebasan rakyat. Rakyat berhak berada di mana sahaja mereka berada dan pemuda UMNO tidak berhak untuk menghalang perhimpunan ini.

Ketakutkan semakin terserlah di wajah pimpinan UMNO kerana himpunan ini. Khairi yang pada mulanya mencadangkan untuk pemuda UMNO turun berdepan dengan Himpunan BERSIH ini akhirnya mengaku kalah dalam ucapan yang sama dan mengakui bahawa pemuda UMNO tidak mampu berhadapan dengan 100 ribu rakyat.

Oleh itu, beliau tiada pilihan dan kemungkinan besar Polis akan dijadikan kuda tunggangan mereka bagi menghadapi peserta himpunan aman ini.

Kepada pihak Polis, kami mengingatkan agar mereka tidak membiarkan diri mereka diperkudakan lagi. Ini adalah himpunan rakyat, dan pihak Polis juga dialu-alukan bagi menyertai rakyat dalam himpunan ini atas jiwa mereka sebagai rakyat yang prihatin terhadap masa depan negara ini.

Diperingkat PAS pula, seramai 2000 orang petugas Unit Amal Malaysia yang beruniform dan tidak beruniform akan berkawal bagi memastikan tiadanya provokasi dan kekecohan yang boleh memburukkan imej perhimpunan ini. Kita datang dengan ama dan Unit Amal akan membantu kita.

Jika ada kalangan peserta yang cuba melakukan provokasi seperti membawa bendera parti politik, melaungkan kata-kata yang kesat, membaling atau menggunakan apa-apa objek yang boleh membahayakan orang lain, mereka akan dikeluarkan dari perhimpunan ini serta merta atau diserahkan kepada pihak Polis jika perlu.

Kita yakin, bahawa terdapatnya konspirasi terancang bagi mensabotaj himpunan ini dan kita juga telah bersiap sedia bagi menghadapi perhimpunan ini.

Kepada peserta perhimpunan yang masih ragu lagi, pihak penganjur juga telah menyediakan barisan peguam yang cekap untuk menjamin dan membela anda sekiranya ditangkap. Para peguam ini akan membantu dan membela hak anda sesuai dengan peruntukan Perlembagaan. Oleh itu tiada sebab untuk kita tidak hadir dan tunduk pada ancaman yang kini semakin tersebar luas.

Pastikan anda hadir dengan aman dan segalanya aaakan berjalan secara aman!
Category: News
Posted by: raja petra


Oleh: Faisal Mustaffa

7 Nov - Gabungan Pilihanraya Bersih Adil (BERSIH) mendesak supaya diadakan reformasi sepenuhnya undang-undang dalam menggubal dana pilihanraya, bagi memastikan pertandingan pilihanraya diadakan atas satu lapangan yang adil buat semua; kaya mahupun miskin.

Dalam sidang media yang diadakan di ibu Negara hari ini, Dr Dzulkifli Ahmad, Ahli Jawatankuasa Induk BERSIH berpendapat tahap perbelanjaan yang tidak efektif sepatutnya digantikan dengan peraturan-peraturan ketat dalam memastikan ketelusan tahap sumbangan yang berpatutan. Pihak-pihak dan calon yang layak sepatutnya perlu menerima subsidi dalam dana kempen mereka bagi mengurangkan beban kepada sumbangan daripada perniagaan.

BERSIH mengkritik tahap perbelanjaan pilihanraya yang ada sekarang RM200,000 bagi pertandingan di parlimen dan RM100,000 bagi dewan undangan negeri (DUN) yang mana ianya tidak relevan.

"Rakyat Malaysia sememangnya maklum mengenai calon-calon Barisan Nasional (BN) yang membelanjakan sekurang-kurangnnya 10 kali jumlah yang sepatutnya tetapi masih dapat melepaskan diri atas alasan petugas-petugas mereka yang bertugas secara sukarela atau menerima bayaran daripada pihak luar (termasuk parti mereka sendiri) bagi membayar perbelanjaan tersebut," kata Dzulkifli.

Kenyataan media BERSIH itu menyebut bahawa Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 gagal dalam menghalang perbelanjaan melampau tersebut kerana ia melibatkan calon-calon individu bukannya parti-parti politik sebagai unit dalam sesuatu perakaunan. Mengikut realitinya, perbelanjaan-perbelanjaan besar tersebut seperti iklan dan bahan-bahan kempen dibayar oleh ibu pejabat-ibu pejabat atau proksi-proksi mereka.

"Sekiranya parti-parti tersebut diambil sebagai sebahagian daripada unit perakuanan, BN (yang bertanding dalam 219 kerusi parlimen dan 504 kerusi DUN) hanya boleh secara undang-undang membelanjakan RM 94.2 juta di seluruh Negara sahaja. Dalam erti kata lain, calon-calon BN hanya membelanjakan sedikit sahaja selepas ditolak kos-kos yang besar bagi pengiklanan siaran melalui media elektronik mahupun media cetak," tambah Dzulkifli lagi.

BERSIH mencadangkan agar peraturan-peraturan yang ketat dibuat bagi memastikan rekod-rekod yang telus bagi kesemua sumbangan dan derma dibuat semasa kempen pilihanraya, sama ada dari segi tunai, derma mahupun petugas. Perkara ini membolehkan orang awm dan media memeriksa sekiranaya Kerajaan atau ahli-ahli politik membayar balik 'bantuan' tersebut selepas pilihanraya. Peraturan tersebut juga mampu untuk menghalang penyalahgunaan dana yang diperolehi daripada syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan kerajaan (government-linked companies, GLCs) semasa pilihanraya.

Sekiranya terdapat tahap yang ditentukan,ianya mestilah dilakukan terhadap sumbangan, bukannya perbelanjaan. Tahap dalam sumbangan boleh menghadkan keupayaan pihak yang kaya dan pemilik-pemilik perniagaan dalam mendapatkan pengaruh.

"Selain itu, tahap perbelanjaan mudah dapat dimanipulasi", kata Dzulkifli yang juga merupakanPengarah Penyeldikan bagi Parti Islam seMalaysia (PAS).

BERSIH seterusnya mencadangkan satu pembiayaan dengan menggunakan dana awam, memandangkan pilihanraya juga diperlukan bagi memaklumkan kepada para pengundi dan kos tersebut yang meningkat. Apabila kerajaan memberi subsidi kepada kesemua parti dan calon-calon yang mana perkongsian undi mereka akan berada di satu peringkat, misalnya 12.5% di pilihanraya yang lalu, pihak-pihak yang bertanding boleh mengurangkan penggantungan mereka terhadap dana-dana persendirian.
Category: News
Posted by: raja petra


Oleh Deep Throat Sabah

Belumpun reda Skandal Seks dan Rasuah Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman yang dirangkumkan di dalam 81 pertuduhan yang difailkan Naib Presiden Parti Keadilan, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, kini Sabah dikejutkan lagi dengan Skandal Seks seorang Pembantu Menteri yang rapat dengan Musa.

Pembantu Menteri berkenaan merupakan Mantan Ketua Bahagian Umno yang berkhidmat dalam tempoh yang paling singkat dalam sejarah Umno apabila keputusannya dibatalkan oleh Majlis Tertinggi Umno kerana berlaku penipuan ketika pengundian.

Sebelum ini, Pembantu Menteri yang mempunyai dua nama Datuk terlibat dengan Skandal Seks bersama isteri Wakil Rakyat Umno sehingga dipecat daripada jawatan di dalam parti dan diturunkan hirarkinya oleh Ketuanya.

Datuk dengan dua nama Datuk ini merupakan orang kesayangan Musa Aman dan sering mewakili Musa dalam sebarang urusan rasmi termasuk di Dewan Undangan Negeri Sabah.

"Memang sah ada laporan polis dibuat terhadap Datuk berkenaan pada 1 November 2007, tetapi kita tidak dapat dedahkan maklumat lanjut kerana fail siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya di Kota Kinabalu," ujar seorang pegawai polis berpangkat Inspektor.

Menurut Inspektor berkenaan, mangsa telah datang ke balai ditemani suami membuat laporan polis dan mengadu beliau telah dirogol oleh Datuk dengan dua nama Datuk berkenaan.

Namun Inspektor berkenaan enggan mengulas lanjut sama ada Datuk dengan dua nama Datuk berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara mandatori maksima 20 tahun dan sebat lapan kali bagi setiap tuduhan jika sabit kesalahan atau seksyen lain.

Percubaan Malaysia Today untuk menemui mangsa dan suaminya juga gagal kerana dimaklumkan Datuk Dengan dua nama Datuk berkenaan telah membayar sogit (pampasan) sejumlah besar wang agar mangsa menarik balik laporan polis yang dibuatnya dan meminta mangsa tidak muncul di khalayak ramai.

"Kami lihat dia menangis dan merayu agar mangsa menarik balik tuduhan berkenaan," ujar seorang saksi yang melihat insiden yang memalukan berkenaan di balai polis tersebut sehingga kes berkenaan tersebar dengan cepat dari mulut ke mulut dan sms yang sampai ke pengetahuan Musa Aman tiga minit selepas kejadian berkenaan dilaporkan.

Menurut saksi tersebut, kejadian mengusung tilam juga berlaku dalam kes ini bagi ujian DNA sehingga Datuk dengan dua nama Datuk ini menanggung malu yang tidak tertahan apabila Skandalnya terbongkar.

"Mangsa ini isteri ketiga kepada pengikut setianya, tetapi akibat skandal ini mereka berkerat rotan berpatah arang," ujar seorang daripada pengikut yang digelar Kumpulan Geng 12 yang dibentuknya.

Pengikut berkenaan, akibat insiden berkenaan, hasrat Geng 12 untuk menghadiri persidangan Agung Umno di PWTC musnah kerana Datuk dengan dua nama Datuk berkenaan membatalkan perjalanannya kerana gagal menampan malu jika berhadapan dengan pemimpin Umno yang lain.

Geng 12, kumpulan ala Samseng ini ditubuhkan oleh Datuk dengan dua nama Datuk berkenaan untuk menjaga popularitinya, namun akibat terjebak dengan Skandal Seks dengan isteri salah seorang anggota kumpulan Geng 12 berkenaan yang kini dipercayai dibubar dengan sendirinya.

Skandal ini telah dieksploitasi secara meluas oleh musuh politik Datuk dengan dua nama Datuk berkenaan sehingga sampai ke telinga Pak Lah seminit selepas laporan dibuat kerana pada mulanya polis enggan menerima laporan yang dibuat mangsa.

Namun selepas suami mangsa menggunakan seorang ternama, sehingga memaksa Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Sabah terpaksa datang untuk menjalankan siasatan, barulah polis menerima laporan mangsa, namun enggan mendedahkan isi laporan kepada media kerana masih dalam siasatan polis.

"Dia telah dijatuhkan hukuman oleh rakyat sebelum Mahkamah menghukumnya," ujar seorang pemimpin Umno ketika diminta mengulas kejadian berkenaan yang disifatkan sebagai kisas kerana sebelum ini isteri beliau turut menjadi mangsa kegatalan Datuk dengan dua nama Datuk berkenaan.
Category: News
Posted by: raja petra


Abdul Halim Mohd Rashid
Harakahdaily


1. Watergate a la Malaysia

2. Dolahgate (Versi Bahasa Malaysia)


Seorang Ahli Jawatankuasa Umno cawangan, Johari Ismail mengemukakan laporan polis terhadap Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana "melanggar peraturan mesyuarat dan wujud unsur konspirasi melakukan ‘jenayah politik’ kepada bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad".

Blogger Ahirudin Attan melaporkan di dalam blognya, Rocky's Bru, laporan tersebut dibuat oleh Johari, Ahli Jawatankuasa Umno cawangan Kampung Tahang Rimau, Segamat, di Balai Polis Dang Wangi kira-kira pukul 4.25 petang hari ini.

Dalam laporannya itu beliau menyatakan, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno 28 Ogos 2006 lalu telah membincangkan secara terperinci usaha menggagalkan Dr. Mahathir untuk bertanding sebagai Perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno 15-17 November 2006 dalam Mesyuarat Agung Tahunan Umno Bahagian Kubang Pasu pada 9 September 2006.

Dalam perbincangan mesyuarat Majlis Tertinggi itu, kata Johari, turut dirakamkan tugasan-tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada beberapa ahli MT untuk dilaksanakan bagi memastikan Dr. Mahathir gagal dipilih sebagai Perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu.

"Setelah menyedari Minit Mesyuarat pada 28 Ogos itu mengandungi perbincangan secara terperinci mengenai niat jahat menghalang mantan Presiden Umno itu dipilih sebagai Perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu, maka Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengarahkan Brig. Jen (B) Dato’ Hussainay Hashim, Setiausaha Kerja MT Umno, mewakili Sekretariat Umno agar tiga muka surat Minit Mesyuarat tersebut dikecualikan dari Minit Mesyuarat asal.

"Walaupun ditegur oleh Ahli MT Umno YB Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim kerana perbuatan mengecualikan sebarang maklumat dari Minit Mesyuarat yang telah direkod dan sediakan itu sebagai menyalahi peraturan mesyuarat, namun begitu Presiden Umno masih berdegil.

"Maka arahan itu dilaksanakan dan Minit Mesyuarat rasmi pada MT Umno 28 Ogos 2006 telah mengecualikan tiga helai muka surat asal mengenai perbincangan mengenai usaha mengagalkan pemilihan mantan Presiden Umno sebagai Perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu pada 9 September 2006.

"Oleh demikian, kerana MT Umno telah mengesahkan satu Minit Mesyuarat pada 28 Ogos 2006 yang telah di’ubahsuai’, maka saya minta siasatan dibuat kerana ini jelas melanggar peraturan mesyuarat dan wujud unsur konspirasi melakukan ‘jenayah politik’ kepada mantan Presiden Umno," kata Johari dalam laporan polis itu.

Bercakap kepada sidang akhbar selepas itu, Johari yang pernah memenangi anugerah kewartawanan dalam tahun 80an menegaskan bahawa beliau "mempunyai bukti".

"Saya melakukan ini sebagai ahli Umno yang prihatin," kata Johari. "Saya prihatin terhadap penghakisan di dalam Umno".

Beliau juga menegaskan bahawa beliau sanggup menghadapi apa jua akibat berikutan tindakannya itu.

Beliau juga, katanya, tidak disuruh oleh mana-mana pemimpin Umno untuk mengemukakan laporan itu.

Johari terpaksa mengambil masa hampir dua jam untuk mengemukakan laporannya itu kerana anggota polis di situ terpaksa memanggil balik pegawai atasannya yang bertugas di bangunan PWTC, di mana berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno tahun ini.
Category: News
Posted by: raja petra


Roy Rasul
Harakahdaily


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menghantar satu surat temujanji kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk memohon bagi mengadap baginda pada jam 3.00 petang, 10 November ini.

Penyerahan surat tersebut dihantar kepada Setiausaha Sulit Istana, yang mana diwakili seorang pegawai pembantu Setiausaha Sulit Istana yang dikenali dengan nama Zainab di pejabat Istana Negara, dekat sini, hari ini.

Seramai lima Ahli Jawatankuasa Bersih yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zulkifli Ahmad; Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Sivarasa Rasiah; Fuziah Salleh; wakil DAP, Ronnie Liu dan seorang wakil dari Center Independent Journalist (CIJ).

Sementara itu, Dr Dzulkifli yang bercakap kepada pemberita di penyerahan surat tersebut berkata, Bersih memohon beberapa perkara kepada Yang DiPertuan Agong berhubung sistem pilihan raya negara ini.

"Bersih memohon keprihatinan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong untuk memperkenan mengangkat agenda reformasi sistem pilihan raya.

"Bersih juga memohon supaya Baginda mengangkat usaha untuk mewujudkan satu Suruhanjaya Diraja bagi melihat keseluruhan keperluan sistem reformasi pilihan raya itu sendiri," katanya.

Katanya, mereka juga memohon secara rasmi untuk mengadap Yang DiPertuan Agong di Istana Negara pada 10 November depan.

Sementara itu, Sivarasa berkata, empat masalah besar yang wujud dalam proses pilihan raya iaitu bersihkan daftar pengundi, mansuhkan undi pos terhadap polis dan tentera, menggunakan dakwat kekal dan memberi akses yang adil kepada semua pihak diperjelaskan dalam memorandum kepada Yang DiPertuan Agong pada 10 November ini.

Manakala, Fuziah yang turut serta dalam rombongan tersebut berkata, dalam sebuah negara yang demokrasiseperti Malaysia rakyatnya berhak untuk mendapat satu proses pilihan raya yang bersih dan adil.

"Apabila rakyat beramai-ramai membuat keputusan untuk bersama Bersih pada 10 November pasukan polis digesa memberi bantuan untuk memasti keselamatan mereka yang berkumpul pada hari itu.

"Suhakam juga mengatakan bahawa perhimpunan itu adalah hak rakyat Malaysia dan itu yang kita harapkan daripada semua pihak menyokong kita," katanya.

Dalam pada itu, Ronnie pula berkata, rakyat yang hadir di Dataran Merdeka pada hari itu digalakkan memakai serba kuning.

Ini katanya, sebagai menuntut reformasi sistem pilihan raya yang adil dan bersih.
Category: News
Posted by: raja petra


Roy Rasul
Harakahdaily


Enam daripada Ahli Jawatankuasa Bersih terdiri daripada Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, AJK Bersih, Sivarasa Rasiah, Johari Abdul, Khairul Annuar Zainuddin (Jonah), Tian Chua dan Ronnie Liu dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi kenyataan mengenai Gabungan Bersih di bawah akta pertubuhan.

Masing-masing menerima panggilan daripada ASP Amran Mohd Husin, Bahagian Jenayah Kormisial pada 3 November lalu.

Sekreteriat Bersih, Faizal Mustaffa yang bercakap kepada media dalam satu sidang media Bersih di hadapan pejabat Istana Negara hari ini berkata, kesemua mereka dipanggil oleh Bahagian Jenayah Komersial.

Bagaimanapun katanya, mereka yang terlibat akan berjumpa dengan bahagian tersebut pada 12 November nanti.

Mengulas lanjut, Faizal berkata, apa yang mereka musykilkan mengapa kesemua mereka dipanggil oleh Bahagian Jenayah Kormisial.

"Itu yang kita faham tetapi daripada apa yang dijelas kepada mereka pada hari tersebut ialah berhubung mengapa bahagian Jenayah Kormisial memanggil mereka ialah atas dakwaan Bersih adalah sebuah pertubuhan haram sedangkan Bersih adalah sebuah gabungan bukannya pertubuhan yang perlu didaftarkan," katanya.
Category: News
Posted by: raja petra


Intan Abdullah
Harakahdaily


Tidak sampai seminggu perhimpunan rakyat yang bakal mencatatkan sejarah negara pada 10 November, yang akan menyaksikan kebangkitan rakyat menuntut sistem pilihanraya yang adil dan bersih namun, apa yang mengejutkan ialah terdapat usaha yang dilakukan oleh sesetengah pihak dipercayai didalangi Special Branch (SB) untuk menggagalkan perhimpunan tersebut.

Mereka menyebarkan empat jenis risalah tanpa tajuk beserta sekeping VCD dengan mendakwa bahawa perhimpunan tersebut didalangi oleh Suruhanjaya Antara Agama atau Inter Faith Commission (IFC).

Bahkan, risalah tersebut juga mengandungi pendirian Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Khairul Ariffin Moh Munir yang membantah perhimpunan tersebut diadakan atas hujah yang sama.

Bagaimanapun, pihak Abim memaklumkan Khairul Ariffin berada di luar negara dua minggu lalu dan akan pulang semula ke tanah air dua minggu akan datang.

Malah, pihak Abim mengesahkan bahawa mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu terbabit dan mendakwa ia adalah propaganda pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab yang berniat untuk menggagalkan perhimpunan tersebut.

Jurucakap Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (Bersih), Faisal Mustafa pula berkata Abim masih tergolong dalam gabungan tersebut yang menyokong perhimpunan itu.

"Ini usaha jahat pihak yang tertentu yang ingin memastikan perhimpunan tersebut gagal. Jadi, pelbagai kerenah dicipta dan dibuat agar kita lemah semangat. Apapun, kami tidak akan goyah untuk meneruskannya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Selain itu, sekeping poster juga diedarkan bersama yang mengandungi gambar Naib Presiden KeADILan, Sivarasa rasiah, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, Ketua Penerangan Wanita KeADILan, Elizabeth Wong, Blogger Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin sebagai dalang perhimpunan 10 November yang bermotif untuk melumpuhkan Islam.



VCD tersebut mengandungi visual penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menari semasa kempen pilihanraya kecil di Ijok, mendakwa Anwar sebagai agen yahudi, pendedahan bekas Setiausaha KeADILan, Lokman Noor Adam mengenai penyelewengan wang dan masalah dalaman parti tersebut serta kaitan parti tersebut dengan George Soros.

Setakat ini, penyebaran ini dikesan berlaku di sekitar Bandar Baru Bangi , dan Yang Dipertua PAS Serdang, Dr Shafie Abu Bakar telah dimaklumkan mengenai hal tersebut.

VCD dan risalah tersebut yang juga diedarkan di premis awam seperti surau-surau, perhentian bas, tepi-tepi jalan serta kawasan perumahan.

Sementara itu, Sivarasa ketika dihubungi Harakahdaily meminta semua pihak agar berhati-hati dengan pihak-pihak tertentu yang cuba untuk menggagalkan perhimpunan tersebut dengan menggunakan pelbagai cara.
Category: News
Posted by: raja petra


Oleh FATHI ARIS OMAR
mStar Online


Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Kamaruddin menggesa polis mengambil tindakan tegas dengan menangkap mereka yang terlibat dalam perhimpunan parti pembangkang dan badan bukan kerajaan pada 10 November ini dengan alasan ia dianjurkan oleh pertubuhan haram dan diadakan secara haram.

Perhimpunan untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil itu anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih (Bersih) yang dijadual berarak dari Dataran Merdeka ke Istana Negara mulai 3 petang.

"Ini bukan soal saya anti demokrasi, tak nak dengar suara rakyat. Ini soal undang-undang, ini soal perhimpunan haram, mereka perlu ditangkap...," katanya ketika berucap menggulung perbahasan di perhimpunan pergerakan Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra petang tadi.

"Jangan jadi beruk-beruk di jalanraya tetapi bertanding dalam gelanggang pilihanraya umum," katanya, sambil menambah pergerakan itu boleh turun berdepan dengan para penyokong pembangkang pada Sabtu ini tetapi bimbang ia akan mencetuskan ketegangan.

Mesej perhimpunan tersebut itu juga "mesej hipokrat", katanya.

"Mereka pulau pilihanraya kecil Batu Talam, tapi mereka bertanding di Ijok dan Machap," katanya.
Category: News
Posted by: raja petra


Salmiyah Harun
Harakahdaily


Pendedahan Laporan Audit Negara baru-baru ini terbukti berlakunya penyelewengan dan rasuah oleh pemimpin-pemimpin kerajaan baik di peringkat negeri mahupun pusat.

Berdasarkan laporan tersebut, Pengerusi Gerak Ezam Mohd Noor menegaskan sekurang-kurangnya dua menteri iaitu Menteri Besar ataupun Menteri senior mesti ditangkap dan dihukum.

"Kita ada 'task force' khususnya tentang laporan audit negara, kita tahu dalam laporan itu sahaja sekurang-kurangnya dua menteri ini disabitkan dan diharuskan bawa ke mahkamah seperti juga kerani-kerani bawahan yang dibawa ke mahkamah," katanya di hadapan kira-kira 400 peserta yang mengikuti forum rakyat di sini baru-baru ini.

Tegasnya, beliau akan tunggu Ketua Audit Negara untuk menafikan kenyataannya itu.

Ketika ditanya peserta forum siapa menteri berkenaan, Ezam tidak boleh mendedahkan siapa yang dimaksudkan kerana beliau bukannya Ketua Badan Pencegah Rasuah (BPR).

"Kalau saya Ketua BPR dah lama saya dedahkan, saya bagi 'hint' Menteri Besar dan Menteri sahaja" katanya yang diikuti sorakan para peserta Forum "Rasuah dan Jenayah:Malaysia Di ambang Bahaya" yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Salahuddin Ayub.

Apabila didesak oleh para peserta, Ezam memberi gambaran merujuk kepada Menteri Besar negeri yang kaya.

Dalam pada itu, Ezam menegaskan setiap lapisan rakyat negara ini haruslah benar-benar serius dalam menangani gejala rasuah.

Bagaimanapun beliau kecewa kerana kerajaan tidak memberi respon terhadap apa yang dilaporkan misalnya tentang laporan audit negara.

Berhubung laporan itu katanya, ada tiga individu penting yang menegaskan tidak melakukan sistem tender itulah menyebabkan berlakunya rasuah.

Tiga orang terbabit adalah, Ketua Audit Negara, Ketua Pengarah BPR, dan Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah.

"Mereka masing-masing berkata dan tegas supaya kerajaan tukar cara tender sistem,"katanya.

Malangnya, kata Ezam, sehingga hari ini tidak ada seorang pun menteri yang respons terhadap dasakan itu dari atas hingga di peringkat bawah

"Yang adanya cuma 'ya kita akan kaji dan akan tubuhkan jawatankuasa' khususnya untuk mengkaji tender sistem," kata beliau.
Category: News
Posted by: raja petra


Mahfuz Omar
Harakahdaily


Selepas negara digemparkan oleh kegiatan "judges shopping" baru-baru ini, kini satu lagi penyelewengan kuasa didedahkan apabila Ketua Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, Dato' Ramly Yusuff didakwa kerana memiliki harta bernilai RM27 juta.

Pemilikan harta di luar kemampuan ini bukanlah isu utama, tetapi bagaimana pendedahan ini berpunca daripada kegiatan broker-broker kroni dalam mencaturkan jawatan pegawai-pegawai tinggi polis – seperti mana Dato' VK Lingam didakwa mencaturkan para hakim.

Apa yang jelas di dalam skandal ini ialah kelemahan dan kegagalan Kerajaan Umno/BN yang dipimpin oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam melahirkan budaya good governance di negara ini.

Amat memalukan sekali apabila Perdana Menteri gagal mengawal pegawai-pegawainya, bahkan membiarkan pihak ketiga menentukan masa depan negara. Dulu ramai juga yang tercengang apabila Tun Dr Mahathir mendakwa "Tingkat 4" menguasai pejabat Perdana Menteri dan menentukan polisi-polisi negara.

Rupa-rupanya, kini orang-orang yang berada jauh daripada Putrajaya juga turut menggunakan kuasa "remote control" ke atas pejabat Perdana Menteri. Apa yang boleh kita simpulkan ialah para pemimpin kita seolah-olah begitu dungu terhadap tanggungjawab masing-masing.

Rakyat pernah tertanya-tanya bagaimana pengawal peribadi Timbalan Perdana Menteri boleh 'mencuri' bom canggih untuk mengebom rakyat Mongolia.

Hari ini rakyat semakin tidak keruan apabila Perdana Menteri sendiri kehilangan pedoman sehingga dikawal kiri dan kanan, atas dan bawah oleh pelbagai pihak dalam menentukan dasar-dasar negara.

Pemimpin yang brtanggungjawab dan berwibawa sepatutnya menyedari tugas dan tanggungjawab mereka untuk mempertahankan kedaulatan negara, melaksana keluhuran undang-undang, memastikan keadilan untuk rakyat, mengukuhkan ekonomi negara, memastikan kebajikan terbela dan sebagainya.

Pendek kata kuasa pemerintahan yang diwakilkan oleh rakyat kepada mereka diguna dan dimanfaat dengan bersungguh-sungguh bagi menjaga kepentingan rakyat.

Amat malang sekali bagi kita semua apabila kuasa yang diwakilkan kepada Umno/BN ini disalahgunakan untuk menindas rakyat.

Pelbagai kezaliman telah diperkatakan orang. Bukan hanya musuh-musuh politik ditindas dengan ISA, bahkan rakyat-rakyat termiskin termasuk setinggan yang setia kepada Umno pun menjadi mangsa tindasan mereka.

Sekolah-sekolah agama yang begitu berjasa pun dinafikan hak mereka, apatah lagi hal-hal yang diaggap tidak ada kena mengena dengan mereka. Lihatlah bagaimana pilihan raya yang menjadi lambang demokrasi kini menjadi simbol kuku besi!

Kini tidak cukup dengan kuasa yang ada disalahgunakan untuk menindas rakyat, kuasa yang sama juga diserahkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Apa guna rakyat menyerahkan kuasa kepada Umno/BN jika kuasa itu kemudian diserahkan pula kepada taikon-taikon yang menguasai politik negara.

Kepada VK Lingam dan Vincent Tan 'diserahkan' kuasa untuk melantik hakim-hakim, dan Tengku Goh pula didedahkan mempunyai kuasa untuk menentukan perlantikan pegawai tinggi polis.

Ini belum dihitung kuasa-kuasa yang dimiliki oleh 'Tingkat 4' dan kuasa magik yang dimiliki oleh menantu Perdana Menteri.

Cerita VK Lingam dan Vincent Tan mencaturkan perlantikan hakim telah dibongkar melalui rakaman video yang didedahkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ternyata usaha pembangkang membongkarkan perkara ini memberi kesan apabila sebuah Pasukan Penyiasat dibentuk oleh kerajaan.

Lebih berkesan lagi apabila Majlis Raja-raja menolak cadangan Perdana Menteri untuk mengekalkan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Halim sebagai Ketua Hakim Negara.

Akhbar Straits Times Singapura dalam laporannya mendakwa Majlis Raja-raja menolak cadangan untuk menyambung semula tugas Tun Ahmad Fairuz sebagai protes terhadap peranan VK Lingam dan Vincent Tan dalam skandal ini.

Sungguh aneh sekali apabila Perdana Menteri mengumumkan perlantikan Pemangku Ketua Hakim Negara kerana khidmat Tun Ahmad Fairuz berakhir pada 31 Oktober 2007.

Secara logiknya Perdana Menteri sudah tahu tentang tarikh tamat perkhidmatan Tun Ahmad Fairuz, tetapi mengapa tidak diserahkan cadangan nama kepada Majlis Raja-raja untuk perlantikan ketua hakim yang baru sehingga terpaksa melantik pemangku.

Ini menunjukkan kelemahan ketara seorang Perdana Menteri. Lainlah jika nama yang dikemukakan itu telah ditolak oleh Raja-raja Melayu. Boleh jadi benar juga dakwaan akhbar Singapura itu, walaupun akhbar perdana di negara kita menyembunyikannya.

Pendakwaan ke atas Dato' Ramly terus menjadi persoalan di benak rakyat. Jika berlaku rasuah atas kekayaan luar biasa itu, rakyat sudah lama menyedarinya.

Tetapi biasanya isu-isu rasuah terhadap pegawai tinggi polis seperti Tan Sri Musa Hassan dan Dato' Zulkifli dahulupun diselamatkan. Tetapi yang menjadikan cerita Datuk Ramly lebih hebat kerana adnya watak Tengku Goh, seorang ketua kumpulan kongsi gelap yang bukan sahaja mencaturkan pegawai tinggi polis, tetapi turut bersekongkol dengan PDRM dalam kegiatan jenayah.

Saya bukan bermaksud untuk mempertahankan Ramly, tetapi saya terpanggil untuk mempersoalkan mengapa Datuk Ramly hanya didakwa kepada kegagalannya mengisytiharkan harta dan tindakan beliau menjadi lembaga pengarah sebuah syarikat.

Adakah pegawai tinggi polis yang lain, termasuk menteri dan timbalannya telah mengisytiharkan harta mereka serta tidak berniaga dalam mana-mana syarikat. Maka Ramly sahaja yang layak didakwa.

Kita menyedari bahawa Ramly telah menjadi mangsa balas dendam kerana telah menyiasat kegiatan Tengku Goh dan mencadangkan supaya Tengku Goh dikenakan tahanan di bawah Ordinan Darurat.

Hasil laporan Jabatan Jenayah Perdagangan, Tengku Goh telah ditahan dan dibuang daerah ke Jeli dan ketua kongsi gelap itu mendapatkan perintah habeas corpus daripada mahkamah dengan sokongan BPR dan PDRM sendiri.

Kita boleh memahami bagaimana peranan Tengku Goh ini terhadap kedudukan pegawai-pegawai tinggi polis.

Dia bukan sahaja boleh menentukan kenaikan pangkat pegawai-pegawai polis, tetapi boleh menyebabkan pegawai polis yang tidak bersekongkol dengannya didakwa seperti yang dialami oleh Ramly.

Ternyata masalah yang menghantui MCA satu ketika dahulu kini menular dan menjadi ‘hantu raya’ kepada polis pula.

Satu masa dahulu, perkara seperti ini pernah berlaku ke atas MCA apabila seorang ketua kongsi gelap, "Jacky Chan" telah didakwa oleh ahli-ahli parti itu sebagai mencatur kepemimpinan parti.

Walaupun polis telah mempunyai bukti terhadap kegiatan jenayah beliau termasuk terlibat dengan kes bunuh, senjata api dan sebagainya, beliau hanya ditahan di bawah Ordinan Darurat yang ketika itu Presiden MCA, Dato' Seri Ong Ka Ting menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Saya tidak bermaksud untuk mengaitkan kegiatan kongsi gelap dalam MCA dengan kongsi gelap dalam PDRM, tetapi sekadar memperlihatkan betapa getirnya masa depan Negara.

Bukan sahaja parti pemerintah seperti MCA dikuasai kongsi gelap, pasukan kselamatan juga turut dikuasai anasir kongsi gelap. Lebih malang lagi apabila para pemimpin dengan sengaja membiarkan mafia-mafia politik ini menentukan perlantikan para hakim dan pegawai tinggi polis.

Kita akan berasa hairan dengan sikap yang begitu dangkal dan bebal para pemimpin yang diberi amanah oleh rakyat apabila mereka sengaja membiarkan kuasa mereka diragut oleh mafia-mafia ini.

PAS bersyukur kepada Allah apabila Majlis Raja-raja menggunakan kuasa mereka untuk menolak perlantikan semula Tun Ahmad Fairuz yang dalam kata lain Raja-raja memberi isyarat untuk tidak mahu bersekongkol dengan mafia-mafia ini.

Peliknya, pemimpin BN seperti buta hati tidak memahami amanah yang diberikan kepada mereka.

Sebagai pemimpin, apabila mereka diberikan amanah atau kuasa oleh rakyat, mereka adalah 'powerful'.

Maka, hak kuasa ini mesti dijalankan oleh pemimpin dengan sepenuh hati untuk kepentingan rakyat.

Tetapi apa yang terjadi ialah, para pemimpin kehilangan arah dan tidak tahu menggunakan kuasa mereka sehingga kuasa itu diragut secara haram oleh mafia politik. Ia seolah-olah pemimpin kita sebenarnya 'bloodyfool'. Seperti kata pepatah Inggeris "seorang pemimpin menggunakan kuasanya dianggap 'powerful' tetapi jika ia gagal menggunakan 'power'nya, dia akan dianggap fool".

Signal yang ditunjukkan oleh Majlis Raja-raja ini patut menjadi pengajaran bagi rakyat.

Kuasa yang sebenarnya dimiliki oleh rakyat telah gagal dimanfaatkan kerana sikap rakyat yang tidak prihatin terhadap penyelewengan. Rakyat hanya berdiam diri terhadap salah laku dan salah guna kuasa pemimpin.

Raja-raja terpaksa menggunakan kuasa mereka untuk mengimbangi kelemahan rakyat.

Rakyat mesti bangkit mempertahankan hak mereka dan menyahut seruan Raja Muda Perak untuk menghapus pemimpin rasuah habis-habisan. Kesempatan pilihan raya ke-12 ini adalah peluang terbaik untuk rakyat bertindak.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Category: News
Posted by: raja petra


Utusan Malaysia

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat keputusan membabitkan pengambilalihan atau pengisian kekosongan jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, PDRM mempunyai jabatan pengurusan tersendiri dan mereka berhak menentukan tindakan yang wajar dilaksanakan untuk pasukan tersebut.

``Saya menyerahkan segala keputusan dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan PDRM untuk menangani hal kekosongan itu.

``Bukan saja kekosongan bagi jawatan Ramli, malah masih banyak kekosongan jawatan dalam jabatan polis yang perlu diganti, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Jabatan Penjara di Maktab Penjara Malaysia, di sini hari ini.

Khamis lalu, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Ramli didakwa atas dua tuduhan gagal mendedahkan maklumat harta dimiliki saham serta satu tuduhan menjalankan perniagaan.

Bagaimanapun Ramli yang kini menunaikan umrah mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-ketiga tuduhan itu dan dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada 15 Januari depan.

Mohd. Johari berkata, masih banyak kekosongan jawatan dalam PDRM yang perlu difikirkan selain daripada terlalu memberi perhatian terhadap jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial tersebut.

Jelasnya, proses penggantian kekosongan jawatan itu akan dilakukan seperti biasa oleh PDRM kerana mereka mempunyai jabatan pengurusan yang bertanggungjawab dalam hal tersebut.
Category: News
Posted by: raja petra


Oleh Fathi Aris Omar
mSTAR Online


Seorang perwakilan Pemuda Umno menggesa kerajaan menarik balik larangan kepada pegawai kumpulan A, khususnya guru, daripada bergiat aktif dalam politik, termasuk memegang jawatan dalam parti.

"Kalau sekatan ini diteruskan, Umno tidak ada guru-guru lagi," kata wakil dari Pulau Pinang, Mohd Zaidi Mohd Said di perhimpunan pergerakan itu hari ini.

"Tunjang kekuatan Umno suatu dulu akan hilang daripada parti."

Beliau juga mencadangkan kebenaran guru bergiat aktif dalam parti boleh diminta daripada Menteri Pelajaran sekiranya kerajaan bimbang penarikan larangan tersebut akan diambil kesempatan oleh guru-guru yang menyokong pembangkang.

Mohd Zaidi Mohd Said, yang juga Ketua Pemuda Permatang Pauh, sebelum itu turut mencadangkan penubuhan Majlis Tindakan Pendidikan Daerah bagi membincangkan isu-isu pelajaran kerana Majlis Tindakan Daerah (MTD) yang sedia ada tidak menitikberatkan perkara tersebut.

"MTD tidak bantu langsung dalam pendidikan," katanya, dengan menambah majlis itu hanya membincangkan isu-isu kemudahan dan prasarana.
Category: News
Posted by: raja petra


Oleh Deep Throat Sabah

Selepas Skandal Lifai (V.K.Lingam dan Tuan Ahmad Fairuz), pita video yang melibatkan Ketua Hakim Negara, imej kehakiman di Sabah turut tercemar dengan Skandal Marina yang melibatkan Peguam Negeri Sabah, Hakim Besar Sabah Sarawak dan Ketua Menteri Sabah.

Dalam banyak kes, terutama melibatkan kes Kerajaan Negeri Sabah atau yang melibatkan Peguam Negeri Sabah, Puan Sri Marina Tiu, Isteri Hakim Besar Sabah Sarawak, (Tan Sri Richard Malanjun) telah berjaya menjual pengaruh suaminya untuk memenangi kes yang diwakilinya.

Lazimnya, jika sesuatu perbicaraan didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Nurchaya Haji Arshad, maka peluangnya untuk menang 200 peratus, apatah lagi jika melibatkan Peguam Besar Negeri Sabah, Roderick Fernandez yang sudah pasti akan memberi keputusan yang memihak kepada Puan Sri Marina Tiu.

Peguam Besar Sabah, Roderick Fernandez terpaksa tunduk kepada arahan Ketua Menteri Sabah, tambahan pula Richard begitu berpengaruh dan akrab dengan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail.

Nurchaya pula merupakan adik kandung Datuk Musa Aman, tetapi berbintikan kepada bapa saudara Musa yang memeliharanya sejak kecil.

Dalam kes terbaru, Tetuan Yap Chin & Tiu yang diwakili oleh Puan Sri Marina Tiu yang dilantik oleh sebuah syarikat daripada Johor termasuk Brincang Sdn.Bhd telah berjaya mendapatkan perintah mahkamah agar geran deraf asal tanah yang menjadi pertikaian diserahkan kepada anak guamnya.

Walaupun pada hakikatnya, Surat Kuasa yang diberikan kepada Hassan Jumadil (broker yang menjual tanah) berkenaan kepada anak guam Marina disahkan palsu, namun tanah 2,000 ekar yang telah dikeluarkan 13 geran deraf hak milik masing-masing CL 095313965, CL 095313956, CL 095313947, CL 095313938, CL 095313929, CL 095313803, CL 095313778, CL 095313812, CL 095313769, CL 095313910, CL 095313974, CL 095313796 dan CL 095313787 telah diserahkan kepada Puan Sri Marina Tiu untuk disampaikan kepada anak guamnya.



Dalam suratnya kepada Timbalan Pengarah, Jabatan Tanah dan Ukur, Kota Kinabalu, Haji Dahlan Awang Tengah bil. YCT/YEC/3302 (C)/97.MT.k bertarikh 1 Oktober 2007, Puan Sri Marina Tiu telah merujuk kepada perbincangan telefon antara beliau dengan Dahlan yang mengesahkan bahawa 13 deraf geran hak milik berkenaan berada di pejabat Dahlan dan meminta deraf geran berkenaan diserahkan kepada wakilnya, Asagung Enguon.

Dengan gelaran Puan Sri yang digunakan dalam kepala surat dan penandatangan surat, sudah pastinya akan membuatkan pihak yang berkaitan gerun dengan pengaruh suaminya.

Atas sebab keselamatan surat Pengarah Tanah dan Ukur, Datuk Haji Osman Jamal tidak disiarkan, namun surat L.SC901.1.1053 Klt.7 (129) bertarikh 15 Ogos 2007 antara lain menyebut bahawa Peguam Besar Negeri Sabah telah memutuskan geran tanah berkenaan diserahkan kepada Puan Sri Marina Tiu.

Mengikut sumber yang terdekat dengan Osman Jamal, Jabatan tanah dan Ukur telah mengeluarkan geran deraf yang baru setelah didapati geran deraf yang pertama telah tersilap dikeluarkan kerana berdasarkan Surat Kuasa (P.A) yang disahkan palsu.

Osman mencadangkan kepada Peguam Besar Negeri Sabah agar geran deraf berkenaan diserahkan kepada pemohon asal yang telah membayar premium dan semua kadaran yang ditetapkan, namun Peguam Negeri Sabah mengarahkan geran deraf berkenaan diserahkan kepada pembeli melalui peguam mereka, Puan Sri Marina Tiu.

Sejak Richard Malanjun menjadi Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Marina tidak pernah kalah sekurang-kurangnya tujuh kes besar yang diwakilinya, walaupun sebelum ini ada kesnya tertangguh selama lebih 10 tahun.

Dia tidak patut lagi praktis sebagai peguam kerana kedudukan suaminya boleh mempengaruhi keputusan hakim yang tertekan dengan karenah birokrasi, terutama campurtangan Ketua Menteri dan Peguam Besar Negeri Sabah, ujar seorang peguam kanan yang turut terperangkap dengan teori domino Skandal Marina.

Menurut Peguam Kanan berkenaan, Hakim belum dapat membuat keputusan sejak setahun lalu dan beberapa kali perbicaraan tertangguh sekalipun kemenangan berpihak kepada anak guamnya, namun kerana Hakim bimbangkan hirarki dan pengaruh suami Marina, maka terpaksa menggantung dan menangguhkan keputusan perbicaraan tanpa alasan yang munasabah.

Seorang lelaki bernama Hamid (dipercayai abang ipar Musa Aman) yang memainkan peranan sebagai broker jika Nurchaya tidak dapat menemui abangnya kerana ada hal lain. Saya tidak tahu sama ada AG (Peguam Besar Negeri Sabah) ada terima sebarang bayaran atau Musa menyalahguna kuasa untuk membantu adik dan iparnya, tapi ianya tidak patut berlaku dalam institusi kehakiman di Sabah, ujar Peguam Kanan berkenaan yang telah melaporkan Skandal Marina kepada Persatuan Peguam Sabah (SLA), namun belum ada sebarang maklum balas.

Manakala salah seorang pemilik asal tanah berkenaan, mengakui pihaknya telah membantah keras Surat Kuasa palsu yang dipegang oleh Hassan Jumadi (broker) sehingga geran deraf dibuat semula, namun kesal kerana Skandal Marina telah menafikan haknya sekalipun semua bayaran telah dibuat dengan wangnya sendiri.

Hari ini kes rayuan kami dibicarakan, tetapi saya tidak menaruh sebarang harapan kerana Skandal Marina. Jika Tan Sri Richard Malanjun masih Hakim Besar Sabah dan Sarawak, harapan kami tipis, ujar pemilik asal tanah berkenaan yang juga adik kepada seorang Wakil Rakyat Parti Komponen Barisan Nasional Sabah.

Sekadar rekod, Richard Malanjun yang dilahirkan pada 13 Oktober 1952 di Tuaran, Sabah mendapat pendidikan awal di Sekolag Rendah Buit Hill, Putatan dan melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Menengah La Salle, Tanjung Aru.

Pernah bekerja sebagai kerani di Jabatan Pendidikan, Jabatan Pertanian, Radio Televisyen Malaysia dan Pegawai Jabatan Kebajikan sebelum mengambil ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B) sebagai pelajar luar kampus dengan Universiti London di cawangan kampus Institut Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor bermula Julai 1972.

Selepas tamat belajar, Richard dilantik sebagai Pegawai Pentadbir di Jabatan Ketua Menteri tetapi menjalankan tugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah dan menjadi pensyarah sambilan di UiTM Sabah.

Pada April 1976, Richard telah melanjutkan pelajaran ke London untuk menyiapkan Bar-at-Law dan dapat menyudahkan pengajian dalam tahun yang sama dan pada November 1977, Richard telah diterima sebagai Peguamcara dengan Sabah Bar dan Australian Capitol Territory (ACT) Bar pada 1991.

Sekembalinya dari London, Richard menyambung tugasnya sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam Negeri.

Richard membuka firma guamnya, Messrs Richard Malanjum & Co.Malanjum pada 1981 dan dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada Mac 1992 dan menjadi anak negeri bumiputera Sabah yang pertama dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dalam usia paling muda iaitu 52 tahun. Setahun kemudian telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

Richard telah mengahwini Puan Sri Marina Tiu dan memperoleh tiga orang anak, Jessica Eleanor, Edgar Richard dan Carl Barnabas.

Nama Richard mula menjadi perbahasan apabila memberi keputusan yang berpihak dalam kes murtad Lina Joy dengan agregat 2-1, namun Richard telah dikurniakan pelbagai pingat termasuk Seri Panglima Gemilang Darjah Kinabalu dan Sri Indra Mahkota Pahang.
Category: News
Posted by: raja petra


Oleh WanKay
Buletin Online Terengganu


Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkata, berdasarkan postmortem yang dilakukan pada 2004, didapati bahawa rakyat negeri Terengganu masih lagi menyokong PAS kerana berlaku peningkatan undi di beberapa kawasan.

Postmortem kita (PRU 11) tahun 2004, rakyat masih menyokong kita (PAS) kerana undi yang kita dapat ada kawasan-kawasan yang meningkat tiga peratus, ada kawasan-kawasan yang menurun hanya dua peratus sahaja.

Peratus keluar mengundi hampir 90 peratus (adalah) di luar kebiasaan di seluruh dunia yang mempraktikkan demokrasi dan ini menunjukkan di sana berlaku sesuatu yang tidak sihat dalam amalan demokrasi di negara kita, ujarnya.

Bahkan, katanya secara menyeluruh postmortem yang dilakukan menunjukkan bahawa negeri-negeri yang kuat dipengaruhi oleh PAS seperti Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis peratus keluar mengundi melebihi 80 peratus dan negeri Terengganu hampir 90 peratus.

Menurut beliau, di negeri-negeri lain antara 60 hingga 70 peratus sahaja keluar mengundi dan ini menunjukkan berlakunya penipuan serta penyelewengan dalam pilihan raya.

Katanya, SPR tidak bebas kerana diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan bukan satu badan yang benar-benar bebas termasuk penyelewengan dalam undi pos.

SPR tidak bebas. SPR di bawah Jabatan Perdana Menteri dan bukan satu badan yang bebas termasuk juga undi pos. Undi Pos adalah undi tentera, undi polis dan pegawai-pegawai kerajaan.

Undi pos ini tidak boleh dipantau dan beberapa kawasan menang dengan undi pos dan bukan undi biasa yang boleh dipantau parti-parti politik, tegasnya.

Sehubungan dengan itu, PAS memberi jaminan bahawa himpunan 100 ribu rakyat pada 10 November ini di Dataran Merdeka berlaku secara tertib dan aman.

PAS yang menjadi antara parti dalam gabungan Badan Bertindak Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) bersama Parti KeADILan Rakyat (PKR), DAP, Parti Sosialis Malaysia (PSM) serta Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) akan menyertai perhimpunan tersebut.

Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi berkata demontrasi aman secara besar-besaran itu bagi menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

InsyaAllah, pada 10 November kita akan mengadakan satu demontrasi aman secara besar-besaran untuk menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja.

Kita (PAS) memberi jaminan, demontrasi diadakan dengan penuh tatatertib dan aman dan sebarang kekecohan yang berlaku itu adalah provokasi yang dilakukan oleh musuh kita dan lawan, ujarnya ketika ditemui di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, baru-baru ini.

Menurutnya, tuntutan Bersih agar kerajaan membersihkan daftar pemilih dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menghapuskan undi pos, penggunaan dakwat khas kepada pengundi dan keadilan pihak media.
Category: News
Posted by: raja petra


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Harakahdaily


Tunjuk perasaan adalah satu tajuk yang sangat berkaitan dengan fitrah manusia. Kanak-kanak boleh merajuk. Isteri kadang-kadang boleh menangis. Anak lelaki atau perempuan kita juga biasa menunjukkan pernyataan sikap mereka sama ada suka atau duka melalui perlakuan dan tutur kata.

Semua ini adalah manifestasi perasaan. Apa yang ditunjukkan dinamakan tunjuk perasaan.

Di dalam Islam, kita menunjukkan perasaan kecintaan dan ketundukan kita terhadap Allah S.W.T. melalui sembahyang lima waktu beramai-ramai (berjemaah) yang lengkap dengan aksi duduk, sujud dan tunduk bangunnya.

Kita juga ada solat Jumaat sekali seminggu dan solat sunat dua Hari Raya untuk tiap-tiap tahun.

Kemuncak demonstrasi dapat kita saksikan melalui pertemuan sekali seumur hidup (sekurang-kurangnya) untuk berhimpun di Padang Arafah, melontar iblis di ketiga-tiga Jamrah, Saei di antara Safar dan Marwah dan Tawaf untuk mengEsakan Allah S.W.T. di Kaabah, satu-satunya Kiblat seluruh umat Islam.

Ini semua adalah manifestasi demonstrasi sebenar yang telah dituntut oleh Allah S.W.T. seawal-awal wujudnya Adam Alaihissalam lagi.

Sebagaimana kita dibolehkan berdemontrasi untuk perkara-perkara maaruf, begitulah juga kita dituntut untuk menunjukkan perasaan protes dan penentangan kita terhadap apa juga kezaliman, jika berlaku kezaliman.(Amar maaruf nahi mungkar).

Boleh berdemonstrasi kerana Malaysia negara demokrasi

Dalam konteks demontrasi di Malaysia, bagi yang sudah-sudah atau yang akan diatur, saya melihat ianya tidak bercanggah dengan perintah kebebasan bersuara dalam Islam.

Perhimpunan aman sekadar menyatakan sikap melalui corong-corong pembesar suara semata-mata untuk menjelaskan asas dan hujah adalah sesuatu yang tidak bercanggah dengan apa jua acuan demokrasi atau Islam.

Kita bukan kerajaan junta. Myanmar dilanda perarakan aman sami-sami Buddha lebih 100,000 orang di Dataran Yangon dua minggu yang lalu adalah manifestasi perasaan rakyat yang telah lama terpendam.

Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti.

Bagi saya, saya tetap merestui sebarang perhimpunan aman untuk sekadar menyatakan sikap dan membangkitkan semangat kesedaran untuk menolak kezaliman.

Jika saya tiada masalah kesihatan, saya akan turut bersama dalam mana-mana kesempatan untuk menyatakan protes terhadap apa yang tidak betul dengan syariat Allah S.W.T.

Sungguhpun pihak berkuasa ada mempunyai hak untuk menghalang dengan tidak mengeluarkan permit tetapi biarlah seboleh-bolehnya semua pihak mendahului kaedah perundingan.

Cubalah mencari formula yang boleh memuaskan hati kedua-dua pihak.

Suasana "win-win" ini perlu ada dalam segenap ketika.

Inilah juga apa yang selalu disebut-sebut sebagai semangat permuafakatan.

Jika tak boleh demonstrasi secara berdiri, maka duduklah.

Jika tak boleh berhimpun di Masjid Jamek, maka tak bolehkah bersolat hajat di Masjid India atau berpidato secara tenang di Dataran Merdeka? Jangan sampai tak boleh langsung.

Di Kelantan, suasana di sini sangat tenang. Alhamdulillah. Pihak polis di sini cukup pandai menyesuaikan diri antara undang-undang dan peraturan dan kehendak agama yang turut difahami oleh rakyat.

Setiap ceramah dan perhimpunan awam di sini tidak diganggu kerana masing-masing pihak tahu sempadan dan hak masing-masing.

Kelemahan kerajaan punca protes rakyat

Kadang-kadang isu harga barang yang tidak terkawal, harga minyak yang diuar-uarkan akan naik, tuduhan skandal dalam kes pita rakaman video V.K. Lingam, teguran KDYMM Sultan Perak ke atas sistem kehakiman yang bercelaru, tuduhan rasuah yang melibatkan RM puluhan juta wang rakyat.

Juga pendedahan Ketua Audit Negara mengenai pelbagai salah laku dan pengkhianatan terhadap wang pembayar cukai dan kekhuatiran rakyat yang menyeluruh terhadap SPR dalam Pilihan Raya Umum Kali Ke 12 yang akan datang - ini semua adalah haba.

Ia adalah sesuatu yang hangat. Larva dan magma daripada sebarang gunung berapi boleh meletus jika ditutup mulutnya dengan tudung periuk dan gunung berapi boleh diam buat sementara, tetapi dia akan meletus juga satu hari nanti.

Oleh kerana rakyat merasakan mereka mempunyai fakta dan fakta ini pula tidak dilayan walaupun telah disampaikan melalui saluran demokrasi, maka mereka wajar diberikan laluan untuk berhimpun secara aman.

Selagi mereka memohon dan berjaya untuk menyampaikan protes dengan hujah secara tertib secara aman dengan premis dan masa yang telah diberikan, maka tugas pihak berkuasa ialah untuk memantau.

Bukankah akrabnya kesetiakawan polis dan rakyat itu ada terlambang dalam lencana polis yang berjabat tangan? Dan, hak-hak ini turut diakui oleh pihak SUHAKAM.

Ia adalah hak yang tersedia di dalam Perlembagaan dan boleh dinikmati oleh setiap warganegara seperti yang disebut di dalam Perkara 10 Ceraian 1 A & B iaitu (Every citizen has the right to freedom off speech and expression. All citizens has the right to assemble peaceably and without arms).

Demonstrasi sebenarnya sama juga dengan pernyataan perasaan.

Dalam prinsip dakwah, kita ada 3 saluran iaitu Bilhikmah yakni segala hikmah, nasihat dan tegur menegur atau membangkang secara beradab dan ketiganya bermujadalah yakni bersemuka untuk menyatakan pandangan.

Ketiga-tiga saluran ini dibenarkan oleh Islam. Kenapa pula tiba-tiba dengar khabar, ia akan ditutup semuanya?

Polis patut ikut kata PM, lupakan perkara lama

Dalam pelancaran ECER pada 29 Oktober lalu, kita telah mendengar seruan Perdana Menteri supaya lupakan perkara-perkara yang telah lama.

Beliau mengajak kita untuk memandang ke hadapan dan lupakan perkara-perkara yang lepas.

Cerita tidak memberikan permit ini adalah cerita lama. Oleh itu, kita hendaklah meninggalkannya.

Kita mulakan mulai sekarang, kita perlu membuka agenda baru dengan memulihkan demokrasi dan kembalikan hak rakyat seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 10 dalam Perlembagaan yang saya sebutkan.

Ini hak setiap rakyat dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kalau mahu ambil petikan hak orang Islam seperti yang dijaminkan oleh Allah S.W.T., ia ada disebutkan dalam al-Quran Surah Yaasiin ayat 19 (sebahagian ayat) yang bermaksud, "Apakah sekadar jika kamu diberi peringatan (kamu mengancam kami)? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas."

Adakah sekadar mahu memberikan peringatan kepada masyarakat pun tidak boleh, sedangkan Islam berkata boleh.

Ringkasnya, beri layanan yang adil kepada semua rakyat.

Jika pemuda Umno pun boleh diberikan permit untuk berdemonstrasi semasa Setiausaha Negara Amerika, Condoleezza Rice membuat lawatan ke Malaysia, maka apa salahnya membenarkan pemuda PAS membuat demonstrasi di atas sesuatu isu rakyat yang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Pokoknya aman tanpa provokasi.

Jika inilah syaratnya dan ini telah dipatuhi oleh parti pembangkang maka saya mahu bertanyalah "salahnya dimana?"

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
Category: News
Posted by: raja petra


Murtadza Ibrahim
Harakahdaily


Selaku Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak bijak mengelakkan provokasi yang dilakukan oleh wartawan Berita Minggu (4 November 2007) baru-baru ini.

Wartawan akhbar ini bertalu-talu bertanyakan soalan adanya generasi muda Umno yang mahu cepat naik di dalam politik. Najib bijak dan mengelak dari provokasi soalan tersebut. Akhirnya dia hanya menyebut:-

"Sebab itu yang saya kata tadi, biar kita faham realiti politik, tahu bawa diri dan kita mesti ada kebijaksanaan. Walaupun kita muda, tidak semestinya kita berfikiran macam orang muda tetapi kita mesti ada kematangan cara berfikir dan bertindak. Mereka kena belajar dan terus belajar menimba pengamalan berpolitik."

Itulah Najib. Dia yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia tidak mudah terperangkap dengan soalan provokasi lebih-lebih lagi di akhbar yang mungkin dikuasai oleh menantu Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin.

Sama ada wartawan ini mendapat arahan halus untuk mengenal hati budi Najib ataupun mereka sememangnya mempunyai 'keberanian' mempersoalkan dan 'memperlekeh' sikap sesetengah Pemuda Umno yang mahu cepat naik ke atas politik.

Jika di lihat kepada persoalan yang dikemukakan, akhbar ini mahu melihat skop yang lebih luas perbezaan politik antara golongan tua dan golongan muda di dalam Umno.

Mereka cuba melihat skop dari cawangan, bahagian dan kepimpinan Umno pusat. Tetapi dari sudut yang tersirat, ia lebih dilihat fokus kepada Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno ini yang sanggup menggunakan 'perlindungan' bapa mentuanya untuk naik ke atas.

Khairy dilihat seolah-olah cuba 'menolak' Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein agar dia dapat memegang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno dalam Pemilihan Pemuda sebaik sahaja selesainya pilihan raya umum kelak.

Secara tersirat juga Khairy mahu melihat sejauhmana pandangan Najib terhadap dirinya walaupun dia tahu Najib tidak pernah memperkatakan sesuatu terhadap tindak tanduknya sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno ini terutama secara terbuka di khalayak umum seperti di dalam akhbar harian dan elektronik.

Khairy tahu, jika melihat situasi yang ada,Abdullah Ahmad Badawi akan melepaskan jawatan suatu ketika nanti untuk memberi 'laluan' kepada Najib sebagai Presiden dan Perdana Menteri dan bagaimana pandangan politik Najib jika dia menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno kelak.

Sama ada soalan provokasi ini dirancang secara halus atau tidak, Khairy tidak perlu risau dengan pandangan Najib terhadap dirinya. Tidak mungkin Abdullah tidak memberikan Khairy tempat sebagai Ahli Parlimen mahupun Adun dalam pilihan raya umum akan datang.

Tidak mustahil, Abdullah akan memberikan jawatan 'Senator' jika Khairy tidak terpilih sebagai Ahli Parlimen mahupun Adun.

Untuk menyelamatkan karier politik menantunya, Abdullah sendiri akan memberikan jawatan di dalam kabinet samada sebagai Menteri Penuh mahupun Timbalan Menteri.

Abdullah perlu bertindak demikian kerana itu berulangkali dia menyebut mahu kekal lagi sebagai Presiden Umno mahupun Perdana Menteri Malaysia. Amat mustahil Abdullah membiarkan Khairy terkapai-kapai di dalam politik sekadar Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada masa akan datang.

Khairy merasakan dirinya perlu cepat untuk naik ke atas semasa Abdullah berada di dalam kemuncaknya. Dia tidak mahu situasi merangkak, bertatih dan berjalan terlebih dahulu kerana ia boleh merosakan cita-cita politiknya untuk naik ke atas.

Dia perlu cepat dan pantas mengambil segala ruang yang ada untuk merubah sesuatu yang baru di dalam Umno. Khairy kini tidak akan menoleh ke belakang lagi.

Dalam Perhimpunan Agung Umno 2007 ini, dia telah menyiapkan diri untuk meraih sebanyak mungkin publisiti agar orang memperkatakan mengenai dirinya. Inilah mungkin persiapan yang paling hebat kerana Perhimpunan Agung Umno 2007 adalah kali terakhir bagi orang-orang tertentu sebelum menjelang pilihan raya umum akan datang.

Khairy tidak perlu gusar pandangan Najib terhadap dirinya. Khairy juga tidak perlu takut jika Najib berpandangan negatif terhadap dirinya.

Khairy akan sentiasa selamat selagi Abdullah memegang jawatan Presiden Umno. Harapan Khairy untuk naik ke atas sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno sudah tidak menjadi halangan lagi.

Bagaimanapun Khairy perlu ingat, daripada 11 orang Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, hanya tiga orang yang menjadi Ketua Pergerakan Pemuda ini. Mereka adalah Najib, Hishamudin dan Dato' Seri Nazri Tan Sri Aziz. Bagaimanapun status Nazri sebagai Ketua adalah sebagai Pemangku apabila Tan Sri Rahim Thamby Chik diminta melepaskan jawatannya kerana skandal.
Category: News
Posted by: raja petra


Utusan Malaysia

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu perlu berani menerangkan kepada masyarakat India bahawa tindakan merobohkan kuil Hindu di Padang Jawa, Shah Alam baru-baru ini diputuskan oleh mahkamah dan bukannya bertindak menimbulkan ketegangan dengan menyusahkan orang lain.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Presiden MIC itu tidak sepatutnya tunduk kepada tekanan daripada mana-mana pihak kerana keputusan mahkamah dibuat setelah mengambil kira pembinaan kuil tersebut dibuat di atas tanah milik swasta.

Katanya, keputusan mahkamah itu telah dimaklumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo kepada Samy Vellu dalam satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Malah, kata Mohd. Ali, pihak kerajaan negeri juga telah menyediakan tapak baru untuk pembinaan semula kuil tersebut.

Bukan sahaja kuil pernah dirobohkan oleh kerajaan, bahkan surau dan masjid pun, yang dibuat atas sebab tertentu. Saya percaya ada unsur-unsur luar yang menekan Samy Vellu. Tetapi sebagai pemimpin, kita kena berani menghadapinya walaupun perkara itu pahit.

Sebagai pemimpin lama yang banyak pengalaman, beliau sepatutnya boleh menghadapi perkara ini dengan tenang, kata Mohd. Ali kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Presiden Perhimpunan Agung Umno 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata demikian ketika mengulas satu perkembangan berkaitan langkah merobohkan kuil tersebut.

Mohd. Ali berharap perkara itu tidak diperbesar-besarkan oleh mana-mana pihak kerana ia boleh mengguris perasaan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain termasuk Umno.
Category: News
Posted by: raja petra


Oleh Abdul Razak Ismail
Klpos.com


Kira-kira 5,000 kakitangan bank rata-ratanya ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube) berhimpun secara aman di sepanjang Jalan Tun Perak hadapan Menara Maybank tengahari kemarin. Suasana di hadapan Menara Maybank menjadi hiruk-pikuk dengan laungan peserta piket "We want bonus" beserta hon kereta lalu lalang yang memberikan sokongan kepada mereka.

Piket kali ini disertai oleh ahli-ahli Nube dari sekitar Lembah Klang dan juga dari luar kawasan dengan membawa ahli keluarga dan anak-anak mereka. Hari Sabtu lepas merupakan hari cuti minggu pertama bagi bank. Ia juga merupakan piket peringkat nasional yang pertama pernah diadakan oleh sebuah kesatuan sekerja.

Piket tersebut ekoran kegagalan NUBE dan Persatuan Bank Perdagangan Malaysia (MCBA) - untuk menyelesaikan pertikaian berhubung tuntutan NUBE yang mewakili 30,000 ahlinya berkaitan kenaikan gaji sebanyak 30 peratus, mengekalkan dua bulan bonus dan pemberian Cola.

Sebelum ini, MCBA dilaporkan bersetuju memberi kenaikan gaji 30 peratus tetapi dua bulan bonus yang diberi selama ini akan ditarik balik. Pemberian bonus tahunan telah diamalkan oleh bank semenjak 40 tahun lalu.

Nube turut menuntut pemberian Cola kerana ini adalah masa yang sesuai bagi membantu bebanan kakitangan bank, yang hanya dibayar RM995 bagi kerani dan RM662 bagi bukan kerani.

Tegas Setiausaha Agung Nube , J. Solomon , ahli-ahli Nube akan terus mengadakan piket secara berterusan sehinggalah pihak pengurusan bank
bersetuju memenuhi tuntutan mereka.

Katanya lagi kerani bank menerima gaji yang rendah sebanyak RM995, sebaliknya kerani dalam sektor awam (kakitangan kerajaan) menerima gaji sebanyak RM1,300 sebulan berikut kenaikan gaji sektor awam baru-baru ini.

Ini katanya menambahkan bebanan kos sara hidup ke atas ahli-ahli Nube kerana kenaikan gaji di sektor awam juga telah menjuruskan kepada kenaikan harga barangan konsumer, pengangkutan dan perkhidmatan sedangkan mereka tidak mendapat sebarang kenaikan gaji sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Turut kelihatan dalam piket tersebut ialah Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahrir Syed Mohamud, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Tian Chua dan wakil beberapa NGO seperti Jerit dan lain-lain.

Dalam ucapannya di piket tersebut Syed Shahir menyeru supaya pihak bank segera memenuhi tuntutan yang dibuat dan menggesa Menteri Sumber Manusia Datuk Dr Fong Chan Onn segera campur tangan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Category: News
Posted by: raja petra


Salmiyah Harun
Harakahdaily


Menghapuskan undi pos adalah salah satu tuntutan rakyat bagi mewujudkan sistem pilihan raya negara adil dan telus bagaimanapun apa yang mengejutkan prosedur undi pos itu sendiri boleh menimbulkan keraguan terhadap kerahsiaan undi.

Dalam satu perbincangan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya hari ini, Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang agak terkejut apabila prosedur undi pos yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung SPR Dato' Kamruzzaman Mohd Nor boleh berlaku ketidakrahsiaan.

Turut sama dalam perbincangan hampir tiga jam iaitu, Naib Presiden PAS, Muhammad Sabu; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato' Mustafa Ali; Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar; Ketua Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad; Ketua Dewan Muslimat, Nuridah Salleh dan Timbalannya Wan Hasrina Wan Hasan, AJK PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman; Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Hanipa Maidin; Dr Lo' Lo' Ghazali dan Dr Mariah Mahmud.

SPR pula dibarisi sendiri oleh Pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Timbalannya Wan Ahmad Wan Omar dan beberapa orang lagi pegawai mereka.

Di samping mengemukakan supaya undi pos dilakukan secara telus, Abdul Hadi berkata prosedur undi pos berkemungkinan memudahkan pihak tertentu mengetahui pengundi mengundi siapa.

Katanya, setiap pengundi undi pos wajib mengisi borang pengesahan mengundi terlebih dahulu sebelum membuang undi.

"Apa yang meragukan borang itu kemudian diisi dalam sampul surat yang sama dengan kertas undi dan diposkan kepada SPR, ini boleh menimbulkan keraguan yang mana macam-macam bolah berlaku selepas itu," katanya.

Jelasnya, apabila kerajaan membuat prosedur sedemikian,maka ia boleh menakutkan pasukan keselamatan untuk mengundi parti pembangkang kerana indentiti mereka akan terdedah.

Tegasnya, cara itu tidak perlu kerana pihak SPR boleh mengesahkan pengundi membuang undi melalui kad pengenalan mereka di meja daftar pemilih.

PAS turut menghantar memorandum kepada SPR berasaskan kepada beberapa kenyataan Pengerusi SPR dan Setiausahanya yang menegaskan secara terbuka mengenai beberapa kelemahan pilihan raya di Malaysia khususnya yang berkait dengan daftar pemilih dan pemindahan daftar pemilih.

Katanya, menurut SPR kira-kira 5 juta pengundi yang meninggal dunia dan masih berada dalam daftar pemilih dan inilah satu angka yang sukar untuk dihapuskan.

Justeru, PAS mendesak SPR bersama-sama dengan rakyat mendesak supaya mengadakan perubahan reformasi sistem pilihan raya di Malaysia ini.

"Demokrasi bukan sahaja mengundi tetapi termasuklah juga media, supaya rakyat boleh membuat satu keputusan memilih kerajaan dalam pilihan raya," katanya kepada media sebaik selepas perbincangan.

Katanya, Kamaruzzaman menegaskan beliau baru mengugurkan sejumlah 22,000 pengundi yang tidak layak mengundi dari daftar pemilih di samping 180 ribu lagi yang meninggal dunia tetapi masih ada dalam daftar pemilih.

"Kenyataan beliau itu sangat meragukan kita," katanya.

Ketika disoal tentang respons SPR atas kehadiran PAS hari ini, Abdul Hadi berkata mereka memberi respon yang baik tetapi PAS tahu SPR di bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri dan sedia maklum mereka tidak mempunyai kebebasan dan ketelusan dalam mengendalikan pilihan raya yang adil.

Jika memorandum itu tidak dipanjangkan kepada pihak kerajaan, Abdul Hadi menegaskan PAS akan panjangkan perkara ini di luar SPR pada 10 November ini yang mana mereka akan mendesak pihak lebih tinggi untuk melaksanakan demokrasi yang adil.

"Jika SPR tidak respons memo kita pada hari ini, kita tunggu pula respons kerajaan dalam perhimpunan nanti," ujarnya yang merujuk kepada perhimpunan rakyat yang akan diadakan pada 10 November kelak.

Ketika disoal apakah jaminan SPR kepada reformasi sistem pilihan raya negara ini, Abdul Hadi dengan segera menegaskan SPR tidak mampu memberi jaminan kepada rakyat bahkan tidak boleh dipercayai.

Dalam perbicangan itu, beberapa AJK PAS Pusat mencuba dakwat kekal yang akan digunakan pada pilihan raya nanti.

Sementara itu, di kesempatan menyapu dakwat di kuku beberapa AJK PAS Pusat, menurut Kamaruzzaman, dakwat itu akan disapu di kuku jari telunjuk kiri pengundi sebelum membuang undi.

Menurut salah seorang AJK PAS pusat pada awalnya dakwat yang disapu di kuku bewarna biru nila kemudian selepas kira-kira empat jam dakwat tersebut bertukar menjadi warna kemerah-merahan.

"Setakat ini jika dikikis dakwat tersebut boleh hilang," dakwa mereka yang mencuba dakwat tersebut.

Abdul Hadi ketika ditanya tentang penggunaan dakwat itu, bagaimanapun beliau belum boleh memberi apa-apa komen kerana perkara itu masih baru dan terlalu awal untuk membuat kenyataan.

"Kita perlu lihat secara terperinci dulu tentang dakwat ini, tetapi pada dasarnya kita menerima penggunaan dakwat kekal," katanya.
Category: News
Posted by: raja petra


Saidah Hairan
Harakahdaily


Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (Pemuda PAS Selangor) mensasarkan 40,000 rakyat negeri itu bakal menghadiri himpunan aman di Dataran Merdeka pada 10 November ini, bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

Himpunan aman itu anjuran Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) akan diadakan jam 3 petang, Sabtu nanti.

Menurut Ketua Penerangannya, Mohd Sany Hamzan, Pemuda PAS Selangor telah mengedarkan hampir 100 banner, 50,000 poster dan 100,000 handbill di seluruh negeri Selangor.

Dalam perkembangan berkaitan, Pemuda Selangor kesal dengan kenyataan Ketua Polis Bandaraya Kuala Lumpur, Dato' Zulhasnan Najib Baharuddin yang memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menghadiri perhimpunan tersebut atas alasan 'keselamatan serta mengganggu ketenteraman awam'.

Menurut Sany, konsert JomHeboh anjuran TV3 yang diadakan setiap bulan di seluruh Malaysia mencecah kehadiran tidak kurang 50,000 orang pada satu-satu masa.

"Ditambah pula dengan kehadiran artis pujaan ramai, kehadiran yang luar biasa dilihat di tapak-tapak pesta tersebut, sehingga kadangkalanya penganjur sendiri tidak dapat mengawal keghairahan penonton terhadap persembahan itu," ujarnya.

Tambah beliau, Dataran Merdeka juga menjadi tumpuan puluhan ribu warga kota ketika sambutan tahun baru yang kebiasaannya berakhir dengan pelbagai aktiviti maksiat.

"Mengapa pihak polis tidak pernah mengklasifikasi perhimpunan tersebut sebagai 'mengganggu ketenteraman awam' dan mengeluarkan kenyataan amaran supaya rakyat tidak menghadiri perhimpunan tahunan itu?" soalnya.

Daripada pengalaman beliau, setiap perhimpunan yang dianjurkan oleh parti pembangkang dan NGO berakhir dengan baik, terkawal dan tanpa insiden, kecuali diganggu oleh pihak polis.

Menurut beliau, Pemuda PAS negeri akan memberikan kerjasama kepada pihak keselamatan untuk mengawal kehadiran rakyat serta aliran trafik sepanjang perhimpunan aman itu.

"Para petugas Pemuda PAS Selangor akan membantu pihak keselamatan sekiranya berlaku sebarang insiden yang boleh menganggu perhimpunan aman ini," katanya.
Category: News
Posted by: raja petra


Awang Harun
Harakahdaily


PAS memberi jaminan bahawa Himpunan 100 ribu rakyat pada 10 November ini di Dataran Merdeka berlaku secara tertib dan aman.

PAS yang menjadi antara parti dalam gabungan Badan Bertindak Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) bersama Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), DAP, Parti Sosialis Malaysia (PSM) serta Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) akan menyertai perhimpunan tersebut.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi berkata demontrasi aman secara besar-besaran itu bagi menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

"Insya-Allah, pada 10 November kita akan mengadakan satu demontrasi aman secara besar-besaran untuk menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja.

"Kita (PAS) memberi jaminan, demontrasi diadakan dengan penuh tatatertib dan aman dan sebarang kekecohan yang berlaku itu adalah provokasi yang dilakukan oleh musuh kita dan lawan," ujarnya ketika ditemui di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, baru-baru ini.

Menurutnya, tuntutan Bersih agar kerajaan membersihkan daftar pemilih dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menghapuskan undi pos, penggunaan dakwat khas kepada pengundi dan keadilan pihak media.

Sehubungan itu, kata Dato' Seri Abdul Hadi berdasarkan 'postmortem' yang dilakukan pada 2004 bahawa rakyat negeri Terengganu masih lagi menyokong PAS kerana berlaku peningkatan undi di beberapa kawasan.

"Postmortem kita tahun 2004 rakyat masih menyokong kita (PAS) kerana undi yang kita dapat ada kawasan-kawasan yang meningkat tiga peratus, ada kawasan-kawasan yang menurun hanya dua peratus sahaja.

"Peratus keluar mengundi hampir 90 peratus dan di luar kebiasaan seluruh dunia yang mempraktikkan demokrasi dan ini menunjukkan di sana berlaku sesuatu yang tidak sihat dalam amalan demokrasi di negara kita," ujarnya.

Bahkan, katanya secara menyeluruh postmortem yang dilakukan menunjukkan bahawa negeri-negeri yang kuat dipengaruhi oleh PAS seperti Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis peratus keluar mengundi melebihi 80 peratus dan negeri Terengganu hampir 90 peratus.

Menurut beliau, di negeri-negeri lain antara 60 hingga 70 peratus sahaja keluar mengundi dan ini menunjukkan berlakunya penipuan serta penyelewengan dalam pilihan raya.

Katanya, SPR tidak bebas kerana diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan bukan satu badan yang benar-benar bebas termasuk penyelewengan dalam undi pos.

"SPR tidak bebas. SPR di bawah Jabatan Perdana Menteri dan bukan satu badan yang bebas termasuk juga undi pos. Undi Pos adalah undi tentera, undi polis dan pegawai-pegawai kerajaan. "Undi pos ini tidak boleh dipantau dan beberapa kawasan menang dengan undi pos dan bukan undi biasa yang boleh dipantau parti-parti politik," tegasnya.
Category: News
Posted by: raja petra


Intan Abdullah
Harakahdaily


Pelbagai pihak menggesa supaya sistem kehakiman diberikan semula kuasanya bagi memastikan ia menterjemahkan segala tuntutan perlembagaan negara dengan maksud yang lebih telus dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Ini kerana selama ini konsep pengasingan kuasa ini gagal dihuraikan secara terperinci oleh badan eksekutif justeru mengakibatkan keputusan-keputusan yang dibuat dalam menyelesaikan sesetengah kes kelihatan mempunyai kepentingan seterusnya diragui integritinya.

"Huraian panjang mengenai pengasingan kuasa atau separation of powers ini harus dibuat oleh mahkamah. Mahkamah perlu diberi kebebasan untuk membuat sebarang keputusan tanpa perlu bergantung kepada mana-mana pihak," kata pensyarah Kuliyyah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Sham Rahayu Abdul Aziz ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan peguam kanan, Raja Aziz Addruce dalam Persidangan Undang-Undang Malaysia ke-14 pada 29 hingga 31 Oktober lalu yang berpendapat bahawa perlembagaan yang ada tidak memberi apa-apa erti kerana ia boleh diubah pada bila-bila masa sahaja.

Ia seterusnya memberikan tanggapan bahawa perlembagaan sudah tidak memberikan apa-apa kesan kepada negara kerana ia boleh diubah dengan sewenang-wenangnya oleh eksekutif.

"Jika perubahan yang dibuat disebabkan oleh keperluan dan tuntutan semasa, ia adalah suatu 'nature'. Tetapi sekiranya pindaan tersebut dibuat secara membuta tuli apatah lagi untuk kepentingan politik sesuatu pihak, ia adalah sesuatu yang tidak adil dan telus," katanya.

Menurutnya, semangat yang terletak pada perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara tidak boleh diubah sesuka hati kecuali jika terdapat keperluan yang mendesak. Bahkan hanya pihak yang tertentu sahaja diberi kuasa untuk melakukannya.

Menjelaskan beberapa salah laku yang terjadi dalam sistem kehakiman kini, Sham Rahayu menegaskan, tidak sepatutnya berlaku peguam memilih hakim tertentu yang boleh memberikan kemenangan terhadap kes yang dibawa mereka.

"Hal ini jelas melanggar etika kehakiman, kerana sebarang perlantikan hakim dalam membicarakan dan mendengar sesuatu kes perlu dibuat oleh Ketua Hakim," jelasnya.

Di samping Raja Aziz, sesi forum tersebut juga dibarisi oleh peguam kanan persekutuan Dato' Dr Cyrus Das yang berpendapat bahawa majoriti dua pertiga dewan rakyat juga mempunyai kuasa untuk membuat apa-apa pindaan terhadap perlembagaan.

Dalam majlis yang sama, peguam yang juga ahli politik, Dato' Zaid Ibrahim menyatakan bahawa dalam senario pertumbuhan ekonomi masa kini, rakyat kelihatan tidak mempedulikan isu kebebasan badan kehakiman dan pengasingan kuasa.

Selain beliau, turut serta dalam forum bertajuk 'Apa maksud perlembagaan bagi diri saya', ialah pensyarah undang-undang Universiti Teknologi Mara, Dr Shad Saleem Faruqi.

Sebelum ini Dato' Param Cumaraswamy, yang pernah dilantik sebagai pelapor khas kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai kebebasan kehakiman dan peguam berkata pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan untuk menyatakan secara jelas bahawa Malaysia mempraktikkan pengasingan kuasa antara kehakiman dan eksekutif adalah perlu berdasarkan keputusan oleh Mahkamah Persekutuan bahawa pengasingan kuasa tidak dijelaskan dengan terperinci di dalam perlembagaan.

Param dipetik dalam kenyataan akhbar The Star berkata, penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan ke atas remaja yang membunuh anak perempuan guru tuisyennya pada 2002, iaitu ditahan atas budi bicara Yang Di-Pertuan Agong merupakan satu pukulan maut kepada nilai-nilai demokratik yang dianggap oleh rakyat Malaysia terpahat dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas penghakiman tersebut yang menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan prinsip pengasingan kuasa dengan jelas, beliau berpendapat, mahkamah telah mengesahkan kebimbangan yang diutarakan pada tahun 1988 apabila Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan dipinda yang menghilangkan kuasa kehakiman ke atas keputusan yang dibuat oleh eksekutif.

"Masanya telah tiba kepada parlimen untuk meminda Artikel 121 dan mengembalikan semula kuasa kehakiman ke mahkamah," tambahnya.

Timbalan Pengerusi Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, berkata satu perkara yang perlu diambil berat hasil daripada penghakiman tersebut ialah badan perundangan telah mengehadkan bidang kuasanya sendiri.

Sementara itu, Pensyarah Kuliyyah Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr Abdul Aziz Bari juga bersetuju dengan mahkamah tertinggi negara yang menyatakan bahawa aplikasi doktrin pengasingan kuasa tidak jelas dan mutlak.

"Pada masa ini, pelaksana dan penggubal undang-undang adalah pihak yang sama, sedangkan mereka adalah sepatutnya dua entiti yang berbeza. Sepatutnya peranan ini dimainkan oleh pihak yang berbeza.

Malangnya pelaksanaan prinsip pemisahan kuasa ini telah disalah tafsirkan oleh pihak tertentu yang sekali gus memusnahkan definisi sebenar pemisahan kuasa itu sendiri lantas memperlihatkan badan kehakiman negara tidak lagi bebas," jelasnya.

Abdul Aziz menjelaskan, jika negara terus menerima penghakiman sebegini, apakah yang akan berlaku kepada prinsip semakan penghakiman? Semakan penghakiman merupakan satu lagi bukti bahawa berlaku pengasingan kuasa dalam sistem demokrasi ala Westminster seperti yang diamalkan di Malaysia.

Selasa lalu, Mahkamah Persekutuan telah membenarkan rayuan oleh Pendakwaraya Persekutuan ke atas keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan pada 25 Julai bahawa Seksyen 97(2) Akta Kanak-kanak 2001, yang menyatakan bahawa kanak-kanak lelaki yang didapati bersalah boleh ditahan atas budi bicara Agong. Ia didapati bertentangan dengan Perlembagaan kerana bercanggah dengan doktrin pengasingan kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana, keputusan tersebut memberi kuasa kehakiman kepada pihak eksekutif untuk menentukan tempoh tahanan yang perlu dilalui oleh pesalah juvana itu.
Category: News
Posted by: raja petra


Subky Abdul Latif
Harakahdaily


Selamat tinggal Tun Fairuz! Itu yang dapat dikatakan kepada Ketua Hakim Negara yang khidmatnya tidak disambung lagi mulai 1 November lalu.

Memang khidmat wajibnya berakhir pada tarikh itu. Hingga sebulan lalu tiada riak beliau akan bersara sekalipun usia bersaranya bermula 1 November itu. Seolah-olah khidmatnya akan disambung, terutama memandangkan tiada nama yang jelas disenaraikan bagi menggantikannya.

Dalam keadaan seperti itu biasanya penjawat jawatan akan diminta menyambung perkhidmatan sekurang-kurangnya untuk dua tahun lagi.

Tiba-tiba beberapa minggu lalu meletup klip video yang dikatakan peguam VK Lingam bercakap telefon dengan Ketua Hakim Negara itu. Percakapan itu dikatakan Lingam boleh mengusahakan beliau diangkat menjadi Ketua Hakim Negara.

Klip video itu tidak dapat disahkan tulen oleh jawatankuasa khas menyiasat atas perkara itu yang dipengerusikan oleh bekas hakim Haidar.

Bagaimana pun pendedahan klip video itu telah merosakkan reputasi dan nama baik Tun Ahmad Fairuz. Adalah dipercayai ia menyebabkan khidmat beliau tidak disambung lagi.

Tidak dapat dipastikan persaraannya dapat menghentikan pertikaian atas isu klip video itu. Apa pun sehingga ini Tun Fairuz belum membela diri tentang tohmah yang melandanya itu. Sememangnya sukar bagi membelanya.

Apa lagi beliau hingga rencana ini ditulis, mengambil sikap membisu. Dia belum membela diri dan tidak muncul pihak yang mahu membelanya. Adakah beliau akan membisu terus, adalah diperhatikan.

Sebelumnya Hakim Hamid Omar dipersoal umum sebagai Ketua Hakim Negara. Ini berikut penampilannya menggantikan Tun Salleh Abbas yang dipecat secara politik. Sentimen membela Tun Salleh yang begitu tinggi, menyebabkan perlantikan Tun Hamid menggantikan Tun Salleh oleh kerajaan yang tidak popular menjadi buah mulut.

Kemudian perkhidmatan Yusuf Chin sebagai Ketua Hakim Negara juga penuh dengan kontroversi. Pembabitan Lingam juga ada di situ. Pemergian ketua hakim itu memang ditunggu dan dialu-alukan.

Amat berbeza dengan pemergian Tun Salleh Abbas. Pemergiannya ditangisi dan penuh pilu.

pemergian penuh tragik

Nasib Tun Fairuz tercetus dalam bulan-bulan akhir menjelang persaraannya. Pemergiannya berlaku penuh tragik. Payah untuk mengenangnya disebabkan oleh ledakan klip video yang meletup sekitar sebulan lalu.

Perkara itu dipercayai disebut dalam persidangan Raja-Raja sehari sebelum persaraannya diumumkan. Kerajaan tidak tahu untuk menjawabnya. Semua menteri membisu. Dato Nazri Aziz saja cuba membendung kejadian itu. Tetapi ternyata lidahnya pendek.

Kerajaan dituntut menubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat klip video itu. Pihak yang mendedahkan klip video itu akan bersedia memberikan keterangan terperinci kerana penyiasatan seperti itu ada kuasa undang-undang dan dapat memberi perlindungan undang-undang kepada pemberi keterangan dan punca wujudnya klip itu.

Kerajaan yang tidak tahu untuk membela ketua hakimnya, tidak berani membentuk Surahanjaya Diraja penyiasatan itu.

Bagi melepaskan batuk di tangga, kerajaan sekadar membentuk Jawatankuasa Khas penyiasatan yang tidak punya apa-apa kuasa. Ia pun tidak berupaya untuk membuat penyiasatan lanjut kerana tiada ak pihak bersedia bekerjasama dengannya.

Jawatankuasa itu boleh bekerjasama dengan BPR. Tetapi BPR pun tidak banyak dapat melakukan tindakan.

Maka Tun Ahmad Fairuz menerima nasib yang sangat malang. Selagi tiada pembelaan yang berkesan dari pihaknya, maka kekecohan sebulan sebelum tarikh persaraannya telah merosakkan seluruh perkhidmatan dan kerjayanya dalam jabatan kehakiman.

Apakah ia terhenti setakat itu saja? Apakah Lingam boleh berasa senang dan selesa dengan dua bekas ketua hakim terlungkup kerana ada hubungan baik dengannya.

Yang ternyata malang dalam kes yang meletup itu ialah Tun Fairuz. Beliaulah yang menerima segala tanggungannya. Lingam setakat ini terlepas. Macam mana rupa wajahnya pun tidak diketahui. Dia dapat menyorok dan tidak dikenali.

Dan dapatkah kerajaan melepaskan tanggung jawab dengan sekadar melepaskan Tun Fairuz dari jawatannya? Tidakkah perlu ia mengambil langkah bagi menjawab segala persoalan yang timbul dari kes yang berbangkit itu.

Masyarakat peguam dan pihak yang menuntut satu sistem kehakiman yang bebas, bersih dan adil dipercayai akan terus memperjuangkannya. Yang tiada lagi dalam jabatan kehakiman itu ialah Tun Fairuz saja. Tetapi dia meninggalkan banyak persoalan yang perlu dijawab.

Selagi kerajaan tidak mengambil satu langkah menjelaskan keadaan yang sebenar, maka selama itu baki hidup Tun Fairuz akan terus diasak oleh isu ini. Ia akan menjadi perbincangan yang lama.

Selama-lamanya Tun Fairuz akan berdepan dengan tohmah sebagai pemegang jawatan yang naik bukan kerana cara-cara yang betul tetapi penuh dengan segala kekaburan.

Dengan sikap kerajaan yang tidak bersedia menghadapi perkara itu secara terbuka, ia telah menyebabkan Ketua Hakim terus tertekan, sebab kes itu cuba diselesaikan dengan mendiam dan menyorokkan keadaan yang sebenar.

Memanglah madu itu pahit, tetapi ia ubat. Dengan berubat penyakit boleh diatasi. Tetapi dengan membiarkan penyakit tak berubat dan tidak dirawat, ia membiarkan penyakit menentukan nasib pesakit. Tiada peranan pencegahan. Itulah ibarat langkah kerajaan dalam tohmah yang menimpa bekas Ketua Hakim itu.
Category: News
Posted by: raja petra


Oleh Maslan Yusoh
Harakahdaily


Orang Melayu kini semakin hilang suara di Parlimen apabila bangsa-bangsa lain terus mendominasi jumlah keseluruhan kerusi yang diperuntukkan.

Berpaksi kepada perpaduan dan tolak ansur, akhirnya banyak kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu telah diserah kepada parti-parti kompenan Barisan Nasional (BN) lain.

Misalnya pada pilihan raya umum 1990 sebanyak 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang mempunyai majoriti pengundi Melayu diserahkan kepada calon-calon bukan Melayu.

Kerusi terbabit iaitu 13 bagi peringkat Parlimen dan 24 kerusi Dun. Jumlah itu tidak termasuk kerusi-kerusi yang telah ditandingi calon bukan Melayu sejak dahulu lagi.

Antara kerusi Parlimen majoriti Melayu yang diserahkan kepada MCA dan MIC pada pilihan raya tersebut iaitu Padang Serai (55.2 peratus Melayu), Alor Setar (54.8 peratus), Lipis (53.2 peratus), Pontian (52.2 peratus), Kapar (60 peratus), Ampang Jaya (68.5 peratus), Selandar (50.8 peratus) dan Telok Kemang (51.3 peratus).

Selepas diserahkan kepada kompenan lain, kerusi terbabit tidak lagi dipulangkan kepada calon Melayu. Biar pun masalah itu disedari rata-rata orang Melayu namun mereka tetap memilih Umno yang bertanggungjawab mengecilkan empayar Melayu.

Pilihan raya umum ke-11 pada 21 Mac 2004, BN memenangi 198 kerusi Parlimen dan pembangkang hanya tinggal 20 sahaja. Selain itu BN juga menguasai 452 kerusi di peringkat Dun daripada jumlah keseluruhan sebanyak 505 kerusi.

Seorang penganalisis bebas, Dr Khairudin Damhoeri berkata, sedangkan pada 1964 suara orang Melayu di Parlimen sebanyak 62 peratus, namun sekarang telah susut dengan banyaknya.

"Kuasa orang Melayu di Parlimen sudah berkurangan berbanding pada zaman awal pilihan raya umum diadakan di negara ini," katanya pada Syarahan Awam Pencapaian Sosio Ekonomi Sektor Pertanian di Kelantan sempena 50 tahun merdeka di sebuah hotel di sini, hari ini.

Program itu dianjurkan Institut Kajian dan Penyelidikan Strategik Negeri Kelantan (Kriss) dan kerajaan negeri. Ia sepatutnya menampilkan bekas Menteri Pertanian, Dato' Seri Sanusi Junid bagi membentang pengalamannya dalam sektor tersebut.

Bagaimanapun difahamkan bekas Menteri Besar Kedah itu tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan. Hampir 1,000 peserta memenuhi dewan utama hotel berkenaan.

Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Dr Nik Mazian Nik Mohamad, Adun Kadok, Haji Mohd Shukri Abdul Rahman, Penyelia Dun Kok Lanas, Dato' Ahmad Rusli Ibrahim, Pengarah Kriss, Wan Ahmad Shafei dan Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Saifudin Nasution Ismail.

Dr Khairudin juga berkata, biar pun Kelantan dikategori sebagai negeri yang miskin, namun kehidupan rakyat agak selesa disebabkan kos hidup masih rendah.

"Kira-kira 73 peratus daripada jumlah penduduk memiliki rumah sendiri. Ini menyebabkan bebanan kehidupan mereka tidak terasa sangat biar pun mengikut statistik Kelantan mempunyai ramai penduduk miskin," ujarnya.

Beliau juga berkata, kerajaan pusat mewujudkan banyak agensi bagi meningkatkan pembangunan rakyat di Kelantan.

Menurutnya Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) diberi tanggungjawab membangunkan kawasan selatan dan Lembaga Kemajuan Pengairan Kemubu (Kada) pula diberi peranan di kawasan utara Kelantan.

Bagaimanapun katanya sejak agensi itu diwujudkan tidak banyak perubahan berlaku terutamanya Kada, di mana sekadar membantu 19,000 penanam padi.

Kata beliau jumlah pesawah yang disenarai di bawah Kada tidak berubah sejak awal penubuhan sehingga sekarang.

"Begitu juga Kesedar setelah hampir 20 tahun kewujudannya namun hutang meneroka tanah masih belum dilunaskan. Selain hak milik kepada peneroka tidak diselesaikan.

"Lebih malang lagi apabila pendapatan peneroka tidak selari dengan kenaikan harga kelapa sawit di pasaran sekarang," katanya.

Beliau berkata, Kada atau Kesedar dicadangkan diserah kepada kerajaan negeri bagi melihat kemampuan pemimpin di peringkat negeri mengurusnya pula.
Category: News
Posted by: raja petra


Basiron Abdul Wahab
Harakahdaily


Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu 'turun padang' mempromosi himpunan 100,000 rakyat pada 10 November ini di kawasan Parlimen Kuala Krau, Temerloh dan Bera.

DI Kuala Krau, beliau menghadiri dan memberi taklimat kepada anggota Badan Perhubungan Negeri di Felda Semerak (Jengka 15), Di bandar Jengka Haji Mohd Sabu berucap kepada lebih 1,000 hadirin terdiri daripada penduduk sekitar Jengka sempena Sambutan Aidil Fitri PAS kawasan Kuala Krau.

Haji Mohamad Sabu memakai baju T berwarna kuning berlogo 'Bersih' sebagai mempromosi Himpunan Rakyat 10 November ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Naib Presiden PAS itu turut menghadiri majlis sama di Markaz PAS Cempaka, Lancang dengan membawa mesej serupa iaitu mengajak rakyat menyokong tuntutan supaya kerajaan mengadakan pilihan raya umum ke–12 dengan bersih dan adil.

Begitu juga dalam perjumpaan beliau dengan orang ramai di kampung Batu 1, Temerloh.

Beliau sekali lagi menegaskan, pimpinan tertinggi PAS telah memutuskan untuk menyertai Pilihan raya sejak PAS ditubuhkan pada tahun 1951 lagi, tetapi malangnya 'demokrasi' di negara kita telah mati dan yang paling 'teruk' iaitu dalam pilihan raya umum ke-11 pada tahun 2004 lalu.

Katanya, dalam pilihan raya itu semua jentera kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan telah diperalatkan oleh Umno/Barisan Nasional dan hasilnya BN telah memperolehi kemenangan besar.

Tegasnya ekoran daripada itu pimpinan PAS telah memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membersihkan sistem demokrasi dan bersama NGO serta parti-parti politik pembangkang ditubuhkanlah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil atau singkatanya 'Bersih'.

PAS kata beliau, mempunyai dua wakil di dalam Bersih, iaitu Dr Syed Azman Nawawi dan Dr Zulkifli Ahmad. Bersih menjalankan pelbagai aktiviti untuk mendesak kerajaan supaya membersihkan sistem demokrasi di negara ini.

Empat tuntutan utama Bersih ialah menghapuskan Undi pos, mencelup jari pengundi yang selesai membuang undi, membersihkan daftar pemilih dan membebaskan media.

"Daripada empat tuntutan utama Besih hanya satu yang diterima oleh kerajaan iaitu pengunaan dakwat sebagai penanda kepada pengundi yang sudah selesai membuang undi.

Menurutnya, kebebasan media cetak dan eletronik adalah antara perkara asas di dalam sistem demokrasi tetapi di negara ini kesemua media utama dikuasai Umno/BN.

Justeru rakyat tidak dibekalkan maklumat secukupnya bagi membolehkan mereka membuat penilaian sewajarnya terhadap parti-parti politik yang menyertai pilihan raya.

"Negera kita jauh ketinggalan berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Thailand dari segi kebebasan media ini," ujarnya.
Category: News
Posted by: raja petra


Oleh Baharom Mahusin
Utusan Malaysia


Isu kenaikan kos sara hidup dan harga barang akan dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung Umno minggu ini memandangkan banyak bahagian Umno mengemukakan usul berkaitan isu berkenaan kepada ibu pejabat parti itu.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun usul ekonomi pada perhimpunan tersebut tidak secara spesifik menyebut mengenai isu itu, kita sendiri tahu ia menjadi keprihatinan perwakilan dan ahli-ahli Umno.

Menurut beliau, sekiranya ditimbulkan, ia merupakan satu kesempatan baik untuk pucuk pimpinan Umno menjelaskan kepada akar umbi parti mengenai punca kenaikan harga barang dan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengawalnya.

Jika kita lihat usul-usul dari bahagian-bahagian yang telah sampai ke Ibu Pejabat Umno, memang banyak yang menyentuh tentang kos sara hidup, kata Muhyiddin dalam wawancara dengan Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Usul, Muhyiddin melihat pemimpin akar umbi Umno mengambil berat soal kenaikan kos sara hidup dan telah memberikan pendapat mereka bagaimana kerajaan harus mengawal harga, mempertingkatkan penguatkuasaan, subsidi dan sebagainya.

Tidak perlu tunggu Perhimpunan Agung, banyak daripada 192 bahagian Umno telah pun berbincang lebih awal mengenai isu itu seperti yang kita duga.

Pastinya ini merupakan landasan terbaik bagi Presiden, Timbalan Presiden dan menteri-menteri ekonomi dalam Umno untuk menjelaskan kepada ahli-ahli tentang mindset kebergantungan kepada subsidi, katanya.

Menurut Muhyiddin, kenaikan harga minyak yang mencecah hampir AS$100 dolar setong memang menekan ekonomi Malaysia dan kesannya amat besar kepada rakyat.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz telah memberitahu rakyat supaya bersedia menerima kesan kenaikan harga minyak itu.

Ini bukan buatan kita, ia berlaku di luar kawalan kita. Kenaikan harga minyak itu memang membebankan ekonomi negara terutama kesannya kepada pembiayaan subsidi minyak yang telah mencecah berpuluh-puluh bilion ringgit.

Kalau harga (minyak) naik lagi, Petronas untung tetapi tanggungan kerajaan juga meningkat, kadang-kadang lebih tinggi daripada keuntungan yang kita peroleh, ujarnya.

Menurut Muhyiddin, walaupun pada peringkat awal kerajaan boleh menampung kesan itu tetapi dalam jangka masa panjang ia akan membebankan kewangan kerajaan dan memberi kesan kepada kos sara hidup dan inflasi.

Beliau memberitahu, kepimpinan Umno memahami apa yang berlaku kepada rakyat dalam isu itu.

Sesetengah pihak pasti terasa. Misalnya, kalau dulu dengan RM100 orang boleh beli barangan yang memenuhi bakul, sekarang nilai wang yang sama hanya mampu mengisi tiga suku bakul.
Hal itu disuarakan oleh rakyat dan ahli-ahli parti, kata beliau.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, kalau rakyat hendak meminta kerajaan semata-mata mengawal harga barang, ia bukannya perkara mudah.

Beliau menceritakan bagaimana sukarnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal untuk mengawal harga ayam.

Tidak ada negara lain di dunia yang buat macam Malaysia. Bila nak kawal harga ayam, harga tepung pula naik, jaga harga tepung, harga minyak naik, katanya.
Category: News
Posted by: raja petra


Utusan Malaysia

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dijangka akan membawa usul meminta kerajaan hanya melantik orang Melayu yang benar-benar berjiwa Melayu bagi menerajui syarikat milik kerajaan (GLC) pada Perhimpunan Agung Umno 2007 yang bermula Isnin ini.

Beliau juga dijangka membawa usul supaya diwujudkan garis panduan bagi memastikan GLC tidak potong jalan syarikat bumiputera untuk mendapatkan tender projek-projek besar kerajaan selain meminta GLC berkongsi kekayaan dan keuntungan besar dengan syarikat bumiputera.

Semua usul tersebut akan dibincangkan terlebih dahulu dengan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu adalah antara 19 resolusi yang diserahkan kepada beliau hasil Persidangan Meja Bulat bertajuk Hala Tuju Usahawan Melayu anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) dan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) yang diadakan di sini hari ini.

Persidangan sehari yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua DPMMS, Tan Sri Rozali Ismail itu dihadiri seramai 55 wakil pelbagai persatuan perniagaan yang bernaung di bawah DPMMS.

Pengarah Eksekutif DPMMS, Kamarulzaman Mohamad berkata, cadangan supaya hanya Melayu yang benar-benar berjiwa Melayu menerajui GLC dibuat kerana DPMMS bimbang jika ada peneraju GLC yang enggan membantu peniaga Melayu.

Kita bimbang kerana ramai peneraju GLC adalah di kalangan mereka yang tidak mendapat biasiswa atau bantuan kerajaan ketika belajar berbanding GLC terdahulu.
Jadi mungkin sikap untuk membantu sesama usahawan Melayu dan orang Melayu tidak begitu menebal di jiwa mereka, katanya.

Beliau berkata, DPMMS juga membuat usul supaya GLC melantik ejen di kalangan usahawan Melayu untuk membawa masuk produk ke negara ini sebagai usaha mempelbagaikan lagi cabang perniagaan selain membuka peluang usahawan Melayu membangunkan produk itu di negara ini.

Ada GLC berkaitan telekomunikasi yang membawa masuk terus produk ke negara ini sedangkan syarikat ini boleh melantik ejen di kalangan usahawan Melayu untuk membawa masuk produk tersebut, katanya.

Menurut Kamarulzaman, DPMMS juga meminta kerajaan mengekalkan Konsep Payung serta Penswastaan dan tidak menghentikannya disebabkan berlaku satu atau dua kegagalan.

Kami juga minta kerajaan memberi projek kepada usahawan Melayu tulen bukannya kepada pihak tertentu demi untuk menjaga kepentingan atau hubungan, katanya.
Category: News
Posted by: raja petra


Saari Sungib
Harakahdaily


Jika saudara ditangkap atau ditahan oleh polis, saudara mesti tahu perkara-perkara berikut:

* Saudara mesti diberitahu oleh polis secara jelas bahawa saudara ditahan.

* Saudara boleh diarahkan oleh polis agar tidak meninggalkan suatu tempat yang ditetapkan oleh mereka pada masa itu disebabkan mereka telah menangkap saudara.

* Saudara juga boleh dihalang secara fizikal oleh polis daripada meninggalkan suatu tempat yang telah ditetapkan oleh polis sebagai tanda bahawa saudara sudah ditangkap oleh mereka.

* Dalam apa keadaan sekali pun, sekiranya saudara tidak bertindak agresif atau melawan, polis tidak berhak untuk bertindak kasar dengan memukul, mengetuk, menyiku, menumbuk, menendang atau melakukan apa-apa sahaja perbuatan ganas terhadap saudara!

* Saudara MESTI diberitahu oleh polis apakah sebab saudara ditangkap atau ditahan oleh mereka.

* Saudara boleh bertanya kepada polis kenapa saudara ditangkap. Sekiranya pihak polis gagal memberitahu apakah sebab saudara ditangkap, beritahu kepada mereka bahawa saudara tidak anggap diri saudara ditangkap oleh mereka. Ucapkanlah kata-kata ini dengan sopan dan secara jelas.

* Saudara mungkin digari oleh polis semasa mereka menagkap saudara. Saudara boleh meminta agar gari saudara dibuka pada masa itu juga. Walau bagaimanapun adalah menjadi budi bicara pegawai polis yang menangkap saudara sama ada mahu terus menggari atau membuka gari saudara.

* Sekiranya gari yang digunakan ke atas saudara adalah jenis yang menyakitkan kerana mencengkap tangan saudara (gari Siam!), beritahu polis untuk menukarkan gari tersebut dengan gari jenis yang diluluskan oleh undang-undang. Gari Siam adalah sejenis gari yang tidak sah untuk digunakan terhadap tahanan polis. (Gari Siam hanya digunakan oleh penyangak dan penjenayah profesional!)

* Jika semasa ditangkap saudara ada membawa ubat-ubatan keperluan saudara ataupun barang-barang lain, saudara boleh memohon agar barang-barang tersebut dibenarkan untuk dibawa bersama saudara.

* Jika pegawai polis yang membuat tangkapan mahu merampas ubat-ubatan, telefon bimbit dan barang-barang saudara, beliau mesti menyediakan satu salinan barang rampasan dan meminta saudara menandatangani senarai tersebut.

* Polis tidak boleh merampas sebarang milik saudara tanpa menyerahkan kepada saudara satu senarai barang rampasan.

* Jika polis merampas barang-barang tersebut daripada saudara tanpa menyerahkan senarai barang rampasan, hendaklah saudara buat laporan polis sebaik sahaja saudara berpeluang melakukannya. Tindakan polis merampas barang-barang saudara tanpa menyerahkan senarai barang rampasan adalah satu perbuatan mencuri!

* Hafal nombor polis di baju mereka. Jika mereka tidak memakai sebarang nombor atau tanda nama, mereka sedang melakukan satu pelanggaran terhadap undang-undang. Cam muka mereka baik-baik!

Ingat, dalam kerja-kerja polis menangkap saudara biasanya banyak berlaku pelanggaran undang-undang dan pencabulan hak asasi manusia dilakukan oleh mereka. Ingatkan semua perkara ini agar mudah nanti saudara mengheret anggota polis yang terlibat dan kerajaan ke mahkamah. Jangan takut!....bersambung.
Category: News
Posted by: raja petra


Harakahdaily

Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak pastinya tidak 'tidur lena' apabila nama Penasihat Keadilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim masih disebut-sebut oleh ahli Umno sebelum menjelang Perhimpunan Agung Umno 2007 yang bermula pada 5 November depan.

Anwar dikatakan masih berupaya untuk membawa Umno ke arah yang lebih baik dan pantas berikutan pengalaman mereka bersama bekas Timbalan Presiden Umno sebelum dipecat pada tahun 1998 dahulu.

"Hanya Anwar sahaja yang boleh membawa pembaharuan ataupun mengekalkan cara pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamed dahulu yang memberi kesamarataan atau penambahan ekonomi kepada ahli-ahli Umno," kata seorang Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita Umno Pusat yang ditemui di sini baru-baru ini.

Beliau yang enggan namanya disebutkan memberitahu, situasi pada masa kini dianggap terlalu lemah dan perlahan di samping beberapa tindakan kumpulan Presiden Umno yang masih memberi tekanan kepada bekas Presiden Umno, Dr Mahathir.

Beliau mengakui begitu 'kecewa' dengan apa yang berlaku kepada Dr Mahathir selaku pemimpin Umno yang dihormati oleh ahli parti mahupun masyarakat di luar negara. "Hanya Anwar sahaja yang boleh menjadi penyelamat kepada parti ini memandangkan usia yang masih muda berbanding Dr Mahathir".

Dia yakin Dr Mahathir tidak akan 'comeback' di arena arus perdana politik Umno memandangkan faktor kesihatan dan usia. "Mahathir masih mempunyai 'aura' di kalangan ahli Umno terutamanya di peringkat akar umbi".

Seorang perwakilan dari Negeri Sembilan pula memberitahu, tiada apa mustahil di dalam politik dan kerana itu tidak mustahil Anwar akan kembali semula dan menerajui parti yang pernah dianggotainya.

"Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi boleh melantik Anwar sebagai senator dan memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan sebelum menjelang Pemilihan Perhimpunan Agung Umno akan datang," katanya yang juga namanya enggan disebut.

Dia menambah, Pak Lah hanya mahu jaminan dari Anwar bahawa menantunya tidak diganggu untuk naik ke atas di dalam politik Umno memandangkan keadaan Najib yang masih dilihat sebagai 'orang Mahathir'.

Ketika diaju pertanyaan adakah ahli dan pemimpin Umno boleh menerima teori beliau ini, dia menambah sudah hampir 30 tahun dia di dalam Umno dan cukup 'masak' dengan perangai ahli-ahli Umno ini yang disifatkan sebagai 'pengikut yang cukup taat'. "Apa yang penting adalah tidak 'miss sorru' dan tiada sebarang gangguan untuk menambahkan perniagaan".

Mengenai Najib pula, dia memberitahu, dia memahami sikap Najib yang begitu patuh dan taat kepada kepemimpinan parti dan politik dalam Umno. "Saya yakin Najib tidak akan menentang Pak Lah jika Pak Lah mengambil semula Anwar ke dalam Umno".

Sementara dalam beberapa siri ceramah yang dianjurkan oleh pembangkang, Anwar begitu 'komited' tidak akan menyertai Umno sebaliknya lebih memberi tumpuan kepada pembangkang menjelang pilihan raya Umum ke-12 akan datang.

Bagaimanapun, Anwar kurang 'menyinggung' perasaan ahli dan kepimpinan Umno bahagian dalam beberapa siri ceramah sebaliknya lebih memberi tumpuan kepada kepimpinan tertinggi Umno terutamanya Najib dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussien.

Perhimpunan Agung Umno 2007 akan berlangsung selama lima hari bermula pada 5 November dan berakhir 9 November 2007. Dianggarkan 2522 perwakilan ahli hadir di Perhimpunan ini dengan ucapan dasar oleh Abdullah Ahmad Badawi.
Category: News
Posted by: raja petra


Utusan Malaysia

Pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara diingatkan supaya tidak menyebarkan isu- isu dalaman negara ke negara luar semata-mata untuk meraih populariti.

Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata, terdapat segelintir individu yang dikesan mengambil peluang dengan menjual isu negara ketika berada di negara luar semata-mata untuk dipandang tinggi dan dikenali masyarakat luar.

Saya ingin mengingatkan pelajar kita yang menuntut di luar negara supaya tidak melakukan perkara sedemikian semata-mata mahu menjadi hero, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Memahami Isu-Isu Semasa: Perkembangan Siasah Dalam Negara, Keadaan Global dan Peranan Komunikasi Membentuk Bangsa Yang Innovatif.

Kertas kerja itu dibentangkan dalam seminar sempena Kursus Kepimpinan anjuran Kelab UMNO Luar Negara di sini, hari ini.

Zainuddin berkata, pelajar Malaysia di luar negara juga diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan berita negatif mengenai negara yang disebarkan menerusi Internet.
Category: News
Posted by: raja petra


Harakahdaily

Beberapa orang Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian-bahagian yang melobi mahu menjadi calon dalam Pilihan raya umum ke-12 akan datang masih mengharapkan `bantuan’ Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang juga menantu kepada Presiden Umno, Khairy Jamaluddin.

Difahamkan beberapa orang Ketua dan Naib Ketua Pemuda ini sudah memberitahu pemimpin Umno di bahagian masing-masing bahawa mereka sudah menjalin hubungan baik dengan menantu Perdana Menteri ini.

"Walaupun Khairy sendiri tidak memberi jaminan sama ada mereka boleh menjadi calon atau tidak tetapi tindakan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda ini telah 'merosakkan' perpaduan pemimpin di sesetengah bahagian," kata seorang Ketua Umno bahagian yang memberi jaminan akan 'bersara' sebagai Adun dalam pilihan raya umum ke-12 akan datang.

Dia menambah, apa yang lebih mengecewakan adakalanya mereka berhubung dengan menantu Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ini di hadapan pemimpin dan penyokong bagi membuktikan betapa 'eratnya' hubungan mereka ini.

Ketua Umno Bahagian ini menolak tanggapan bahawa Khairy telah menjadi 'beban kepada Perdana Menteri' tetapi sedikit sebanyak ahli-ahli Umno di peringkat bawahan terpengaruh dengan kempen Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda ini.

Sehingga tahun 2008 yang dianggap kemungkinan Pilihan raya Umum akan diadakan, dianggarkan lebih 60 peratus daripada 191 ketua Umno bahagian-bahagian seluruh negara tamat tempohnya sebagai Ketua Pemuda. Bagaimanapun Ketua Pemuda Umno bersama kepimpinan Umno bahagian Jelutong, Pulau Pinang masih digantung oleh Majlis Tertinggi Umno.

Khairy yang semakin hampir menjawat jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia ini selepas selesainya Pilihan raya Umum ke-12 kelak berikutan pengunduran Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sekarang, Dato' Seri Hishamudin Tun Hussien. Hishamuddin dijangka akan bertanding kerusi Naib Ketua Umno Pusat.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan kepada media pada September 2007 lalu, Hishamudin telah mengeluarkan kenyataan bahawa Pemuda Umno tidak akan melobi untuk menjadi calon.

Ini juga membuktikan bahawa pengaruh Khairy sememangnya kuat di peringkat Pemuda yang disifatkan sebagai tokoh yang paling berani dilahirkan oleh Pemuda Umno di bawah kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi.
Category: News
Posted by: raja petra


Oleh Khairul Azran Hussin
Utusan Malaysia


Polis hari ini mengesahkan kanak-kanak malang, Preeshena Varshiny, 9, dirogol dan diliwat sebelum dicampak hingga menemui maut dari tingkat dua sebuah kondominium di Jalan Bukit Idaman, Batu Caves dekat sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Mohd. Abdullah berkata, laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan dan dubur mangsa.

Polis memandang serius kejadian tersebut kerana ia melibatkan seorang kanak-kanak dan gerakan sedang dijalankan bagi mengesan suspek.


Preeshena Varshiny

Kes ini yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut diubah untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas didapati mempunyai unsur bunuh, katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Mangsa yang merupakan murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan St. Mary, Selayang ditemui mati dalam longkang di kawasan perumahan terbabit kira-kira pukul 4 petang.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berpakaian baju T dan berseluar pendek getah tetapi tidak memakai seluar dalam.

Pada mulanya, polis mengklasifikasikan mangsa mati mengejut ekoran dipercayai terjatuh dari bangunan tetapi laporan bedah siasat menunjukkan kematian mangsa mempunyai unsur jenayah.

Mohd. menambah, polis turut menyiasat kemungkinan mangsa dibunuh di tingkat dua sebelum dicampak dari situ kerana rumah mangsa terletak di tingkat sembilan.

Setakat ini polis belum membuat sebarang tangkapan dan kita akan menyiasat dari pelbagai sudut bagaimana mangsa boleh berada di tingkat dua sebelum dicampak, katanya.

Sementara itu, keluarga mangsa ketika ditemui di rumahnya berkata, mereka tidak menyangka kejadian yang menimpa Nurin Jazlin Jazimin, 8, sebelum ini turut menimpa keluarganya.

Bapa mangsa yang berusia 40 tahun dan enggan dikenali berkata, sejak kejadian ngeri menimpa Nurin, anak kedua daripada tiga beradik itu sering diingatkan agar lebih berhati-hati terutamanya dengan orang yang tidak dikenali.

Sejak berita mengenai pembunuhan kejam terhadap Nurin disiarkan di media, saya telah mengajar Prisi (Preeshena) cara-cara untuk melepaskan diri seperti menjerit, melawan, menolak dan gigit penjenayah, katanya.

Beliau memberitahu, sehari sebelum kejadian itu, anaknya yang tinggal bersendirian di rumah ada mengadu berhubung tindakan seseorang mengetuk pintu rumah mereka dengan kuat sehingga bergegar selama setengah jam tanpa suara walaupun telah ditanya.

Ketika itu, anak saya ada menelefon saya dan memberitahu mengenai kejadian itu dan saya menganggap ia perkara biasa dan ada budak-budak nakal yang mengusiknya.

Saya tak sangka pula apa yang menimpa Nurin telah menimpa keluarga saya ketika anak saya berada seorang diri di rumah dan dalam kawasan kondominium yang saya berasa kawalan keselamatannya terjamin, katanya yang telah menetap di kondominium itu sejak lebih dua tahun lalu.

Menjawab satu soalan, katanya, ketika diganggu, abang Preeshena yang berusia 13 tahun berada di sekolah manakala adik bongsunya berusia setahun dijaga oleh bapa saudara mereka di Kepong.

Jelasnya, apabila pulang dari sekolah antara pukul 1.30 dan 2 petang, mangsa biasanya akan duduk di rumah sendirian sementara menunggu dia dan isteri pulang dari kerja.

Prisi tinggal sendirian di rumah sejak sebulan lalu selepas isteri saya mendapat kerja. Saya tidak sangka tragedi ini boleh menimpa keluarga kami, katanya kesal.

Lebih memilukan, menurut bapa mangsa, anaknya sempat makan hot dog yang ditinggalkan ibunya sebelum ditemui mati.

Bagaimanapun, air Milo yang menjadi minuman kegemaran anak saya tidak diusik, katanya.
Category: News
Posted by: raja petra


(Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kedua-dua parti yang bertelagah iaitu MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) menghentikan cabar mencabar dan kutuk mengutuk antara mereka.

Kedua-dua tindakan itu tidak sihat dan bukannya cara parti komponen Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri.

"Kita nak hubungan antara parti komponen BN hubungan baik dan mengelak daripada cabar mencabar dan kutuk mengutuk antara satu sama lain.

"Ini bukan cara Barisan Nasional dan saya anggap apa yang berlaku tidak sihat dan ia mesti berhenti dan jangan diteruskan lagi," kata Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN kepada pemberita selepas menutup Kursus Kepimpinan Kelab Umno Luar Negara di sini.

Semalam, MIC berkata parti itu akan mengemukakan usul pada mesyuarat tertinggi BN akan datang agar BN dan pucuk pimpinan BN mengambil tindakan sewajarnya terhadap presiden PPP Datuk M.Kayveas kerana cuba memburuk-buruk dan memalukan MIC serta kepimpinan MIC.

Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berkata beliau percaya tindakan sewajarnya ke atas Kayveas akan menjadi peringatan kepada pemimpin parti komponen BN yang lain agar tidak mempertikaikan secara terbuka sebarang isu atau cuba menjatuhkan imej sesama parti komponen dalam BN.
Category: News
Posted by: raja petra


Ali Bukhari Amir
Harakahdaily


Forum Rakyat yang diadakan di Hotel KL International kelmarin sepatutnya dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Mohd Nazri Abdul Aziz sebagai panelis di pihak kerajaan.

Kehadiran beliau setidak-tidaknya mencerminkan ketelusan di pihak parti pemerintah dalam hal usaha pembasmian rasuah.

Tapi, menurut laporan media, Nazri sedang hadir di sidang media bersama Ketua Pengarah BPR yang menjelaskan isu hubungan baik BPR dan polis pada hari yang sama forum rakyat yang membangkitkan wacana mengenai isu rasuah itu diadakan.

"Kalau Nazri hadir di sini boleh saya serahkan surat-surat dan dokumen mengenai rasuah di peringkat tertinggi yang boleh beliau suarakan," demikian kata Pengerusi Gerak Ezam Mohd Noor dalam ucapannya yang dipengerusi saudara Mahfuz Om ar bagi menggantikan Dr Agus, pensyarah sains politik daripada UKM yang juga tidak dapat hadir ke acara tersebut.

Ezam memulakan perbincangan isu rasuah dengan usaha memusatkan perhatian khalayak ke atas pandangan Ibnu Khaldun dalam kitab al-Mukaddimah yang merumuskan bahawa, punca rasuah berlaku apabila pemerintah ghairah kepada budaya kemewahan.

"Ertinya, usaha menumpaskan rasuah perlu bermula daripada 'ruling class' kelas penguasa," tegas beliau sambil menyandarkan hujahnya ke atas ucapan Raja Dr N azrin Julai lalu tentang isu yang sama.

"Baginda berkata rasuah berpunca daripada pemimpin negara. Hal integriti nombor satu, dan ketrampilan itu pula nombor dua dalam kepimpinan kita.

"Laporan mengenai rasuah terdedah sebab tukang-tukang perasuah kerdil tidak dapat habuan mereka, sebaliknya yang dapat adalah pihak atasan. Sebab itu, mereka tampil memberi aduan. Yang tidak dapat untung itulah yang akan melaporkan kepada pihak berkuasa," kata beliau.

Ezam turut menghimbau peranan Dr. Syed Hussein al-Attas yang menurutnya adalah antara ahli akademik paling aktif dan lantang dalam membincangkan hal rasuah di negara ini.

"Buku beliau antara rujukan. Ketika itu, gejala rasuah tidak merebak lagi. Tapi, beliau menulis bahawa gejala rasuah paling teruk berlaku dalam masyarakat apabila ia mula menular sebagai budaya. Dan, inilah yang sedang berlaku sekarang.

"Jika berlaku sekarang pun, hal itu adalah pendakwaan terpilih di mana pihak kerajaan hanya menumpaskan rasuah di peringkat bawahan, bukan di pihak atasan," tambah beliau lagi.

Mahfuz, dalam kesempatannya sebagai moderator, ketika mengulas hal itu menyifatkan BPR sebagai tidak kreatif dan kurang membawa pulang hasil tangkapan ikan yang lumayan.

"Mereka seperti kaum nelayan yang tiada semangat berdaya maju, berdaya saing serta kurang produktif kerana hanya mampu menangkap ikan bilis dan bukannya jerung," katanya.

Kolumnis Mingguan Malaysia Tan Sri Mazlan Nordin pernah menulis tentang kaedah mantan Ketua Pengarah BPR Harun Hashim yang selalu menyiasat isi kandungan surat layang. Beliau dikatakan telah mendaftar sebuah peti surat bagi tujuan siasatan itu.

"Dalam sehari beliau terpaksa membaca beratus pucuk surat aduan," tulisan Mazlan dipetik.

"Tapi," kata Ezam, "BPR sekarang berbeza pula. Dalam sebuah wawancara, Ketua Pengarah BPR berkata, antara hal yang memeningkan kepala beliau adalah membaca surat layang.

"Saya tidaklah menafikan bahawa mungkin ada unsur fitnah dalam surat layang itu. Namun, sekurang-kurangnya, isi kandungan surat itu mestilah disiasat. Itu aduan orang-ramai."

Tambah Ezam, Harun Hashim dengan kuasa yang diberi kan terhadap beliau pada waktu itu turut berkata, betapa perlunya usaha memerangi rasuah itu di peringkat tertinggi.

"Namun, apa yang berlaku kini, kerajaan cuma memberi kan peruntukan terhadap BPR untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan serius dengan usaha membanteras rasuah.

"Jika sekadar menambah jumlah bilangan pegawai BPR serta menyiasat penjawat awam yang melakukan pembelian peralatan screw driver, itu tidak selesai masalah," tambah beliau.

Di samping itu, katanya pendirian media kini turut menyulitkan usaha membasmi rasuah.

"Ada wartawan yang minta komen saya mengenai usaha kerajaan banteras rasuah. Saya sudah beri kenyataan, tapi keesokannya kenyataan itu tidak tersiar.

"Esoknya, wartawan tanya lagi. Saya pun tanya semula, kenapa kenyataan saya tidak tersiar. Dia menjawab, sebabnya ialah anda tidak menyokong kerajaan,” kata Ezam.

Tambahnya, rakyat perlu prihatin soal rasuah kerana ia bakal meruntuhkan sebuah tamadun secara keseluruhan.

"Jika membabitkan orang yang melakukan kesalahan itu sahaja, itu tak mengapa. Tapi, rasuah ini membawa masalah bagi orang lain," katanya, sambil bersandarkan hujah kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam seperti kemalangan bas yang heboh di media yang lalu.

Sementara itu, panelis kedua Naib Presiden PAS Dato' Husam Musa, dalam ucapannya telah mengambil kesempatan menyarankan supaya Ezam juga diberikan tempat di dalam Parlimen supaya beliau mudah memperjuangkan isu rasuah selama ini.

"Saya melihat kita perlukan lebih ramai pemimpin yang akan bercakap hal rasuah ini di dalam Parlimen. Sebab itu saya cadang beliau diberi tempat dalam pilihan raya untuk bertanding.

"Jika tidak, susah perjuangkan isu ini. Saya pula baru dengar ucapan Tengku Razaleigh dalam perhimpunan anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) baru-baru ini. Menurutnya, sumber Putrajaya berkata, seliter minyak naik 70 sen, termasuk gas dan tol nanti," katanya.

Tambahnya, kenaikan drastik itu ada kemungkinan dengan hutang kerajaan yang meningkat. Apakah semua ini mungkin terkait juga dengan gejala rasuah secara tidak langsung?

Dalam hal lain mengenai hal rasuah, Husam berkata gejala ini sudah berjangkit ke atas sistem kehakiman dan institusi polis itu sendiri.

"Ada hadis menyebut, bahawa umat terdahulu binasa kerana ada masalah ke atas kehakiman. Dan Sultan Azlan Shah pun menegur kehakiman negara. Tetapi, di negara ini sepertinya titah sultan itu sudah tiada harganya lagi.

"Dalam realiti kini, polis juga terjebak dengan amalan rasuah. Tapi, ada yang bertugas dengan baik seperti membanteras hal penyalahgunaan dadah,"katanya yang menyifatkan Melayu kini berada dalam generasi keempat dalam hal penyalahgunaan dadah itu.

Dalam kesempatan itu, beliau menyeru hadirin agar memberi sumbangan terhadap polis yang meninggal dunia ketika melakukan operasi ke atas sarang dadah baru-baru ini.

"Tetapi, apabila ketua polis itu ditanya mengenai nasib mereka, beliau berkata pihaknya akan menyiasat sama ada serbuan itu termasuk dalam operasi atau tidak. "Walhal, mereka berjuang untuk membanteras pusat operasi dadah,"kata Husam lagi.

Sementara itu, dalam ucapan penutup majlis berkenaan, Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub berkata, beliau tidak menolak kehadiran sekitar 1.2 juta pendatang asing ke negara ini berkait rapat dengan gejala rasuah.

"Malaysia sebagai pemimpin OIC tidak patut menindas saudara seagamanya dari negara lain.

"Warga asing beri wang kepada agen untuk bekerja, kemudian mereka ditipu. Tetapi, kita tak menolong menyelesaikan masalah ini,"katanya, sambil memberi kan contoh petikan dialog P. Ramlee yang menunjukkan amalan perniagaan manusia itu yang lebih membawa keuntungan.

Amalan rasuah yang gagal dibendung, menurut beliau, akan melahirkan negara yang mungkin diperintah oleh golongan samseng.

"Suatu masa dahulu ada sebuah filem bertajuk Walking Tall. Ia mengisahkan sebuah negara di mana pemimpinnya dilantik oleh orang jahat seperti mafia.

"Akhirnya tidak mustahil nanti kereta kita akan meletup, keluarga kita terus diburu, terancam oleh ugutan,"kata Salahuddin.

Mengakhiri majlis itu, Ezam berkata usaha membasmi rasuah, sulit kerana hakikat kelemahan dan ujian ke atas umat ini seperti mana yang telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri.

"Sabda baginda, di antara ujian ke atas umat ini adalah harta. Jadi, saya lihat hal ini benar juga kerana ujian seperti ini sudah terkena ke atas agensi agama yang menguruskan wang zakat.

"Sepatutnya, wang zakat itu boleh digunakan untuk membangunkan sekolah rendah dan lain-lain. Tetapi sekitar RM400 ribu telah digunakan pegawai agama untuk kepentingan peribadi," kata Ezam.
Category: News
Posted by: raja petra


Utusan Malaysia

Golongan bumiputera di negara ini perlu berani mempertahankan hak mereka bagi menghadapi pihak tertentu yang mahu semua keistimewaan ditarik balik dengan alasan matlamat pemilikan ekuiti 30 peratus telah tercapai.

Ahli Jawatankuasa Khas Hal Ehwal Pelajar Luar Negara UMNO, Senator Datuk Dr. Norraesah Mohamad (gambar) berkata, dakwaan berkenaan adalah tidak benar sama sekali kerana pemilikan ekuiti bumiputera sekarang hanya sebanyak 18.9 peratus.

Saya kesal kerana terdapat di kalangan bumiputera termasuk golongan terpelajar yang hanya mengambil sikap berdiam diri dengan angka salah yang diberikan pihak berkenaan.

Tindakan pihak terbabit yang menganggap pegangan ekuiti oleh kerajaan sebagai hak bumiputera adalah salah kerana kerajaan adalah hak semua kaum dan tidak boleh dianggap mewakili golongan pribumi sahaja, tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Motivasi Bangsa: Tahap Ekonomi Melayu dan Cabaran Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada Kursus Kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara di sini, hari ini.

Meningkat

Dalam pada itu, katanya, wujud perkembangan menggalakkan apabila golongan profesional bumiputera di negara ini telah meningkat kepada 38.8 peratus pada tahun 2005 berbanding hanya 28.9 peratus pada 2002.

Walaupun wujud peningkatan golongan profesional, kita masih lagi ketinggalan dalam bidang perniagaan dan pertanian yang seharusnya diberi tumpuan utama kerana ia akan membantu meningkatkan pendapatan kaum bumiputera dengan lebih pantas.

Jumlah purata pendapatan isi rumah golongan bumiputera yang meliputi 65 peratus daripada 26 juta rakyat negara ini ialah RM3,011 dan ia hanya akan dapat ditingkatkan dengan cepat jika mereka tidak terlalu bergantung kepada kerja makan gaji yang melibatkan kenaikan kecil setiap tahun, katanya.

Menurut Norraesah, pemilikan hartanah komersial oleh kaum bumiputera juga terlalu kecil iaitu hanya 10 peratus.

Kelemahan lain yang ketara ialah golongan bumiputera sangat sedikit terlibat dalam sektor yang menekankan kepada produktiviti dan nilai tambah yang tinggi, ujarnya.
Category: News
Posted by: raja petra


Salmiyah Harun
Harakahdaily


Harga minyak dijangka akan naik RM0.70 sen seliter selepas pilihan raya nanti, demikian dakwa Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa dalam Forum Rakyat 'Rasuah dan Jenayah: Malaysia di Ambang Bahaya di sini hari ini.

Beliau yang merupakan salah satu panelis dalam forum berkenaan mendapat sumber kenaikan harga petroleum itu daripada satu perbincangan yang diadakan di Putrajaya.

"Petroleum akan naik 70 sen seliter begitu juga gas, diesel dan tol pun akan turut naik," tegasnya di hadapan kira-kira 400 peserta yang mengikuti forum tersebut.

Beliau yakin, harga minyak akan naik berdasarkan penegasan Perdana Menteri bahawa harga minyak tetap naik kerana ia tidak boleh dielakkan, dalam satu mesyuarat yang dihadirinya.

Kenaikan harga minyak itu juga turut dinyatakan oleh Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaliegh Hamzah dalam satu jamuan hari raya anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) yang dipengerusikan oleh Dato' Paduka Ibrahim Ali.

"Tengku Razaliegh juga mendapat maklumat daripada kerajaan bahawa pilihan raya akan diadakan dengan segera dan kerajaan pada dasarnya telah memberi persetujuan petroleum akan naik, tetapi tidak disebut berapa sen," kata Husam.

Forum rakyat pada awalnya akan dibarisi panelis termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bagaimanapun beliau memberitahu tidak dapat hadir kerana dikatakan sibuk dengan persiapan Pehimpunan Agung Umno.

Ketua Whip Ahli Parlimen Salahuddin Ayub mengambil inisiatif mengadakan forum ini atas dasar keprihatian beliau terhadap isu-isu berat terutama rasuah dan jenayah yang sudah menjadi darah daging rakyat negara ini.

Turut sama dijemput sebagai panelis Pengerusi Gerak Ezam Mohd Noor, dan Ketua Penerangan PAS Pusat Mahfuz Omar sebagai Moderator yang menggantikan Prof Dr Muhammad Agus Yusoff.
Category: News
Posted by: raja petra


(Bernama) -- Cadangan mengenakan caj bagi kenderaan yang memasuki bandaraya Kuala Lumpur adalah antara beberapa perkara yang akan dibincangkan pada program "retreat" tiga kementerian di sini pada 27 Nov nanti.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata "retreat" bagi membincangkan isu-isu berkaitan kesesakan lalu lintas dan perkhidmatan pengangkutan awam di ibu negara itu membabitkan para pegawai daripada kementerian beliau sendiri, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya.

Bercakap kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri peringkat Parlimen Setiawangsa di Pusat Khidmat Umno Setiawangsa di sini hari ini, Zulhasnan berkata cadangan mengenakan caj masuk ke Kuala Lumpur masih belum dibincangkan di peringkat kementerian.

"Ia (cadangan itu) masih dibincangkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kita akan mengkaji dan berbincang perkara itu pada "retreat" itu yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Hotel Palace of Golden Horses," katanya.

Zulhasnan berkata isu-isu lain yang bakal dibincangkan termasuk urusan perjalanan lebih 1,600 bas awam di Kuala Lumpur di mana kamera mungkin akan dipasang di atas kenderaan itu bagi memantau keadaan lalu lintas.

"Beberapa tahun lalu telah dilaksanakan laluan khas bagi bas untuk melancarkan trafik namun kaedah itu mungkin kurang efektif, jadi kita hendak tengok cara terkini bagi melancarkan trafik termasuk meletakkan kamera di atas bas.

"Mungkin maklumat itu dapat disalurkan kepada ITIS (Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu) dan juga PDRM (Polis Diraja Malaysia). Langkah menaik taraf ITIS juga akan dibincangkan ketika "retreat" itu," katanya.

Katanya cadangan-cadangan daripada Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Kerja Alam DBKL mengenai kawasan bermasalah di Kuala Lumpur akan turut dibincangkan.