Abdul Halim Mohd Rashid
Harakahdaily
Antara yang tidak saya lupakan pada hari Perhimpunan Aman Bersih pada 10 November lalu bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bersih ialah kata-kata bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang, Wee Choo Keong.
Menurut Wee, keganasan polis untuk menyuraikan perhimpunan tersebut menunjukkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jauh lebih baik dari Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Wee mengakui, Dr Mahathir juga menggunakan keganasan polis untuk menumpaskan demonstrasi zaman Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu. Tetapi, katanya lagi, pada masa itu Dr Mahathir berhadapan dengan protes. Dalam hati saya berkata, semua orang tahu pada masa itu Dr Mahatahir adalah sasarannya. Undur Mahathir slogan yang sangat popular pada masa itu. Saya pun melaungkan slogan itu, walaupun saya tidak pernah menyertai demonstrasi Reformasi malah sangat berterima kasih dengan tindakan Dr Mahathir memecat Anwar.
Terus-terang dan Allah Maha Tahu, sejak dari Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi saya berharap Abdullah yang akan menjadi Perdana Menteri negara ini. Saya mahu kedua-dua Dr Mahathir dan Anwar hilang lenyap dari puncak kuasa.
Pada masa itu, saya kabur dengan panggilan Mr Clean kepada Abdullah. Mana tak kabur, bila bersembang fasal politik wang dengan orang-orang Umno pada masa itu, saya tak ingat seorang pun yang kata Abdullah terlibat. Yang lain, tak payah cakaplah.
Hari ini, terasa benar Abdullah lebih teruk dari Dr Mahathir. Malah, kadang-kadang saya terasa Abdullah sebenarnya penghimpun segala keburukan. Saya hanya terasa begitu. Saya tak tuduh kerana saya pun tak ingat sebanyak mana koleksi keburukan Abdullah.
Tetapi, apabila melihat reaksinya ketika berhadapan dengan Perhimpunan Aman Bersih, saya terasa benar betapa tidak bermutunya Abdullah untuk menjadi Perdana Menteri negara ini. Walaupun Perdana Menteri tidak datang dari parti yang saya sokong, tetapi itu tidak bermakna saya boleh menerima Perdana Menteri yang bingai dari parti lain.
Abdullah menuduh pembangkang mencabar undang-undang. Cabar undang-undang? Perhimpunan itu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Memorandum pula dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong dan diterima oleh Baginda. Lebih dari itu, penganjur perhimpunan memohon permit untuk berhimpun.
Siapa yang cabar siapa? Bukankah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang cabar pembangkang supaya mengambil tindakan itu? Dah berapa kali berunding sehingga ada pemimpin pembangkang yang lembik tengkuk dengan permainan kata-kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan mengajak orang lain turut mempercayainya.
Ada yang memberitahu, kononnya Abdul Rashid suka PAS menghentamnya. "Kalau tak, nanti Umno syak dia sokong pembangkang pula," begitulah diceritakan kepada saya. Saya teringat SB yang menyoalsiasat saya dahulu. "Saya ni Cik bakar, adik-beradik saya semua PAS. Mak ayah penyokong PAS. Tapi dah rezki saya nak kerja polis dan terpaksa siasat orang PAS pula," kata SB itu. Siapa yang percaya permainan kata-kata SB itu, angkat tangan!
Selepas itu, silalah beriman kepada permainanan kata-kata Abdul Rashid.
Malang sungguh orang-orang yang terpedaya dengan permainan kata-kata SPR. Ketagih sangat nak berunding dengan SPR.
Adakah mereka tidak tahu sifat Pengerusi SPR? Bukan baru, malah 14 Januari lalu Harakah menyiarkan berita penipuan Abdul Rashid. Berita yang dengan sendirinya membuktikan bahawa pemimpin pembangkang memang berusaha untuk berunding dengan SPR melaporkan:
Salahuddin juga mendedahkan apa yang disifatkannya sebagai pembohongan Pengerusi SPR itu.
"Kira-kira lima bulan yang lalu, Haji Mohamad Sabu, Dr Syed Azman (Syed Nawawi), Hanifah Mydin dan saya sendiri berjumpa dengan Abdul Rashid untuk menyerahkan memorandum tiga perkara yang menuntut dibersihkan daftar pemilih, menghapuskan undi pos dan celup jari selepas mengundi untuk mengelakkan penipuan.
"Sebelum kami berjumpa (dengan Abdul Rashid), DAP terlebih dahulu berjumpa dengannya. (Setiausaha Agung) DAP, Lim Guan Eng memberitahu kami bahawa Abdul Rashid telah memberitahu mereka bahawa PAS membantah (sistem) celup jari kerana bertentangan dengan Islam.
"Apabila kami bertemu Abdul Rashid, kami soal dia, betul dia kata begitu? Dia kata bukan PAS kata, ulama India kata. Inilah lidah biawak, lidah bercabang," beliau mengecam Pengerusi SPR itu.
Kalau di dalam perundingan pun berbohong, apa jaminan tidak tipu dalam pilihan raya? Siapa cabar siapa? Pembohong atau yang dibohongi? Orang Putih kata, "Once a liar, always a liar". Pembohong terpaksa terus berbohong untuk menyembunyikan pembohongannya yang lalu.
SPR tak mungkin akan mengakui ia menipu. Tetapi saya tak lupa apa yang dibangkitkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Menurut beliau, pilihanraya umum 2004, menyaksikan undi yang dipungut oleh calon-calon Barisan Aternatif (BA) di seluruh Terengganu hanya merosot sebanyak 9,103 undi.
Dalam tahun 1999, katanya, BA menerima 180,239 undi manakala dalam tahun 2004 pula 171,136 undi. Perbezaannya hanya 9,103 undi sahaja. Jumlah kemorosotan ‘undi rakyat’ itu sangat kecil dan tidak memungkinkan Umno dan Barisan Nasional (BN) memerintah Terengganu.
"Bagaimana Umno boleh menang?" soal beliau.
Beliau mendedahkan, selepas pilihanraya 1999, ada ‘pihak tertentu’ telah membawa masuk orang bukan Terengganu untuk mendaftar sebagai pengundi di Terengganu. Terengganu menyaksikan kenaikan peratus pengundi yang luar biasa dalam tempoh tiga tahun berkenaan, iaitu sebanyak 17.7 peratus "dan ini jauh melebihi purata kebangsaan".
Pengundi baru, kata beliau, bertambah sebanyak 68,585 orang. Undi BA merosot sebanyak 9,103 undi tetapi undi BN meningkat sebanyak 93,249 undi berbanding 1999, katanya lagi.
"Jika kita tolak 9,103 undi yang dulunya mengundi BA dan sekarang mengundi BN (93,249 tolak 9,103 = 84,146). Undi BN tidak termasuk pertambahan ‘undi rakyat’ sebanyak 9,103 undi tadi telah meningkat sebanyak 84,146 undi!
"Angka ini melebihi angka pertambahan pengundi baru seramai 68,585 orang! Misteri ini tidak dapat dijawab walaupun mengambil kira pertambahan secara mendadak peratus keluar mengundi iaitu sebanyak 25.1% berbanding pilihanraya sebelumnya. Jika semua peratus keluar mengundi yang bertambah dilonggokkan untuk BN, iaitu seramai 11,279 undi, masih belum dapat menjawab bagaimana Umno/BN mendapat pertambahan sebanyak 84,146 undi berkenaan," Exco Kerajaan Kelantan itu mendedahkan.
Dan, sehingga kini masih belum terjawab soalan Husam: "Bukankah ini semua meninggalkan misteri yang perlu dijawab oleh SPR?"
"Apatah lagi, jika kita menyemak semula senarai pengundi di Terengganu berasaskan kod kad pengenalan, kita dapati seramai 70,602 orang pengundi adalah bukan dilahirkan di Terengganu tetapi mendaftar di Terengganu.
"Adakah ini bermakna Umno/BN menang di Terengganu dengan satu ‘operasi khas’ dan bukan dengan suara rakyat?" kata Husam.
SPR harus menyahut cabaran semua pihak untuk memberikan jawapan pada isu-isu yang sangat penting ini, katanya lagi.
Perdana Menteri, siapa cabar siapa? Pembohong atau yang dibohongi?
Oleh kerana jerkah tempiknya "saya pantang dicabar" ternyata tidak laku seduit pun dalam pasaran politik malah menjadi bahan persendaan pula, terutama dari penyokong-penyokong Dr Mahathir yang berkali-kali mencabar Perdana Menteri, dituduhnya pula pembangkang cuba mengheret raja-raja ke kancah politik.
Husam dah jawab. Dalam posting bertajuk "Agong jangan diugut", Husam bertanya, "Pembangkang cuba heret Agong ke kancah politik atau Perdana Menteri cuba ugut Agong jangan bersihkan perjalanan pilihanraya seperti tuntutan Bersih?"
Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar pula menyifatkan kenyataan Perdana Menteri itu sebagai tindakan memperkecilkan pemikiran dan kedudukan raja-raja.
Bagai biasa, tak cukup dengan lolongan Perdana Menteri, kaki-kaki ampu juga berebut-rebut mengeluarkan kenyataan. Tetapi yang paling tidak benar ialah kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Musa mendakwa, polis tidak guna kekerasan.
Apakah takrif guna kekerasan pada Musa? Adakah guna peluru hidup seperti di Batu Burok barulah dianggap menggunakan kekerasan? Belasah kanak-kanak dan wanita tak kasar? Wartawan yang menjalankan tugas pun dipukul. Tak payah sebutlah semburan air laknat dan tembakan gas musibat.
Musa juga mendakwa kanak-kanak diperalatkan dan tindakan tegas akan diambil. Cukuplah Datin Paduka Marina Mahathir menjawabnya dalam posting beliau bertajuk "Spin, spin, spin..." Latar belakang posting itu berwarna kuning.
Musa merungut, ibu bapa yang membawa kanak-kanak itu sepatutnya tahu bahaya melibatkan kanak-kanak dalam perhimpunan itu. Sedap jawapan Marina bila Musa kata bahaya. "Only if the police start firing teargas and watercannons. Otherwise, perfectly safe," kata beliau. (Hanya apabila polis mula menembak gas pemedih mata dan meriam air. Jika tidak, selamat sepenuhnya).
Musa juga menuduh ibubapa yang membawa anak-anak mereka ke perhimpunan itu sebagai tidak berperikemanusiaan. Kenapa? Kerana polis hendak bertindak tegas? Boleh terangkan perbezaan bertindak tegas dan bertindak ganas?
Sehingga beberapa bulan lalu saya tidak suka mengecam Musa. Hari ini pun saya tak mahu mengecam beliau. Saya hanya hendak bertanya.
Sebelum ini, Tan Sri, saya terbaca akuan bersumpah ASP Mior Fahim Ahmad. Berdasarkan surat sumpah itu dan apa yang didakwa oleh Datuk Ramli Yusof, saya ingin bertanya apakah tindakan yang akan diambil jika BK Tan dan Tengku (Goh Cheng Poh) serta gerombolan mereka yang berhimpun di Dataran Merdeka?

Oleh ’Deep Throat’ Sabah
Ketika Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail sedang bertungkus-lumus memperjuangkan tuntutan kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Batu Putih di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang sebelum ini terpenjara dengan 81 tuduhan rasuah telah dibebaskan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Pengarah BPR Sabah, Hajjah Latifah Md Yatim, mendakwa pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap dakwaan itu dan mendapati tidak ada kes untuk diambil tindakan selanjutnya.
”Siasatan telah dijalankan BPR Sabah dan terbukti tidak ada kes. Kita (BPR Sabah) ikut seperti yang diputuskan oleh Peguam Negara iaitu tidak ada kes,” ujar Latifah dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kota Kinabalu.
Ramai yang terkesima dan kecewa dengan pengumuman rasmi daripada seorang Pengarah BPR (Latifah) yang sebelum ini takut untuk menerima laporan rasmi yang dibuat oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Datuk Dr Jeffrey Kitingan sehingga mendorong Jeffrey membuat tiga laporan polis pada masa yang berasingan di Balai Polis Karamunsing yang mengandungi 81 tuduhan.
Sejak daripada itu, Musa terpenjara di dalam kurungan ciptaan Jeffrey sehingga rakyat memandang rendah kepada Musa yang terlibat dengan pelbagai skandal rasuah, seks, pecah amanah dan salah guna kuasa yang disiarkan di laman web Malaysia Today dan diceduk lebih 200 laman web lain.
Namun kerana wang yang berada dikoceknya, hasil daripada rampasan wang rakyat melalui jalan pembelitan, Musa telah berjaya membeli Menteri yang menjaga Undang-Undang di Parlimen, Dato’ Seri Mohammad Nazri Abdul Aziz untuk mencanangkan di Parlimen bahawa Musa tidak bersalah dan bersih daripada kesalahan rasuah.
Namun, agak aneh kerana media arus perdana tidak menyiarkan kenyataan Nazri di parlimen sehingga memaksa TV3 yang dimiliki oleh Media Prima (Korporat Umno) telah diperalat oleh Musa untuk mewar-warkan bahawa Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Said Hamdan menyatakan bahawa Musa Aman tidak pernah disiasat BPR dan tidak ada kes untuk mendakwa Musa.
Bagaimanapun agak aneh kerana sehingga hari ini, Ahmad Said yang terkenal dengan sikap diamnya tidak memberi sebarang penjelasan atau pengumuman kepada media sekalipun ketika TV3 menyiarkan berita berkenaan, beliau tidak dapat dihubungi kerana bertugas di luar kawasan.
Lebih menyeronokkan, Skandal Pembebasan Musa tercetus selepas Ahmad Said menerima pingat tertinggi kebesaran kerajaan negeri Sabah, Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima sempena Ulangtahun Yang Di Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmad Shah yang ditunda daripada 16 September kepada 27 Oktober 2007.
Selain Ahmad Said, Mantan Pengarah BPR Sabah, Mohd Shukri Abdull yang diamanahkan menjalankan siasatan khas ke atas Musa Aman turut menerima anugerah pingat ’Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) yang membawa gelaran Datuk.
”Ketua Pengarah BPR tidak patut menerima pingat S.P.D.K. atau apa juga pingat kerana BPR masih menyiasat Musa Aman dan jika kempunan sangat pingat berkenaan, boleh menerima pingat selepas siasatan kes selesai. Beliau telah mencemar imej BPR yang sebelum ini apabila Ketua Pengarahnya (Zulkifli Mohd Noor) terjebak dalam skandal rasuah, seks dan salahguna kuasa,” ujar seorang peguam kanan.
Kata Peguam Kanan berkenaan, dalam kes berprofil tinggi seperti ini, adalah menjadi ’taboo’ kepada penjawat awam untuk menerima sebarang kurniaan pingat, tanah atau apa sahaja kerana boleh menghilangkan keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan dan melunturkan imej BPR yang cuba untuk ditelus dan dituluskan semula oleh Ahmad Said.
”Bukan dia tidak boleh terima pingat. Boleh. Tapi masa tidak sesuai. Sebagai Ketua Penguatkuasa, Ahmad Said patut hindarkan diri daripada terima pingat dari negeri yang dia sedang siasat. Saya rasa dia layak dapat Tun kerana dialah satu-satunya Ketua Pengarah yang berjaya dihasilkan BPR,” ujar Peguam Kanan berkenaan yang mengkagumi personaliti Ahmad Said kini yang terperangkap dengan Skandal Pingat.
Manakala Dr Jeffrey Kitingan ketika ditemui dalam satu wawancara khas dengan Malaysia Today di Ranau, Sabah, agak terkejut dengan pengumuman Nazri di Parlimen dan Pengarah BPR Sabah.
”Tutup kes? Saya rasa mungkin mereka silap. Saya belum dipanggil beri keterangan macam mana boleh tutup kes? Saya janji jumpa BPR pada 14 November 2007. Sekarang baru 10 November (ketika wawancara),” ujar Jeffrey yang masih beranggapan bahawa Pengarah BPR Sabah dan Nazri tersilap fakta ketika membuat pengumuman rasmi.
Tegas Jeffrey, Skandal Wisma Bandaraya adalah Skandal Rasuah yang paling jelas dan mudah difahami sekalipun oleh kanak-kanak sekolah dan orang awam.
”Musa sebagai Ketua Menteri dan Menteri Kewangan Sabah tahu bahawa adalah menjadi kesalahan dan terdapat kes yang melampaui keraguan munasabah, kerana beliau secara sedar telah meluluskan perpindahan pejabat Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat ke bangunan miliknya,” ujar Jeffrey yang mendesak Ketua Pengarah BPR membuat kenyataan rasmi.
Kata Jeffrey, wang sewa dibayar oleh Kementerian Kewangan Sabah kepada syarikat milik Musa sendiri, Bestco Sdn.Bhd melalui Henry Butcher Sdn.Bhd.
”Saya rasa BPR tidak perlu bekerja keras kerana isteri Musa, Datin Faridah Tussin adalah Pengarah Syarikat Bestco dan Musa sendiri merupakan pemegang saham syarikat berkenaan. Semua maklumat ini mudah didapati daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),” tegas Jeffrey lagi yang menyifatkan BPR cuba menutup mata dengan mengatakan Musa tidak ada membuat sebarang arahan bertulis.
Jeffrey menekankan, rasuah tidak perlu dizahirkan dalam bentuk tulisan atau arahan bertulis, sebaliknya segala perlakuan salahguna kuasa adalah rasuah yang nyata terutama apabila menggunakan kedudukannya untuk mengaut untung dengan menyewakan bangunan miliknya kepada kerajaan.
Manakala geran hak milik tanah tapak bangunan berkenaan, kata Jeffrey, didaftarkan atas nama Bestco Sdn.Bhd yang diambil alih secara songsang daripada Koperasi Belia Sanya Berhad (Kosan) dan boleh menjadi asas siasatan bagaimana tanah penting berkenaan dilupuskan kepada syarikat Musa dengan harga yang murah.
”Bagi kes balak, saya rasa ada kekeliruan dan pegawai BPR belum terlatih. Bukti kekal berada di dalam hutan iaitu tunggul kayu dan bukannya balak dikilang yang telah digergaji. Memang tidak ada nama Musa di atas kayu balak atau papan bergergaji berkenaan, tetapi kenapa anak Musa, Hafiz kerap keluar negara bersama taukeh balak seperti Admund Looh?,” kata Jeffrey yang meminta BPR tidak menjalankan siasatan sambil lewa dan asal siap sebagaimana yang diamalkan oleh Polis DiRaja Malaysia.
Sehubungan itu, Jeffrey berharap agar Ketua Pengarah BPR sendiri yang datang mengambil keterangannya pada 14 November 2007 dan bukannya Pengarah BPR Sabah atau pegawai rendah yang gerun dengan pengaruh Musa.
”Lagipun tidak ada gunanya saya memberi keterangan jika kes ini sudah diputuskan sebelum perbicaraan? Jika mereka benar-benar ingin menjalankan siasatan, saya bersedia memberi keterangan pada bila-bila masa.Tapi apakah mereka akan menggunakan maklumat yang saya beri untuk memerangkap saya dengan pelbagai helah sebagaimana terjadi dalam kes rasuah Ketua Polis Negara?,” tanya Jeffrey yang bimbang jika BPR tidak menunaikan janjinya untuk melindungi saksi.
Jeffrey mengakui akan hadir, namun belum memutuskan sama ada mahu memberi keterangan di pejabat BPR atau di mahkamah.
”Sebagai rakyat biasa, tugas saya melaporkan kejadian rasuah atau amalan rasuah sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997. Tetapi bukti telah saya beri dan saya rasa tidak ada apa lagi yang perlu saya jelaskan melainkan sekadar memenuhi prosedur siasatan,” ujar Jeffrey yang berterima kasih kepada sebuah akhbar tempatan Sabah yang berani menyiarkan kenyataannya yang sebelum ini seringkali mengalami sindrom media ’black-out’.
Kata Jeffrey, jika 81 dalil belum mencukupi, beliau akan menambah lagi kerana beliau mempunyai koleksi lebih 500 lagi tuduhan rasuah terhadap Musa Aman.
”Saya tidak fail sekarang kerana 81 tuduhan pun belum siasat, macam mana nak fail tuduhan baru? Yang sudah dilapor itu jika betul mahu siasat tiga tahun pun tidak siap,” ujar Jeffrey yang agak kesal kerana BPR ternyata hanya mengulangi watak lamanya dengan menangkap ’ikan bilis’ kerana gentar dengan keganasan ’jerung’.
Kata Jeffrey lagi, mengikut peraturan yang berkuat kuasa, beliau boleh melaporkan kes rasuah terus ke balai polis kerana protokol BPR begitu merumitkan.
”Saya mau rakyat tahu bahawa Ketua Menteri Sabah adalah pengamal rasuah dan kerap menyalahguna kuasa sebaik sahaja laporan dibuat. Soal kerahsiaan atau mengganggu siasatan tidak timbul kerana semua dokumen bukti tersimpan rapi di pejabat yang terlibat atau disimpan secara ’online’,” ujar Jeffrey yang jelak dengan alasan BPR yang melarangnya mendedahkan maklumat rasuah kepada umum.
Perjuangan menentang rasuah, tegas Jeffrey, bukanlah perjuangannya seorang, malah seluruh rakyat Sabah mengutuk amalan rasuah yang semakin menjadi-jadi di zaman Musa Aman.
”Kerajaan Sabah yang sudah lama bankrap kerana diterajui pemimpin yang mengamalkan korupsi sebagai budaya pemerintahan, sudah tentu tidak mampu bertahan pada pilihanraya akan datang,” ujar Jeffrey yang mengajak rakyat Sabah mengajar Pak Lah yang begitu liat untuk mengambil tindakan terhadap Musa Aman.
Dalam pada itu, sumber terdekat Ketua Pengarah BPR, berkata media tersilap membuat laporan berhubung kes Musa Aman.
”Datuk Seri Ahmad Said tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi dan mengambil sikap berdiam diri. Tunggu masa yang sesuai beliau akan umumkan,” ujar pegawai kanan BPR secara ringkas setelah didesak Malaysia Today menyatakan pendirian kerana masyarakat umum berpandangan Ahmad Said menutup kes Musa Aman setelah menerima pingat S.P.D.K daripada Kerajaan Negeri Sabah.
Menurut pegawai kanan berkenaan, kes yang ditutup adalah kes yang dilaporkan oleh orang perseorangan yang lain yang mendorong serbuan BPR ke atas operasi pembalakan haram di Keningau dan bukannya 81 tuduhan yang difailkan Dr Jeffrey Kitingan, namun enggan mengulas lanjut bagi mengelak spekulasi media.
”Saya tidak fikir Datuk Seri Ahmad Said akan menutup kes Musa Aman kerana kami telah menyiapkan siasatan Kes Wisma Bandaraya yang telah diserahkan kepada Pak Lah untuk restu sebelum sebarang tindakan diambil,” ujar seorang lagi pegawai BPR yang telah menyiapkan siasatan dan geram kerana media memutarbelit kenyataan Ketua Pengarahnya.
Persoalannya, kenapa Ahmad Said berdiam diri sehingga kini dan hanya membiarkan jurucakapnya, Latifah memberi kenyataan yang membingungkan semua pihak?
Namun jawapannya mungkin ada pada Gani Patail yang sedang ’berdeepavali’ selama satu bulan di The Hague, Belanda setelah ’Macai’ Datuk Anifah Aman (adik Musa Aman) iaitu Robert Tan telah bertemu dengan ’Manager’ Gani Patail, Stanley Chang untuk merundingkan ’pembebasan’ Musa Aman tanpa perlu menjalani perbicaraan mahkamah.
Siapa Stanley Chang yang begitu berpengaruh melebihi kuasa Menteri Dalam Negeri? Jawapannya dalam artikel akan datang bertajuk,”Di Mana Ada Gani Patail, Di Situ Ada Stanley.”
Bagi memberi gambaran sebenar 81 tuduhan rasuah yang telah difailkan Jeffrey Kitingan, Malaysia Today menghuraikannya secara ringkas mengikut tuduhan agar umum dapat menilai apakah terdapat kes yang melampaui keraguan munasabah terhadap Musa Aman atau sekadar surat layang?.
Kandungan Laporan Polis Jeffrey:
Saya, DATUK DR JEFFREY @ GAPARI KATINGAN @ GEOFFREY KITINGAN No. KPT: 471022-12-5367 membuat laporan polis ini atas kapasiti saya sebagai Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat dan Pembayar Cukai yang merasakan adalah menjadi tanggung jawab saya melaporkan kegiatan Jenayah, Pecah Amanah, Salah Laku, Salah Guna Kuasa dan Rasuah agar pihak POLIS dapat menjalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap KETUA MENTERI SABAH, DATUK SERI MUSA HAJI AMAN, merangkap MENTERI KEWANGAN SABAH merangkap Ketua Perhubungan UMNO Sabah yang secara sedar telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1) , (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960; Seksyen 4 (1) (a), (b) Bahagian II, Akta 613 AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM 2001; Akta 372, Akta Bank & Institusi Kewangan 1989; Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan sebagainya. Kenyataan Lengkap saya disertakan bersama ini.
Tuduhan 1:
Membuat pengakuan palsu kepada Perdana Menteri mengenai pengisytiharan harta yang boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan (FMS Cap.45) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 193 kerana TIDAK mengisytiharkan kepentingannya di dalam BESTCO SDN. BHD. iaitu sebagai Pemegang Saham Utama iaitu 840,000 unit daripada modal berbayar RM1.4 juta dan isterinya, DATIN FARIDAH HAJI TUSSIN sebagai Pengarah syarikat berkenaan mulai 12 Julai 1999 iaitu pemilik berdaftar tapak tanah dan bangunan yang di atasnya didirikan bangunan WISMA BANDARAYA.
Tuduhan 2:
Ketika menjadi Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah (2000) telah mempengaruhi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, DATUK RUBIN BALANG (APRIL 1999-MAC 2001) agar melepaskan hakmilik tanah TL 017539856 seluas 3,564.8 meter persegi (0.356 hektar) di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu yang didaftarkan di atas nama KOPERASI SERBAGUNA SANYA BHD yang terletak di bawah bidang kuasa Datuk Rubin kepada BESTCO SDN. BHD tanpa melalui sebarang tender dan pada harga paling rendah di pasaran setelah beberapa percubaannya sebelum ini gagal kerana ditolak oleh LEMBAGA PENGARAH KOPERASI SERBAGUNA SANYA BHD.
Tuduhan 3:
Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003), telah mempengaruhi Ketua Menteri Sabah, Datuk Chong Kah Kiat agar mengarahkan Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat berpindah ke bangunan milik syarikatnya, WISMA BANDARAYA sedangkan pada ketika itu Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi maklumat berpejabat di bangunan milik Kerajaan Negeri, Wisma MUIS secara PERCUMA.
Tuduhan 4:
Ketika menjadi Ketua Menteri Sabah (2007) telah bersubahat dengan Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, DATUK YEE MOH CHAI telah mempengaruhi Lembaga Pengarah dan Pengerusi Sabah Energy Corporation, AU KAM WAH (Wakil Rakyat Elopura), subsidiari Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat agar berpindah daripada WISMA BOON SIEW yang selesa dan murah ke WISMA BANDARAYA pada 1 Februari 2007 yang kadar sewanya lebih mahal dan tidak mempunyai cukup ruang untuk menampung jumlah kakitangan yang ramai.
Tuduhan 5:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah untuk mempengaruhi Malayan Banking Berhad memberi pinjaman bank sejumlah RM14.615 juta pada 25 September 2000 setelah mencagarkan tanah TL 017539856 yang dipindah milik pada hari yang sama dengan tarikh pindah milik daripada KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD kepada syarikatnya BESTCO SDN.BHD.
Tuduhan 6:
Ketika menjadi Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah telah menyalahgunakan kedudukannya mengikut Seksyen 2(2) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu, Darurat, 1970) untuk melengahkan membayar CUKAI TANAH sejumlah RM264,000 yang tertunggak sejak 1992 walaupun empat notis telah dikeluarkan kepada syarikatnya, BESTCO SDN.BHD setelah mengambil alih hakmilik tanah KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD. Seronoknya menjadi Ketua Menteri dan Menteri Kewangan kerana tidak perlu membayar Cukai Tanah sedangkan tunggakan cukai tanah milik rakyat biasa RM1,000 sudah diambil tindakan, namun tanah milik Musa sudah tertunggak cukainya sejumlah RM264,000, namun tidak ada sesiapa yang berani ’MELELONG’ tanah berkenaan bagi memungut cukai setelah notis tidak diendahkan.
Tuduhan 7:
Ketika menjadi Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah (2000), telah mempengaruhi Pengerusi dan Lembaga Pengarah KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD melepaskan pegangan ke atas hakmilik tanah berkenaan sedangkan sebelum ini tidak dipersetujui oleh Lembaga Pengarah KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD kerana tidak melalui tender dan tawaran pada harga yang rendah.
Tuduhan 8:
Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2000), telah menyalahgunakan kedudukannya mengikut Seksyen 2(2) Ordinan 22 (1970) mempengaruhi Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Sabah membenarkan penjualan tanah milik KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD melupuskan pegangan ke atas tanah berkenaan sedangkan sebelum ini tidak dipersetujui oleh Lembaga Pengarah KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD.
Tuduhan 9:
Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003), telah menyalahgunakan kedudukannya mengikut Seksyen 2(2) Ordinan 22 (1970) mempengaruhi PENGERUSI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI untuk membuat keputusan memindahkan operasi LHDN daripada Wisma Persekutuan dan Bangunan KWSP ke WISMA BANDARAYA sedangkan banyak bangunan pejabat milik Kerajaan Persekutuan Kosong.
Tuduhan 10:
Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003), telah menyalahgunakan kedudukannya mengikut Seksyen 2(2) Ordinan 22 (1970) mempengaruhi PENGARAH JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN (ROS) untuk membuat keputusan memindahkan operasi daripada Bangunan Pejabat Pos ke WISMA BANDARAYA sedangkan banyak bangunan pejabat milik Kerajaan Persekutuan Kosong.
Tuduhan 11:
Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003), telah menyalahgunakan kedudukannya mengikut Seksyen 2(2) Ordinan 22 (1970) mempengaruhi PENGARAH LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA) untuk membuat keputusan memindahkan operasi daripada Sembulan ke WISMA BANDARAYA sedangkan banyak bangunan pejabat milik Kerajaan Persekutuan Kosong.
Tuduhan 12:
Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2000), telah menyalahgunakan kedudukannya mengikut Seksyen 2(2) Ordinan 22 (1970) mengarahkan pengambil alihan hutang KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD di RHB BANK BERHAD oleh anak syarikat Kementerian Kewangan Sabah, DANAHARTA MANAGERS SDN.BHD .
Tuduhan 13:
Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003) dan KETUA MENTERI SABAH (2004 hingga kini) telah menyalahgunakan kedudukannya menerima lebih RM9.429 juta dalam bentuk sewa bangunan sejak 2003 oleh Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat dan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia yang dibayar kepada BESTCO SDN.BHD oleh Kementerian Kewangan Sabah dan Musa adalah Menteri Kewangan Sabah.
Tuduhan 14:
Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003) dan KETUA MENTERI SABAH (2004 hingga kini) telah menyalahguna-kan kedudukannya menerima lebih RM20 juta dalam bentuk sewa bangunan oleh LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI, FAMA dan JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN.
Tuduhan 15:
Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003) telah bersubahat dengan Ketua Menteri Sabah DATUK CHONG KAH KIAT (Tan Sri) dan Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, DATUK YEE MOH CHAI meluluskan kontrak ubahsuai bangunan pejabat Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat serta Jabatan Pembangunan Sumber Manusia bernilai RM5 juta tanpa melalui tawaran tender sedangkan ianya memberi nilai tambah kepada WISMA BANDARAYA.
Tuduhan 16:
Ketika menjadi Ketua Menteri Sabah (2007) dan Menteri Kewangan Sabah (2007) telah bersubahat dengan Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, DATUK YEE MOH CHAI dan PENGERUSI SABAH ENERGY CORPORATION (SEC) meluluskan kontrak ubahsuai bangunan pejabat baru SEC di Tingkat 1,2 dan 3 Wisma Bandaraya bernilai lebih RM5 juta tanpa melalui tawaran tender sedangkan ianya memberi nilai tambah kepada WISMA BANDARAYA.
Tuduhan 17:
Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003 hingga kini) dan Ketua Menteri Sabah (2004 hingga kini) secara sedar telah gagal menjimatkan Kewangan Kerajaan Negeri Sabah dengan melakukan pentadbiran songsang terhadap akauntabili Kerajaan Negeri setelah ’mengarahkan’ Kementerian dan Jabatan dan subsidiari berpindah ke bangunan persendirian MILIKNYA sehingga kerajaan terpaksa berbelanja lebih, sedangkan bangunan kerajaan dibiarkan kosong berbanding dengan semua Jabatan Persekutuan yang diarah berpindah ke Mini Putrajaya untuk menjimatkan belanja mengurus dan meningkatkan kecekapan.
Tuduhan 18:
Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2000) telah menyalahgunakan kedudukannya untuk mempengaruhi Jawatankuasa Pembangunan Daerah Kota Kinabalu, Majlis Perbandaraan Kota Kinabalu, Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar untuk meluluskan Pelan Pembangunan WISMA BANDARAYA walaupun bercanggah dengan peraturan yang sedia ada iaitu ketinggian bangunan yang akan dibina tidak boleh lebih tinggi daripada bangunan di belakangnya iaitu CENTURY HOTEL yang terlindung daripada pandangan dan menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi.
Tuduhan 19:
Ketika menjadi Ketua Menteri Sabah (2004) telah menyalahgunakan kedudukannya untuk melantik salah seorang ahli lembaga Pengarah KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD yang juga Pengerusi Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS), DATUK MASIDI MANJUN sebagai MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN sebagai membalas budi membantunya mendapat kelulusan Lembaga Pengarah KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD melupuskan hakmilik tanah TL 017539856 iaitu tapak WISMA BANDARAYA.
Tuduhan 20:
Ketika menjadi Ketua Menteri Sabah (2004) dan Menteri Kewangan Sabah telah memperdaya KABINET NEGERI SABAH dengan tidak menyatakan kepentingannya sebagai pemegang saham utama BESTCO SDN. BHD, pemilik WISMA BANDARAYA dan telah PECAH AMANAH sebagai Menteri Kewangan kerana telah membayar kepada dirinya sendiri dan memperoleh keuntungan daripada urusniaga penyewaan bangunan.
Tuduhan 21:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah ’mendesak’ Kabinet Negeri Sabah meluluskan Kontrak Pengswastaan Skim Bekalan Air Sandakan Fasa II Secara ’Design & Build’ kepada syarikat proksinya, CITY BEST CORPORATION SDN.BHD. bernilai RM450 Juta. Musa secara sedar mengetahui bahawa syarikat berkenaan TIDAK MEMPUNYAI PENGALAMAN dan modal untuk menjalankan projek berkenaan melainkan surat jaminan kredit sejumlah RM500 Juta dari-pada United Overseas Bank (Malaysia) Berhad. Ketika itu syarikat berkenaan masih mempunyai pinjaman sejumlah RM3.4 juta dengan bank berkenaan berbanding modal berbayar syarikat berkenaan hanya RM63,000 pada 26 Februari 2004. Syarikat ini diterajui oleh LAWRENCE CHU JAN TOW, proksi beliau. Sehubungan itu Musa telah melakukan Pecah Amanah kerana gagal memastikan akauntabiliti kerajaan secara efektif, efisen dan ekonomi dengan melantik syarikat TIDAK BERPENGALAMAN dan menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi Jemaah Kabinet Menteri Sabah mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997). Musa juga telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) , (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Tuduhan 22:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah ’mengarah’ Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan Konsesi kontrak Penyelenggaraan Jalan-Jalan JKR di Sabah Selama 15 Tahun bernilai RM600 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, GLOBINACO SDN.BHD. yang dimiliki oleh LAWRENCE CHU JAN TOW juga. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mempunyai modal berbayar RM1.1 juta tidak mampu mengendalikan projek berkenaan dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM45 juta setahun kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1) , (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 .
Tuduhan 23:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah ’mengarah’ Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan Konsesi kontrak HQ 120/2003 (S) Penyelenggaraan Jalan Pantai Meligan di Sipitang, Sabah Selama 3 Tahun bernilai RM18 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, JATRAYISAN CORPORATION SDN. BHD. yang dimiliki oleh adik LAWRENCE CHU JAN TOW iaitu PATRICK CHU JEN YU dan LAWRENCE CHU JAN TOW menjadi Setiausaha Syarikat. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mempunyai modal berbayar RM300,000 sahaja tidak mampu mengendalikan projek berkenaan dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM6 juta setahun kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melaku-kan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1) , (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Tuduhan 24:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah ’mengarah’ Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan Konsesi kontrak HQ 193/2003 (S) Penyelenggaraan Jalan Nabawan-Sepulot-Agis, di Keningau, Sabah Selama 3 Tahun bernilai RM10 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, JATRAYISAN CORPORATION SDN. BHD. yang dimiliki oleh adik LAWRENCE CHU JAN TOW iaitu PATRICK CHU JEN YU dan LAWRENCE CHU JAN TOW menjadi Setiausaha Syarikat. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mempunyai modal berbayar RM300,000 sahaja tidak mampu mengendalikan projek berkenaan dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM3.2 juta setahun kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Tuduhan 25:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah ’mengarah’ Kementerian Kerja Raya Malaysia menyenaraikan projek Membina Jalan Dari Donggongon-Papar Spurs Secara ’Design and Build’ bernilai RM200 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, KENATEX SDN.BHD. yang dimiliki oleh ahli keluarga LAWRENCE CHU JAN TOW, iaitu CHU KOK KENG dan CHU SOONG TAU. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mempunyai modal berbayar RM750,000 sahaja tidak mampu mengendalikan projek berkenaan dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM200 juta kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1) , (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Tuduhan 26:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah ’mengarah’ Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan kontrak Penyelenggaraan Jalan Jeroco, di Lahad Datu, Sabah Selama 3 Tahun bernilai RM9.5 Juta melalui PENGECUALIAN TENDER kepada syarikat proksinya, CITY BEST CORPORATION SDN. BHD. yang dimiliki oleh LAWRENCE CHU JAN TOW. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mempunyai modal berbayar RM10,000 sahaja tidak mampu mengendalikan projek yang ’DIANUGERAHKAN’ dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM 3.2 juta setahun kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1) , (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Tuduhan 27:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah ’memberi tekanan’ kepada Menteri Kewangan II Malaysia, Tan Sri Noor Mohamed Yaakub agar membatalkan kelulusan projek membina LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU bernilai RM800 juta yang telah dianugerahkan kepada TAN SRI TING PEK KING (setelah menyiapkan pembinaan Terminal II Air Asia) dan memberikan projek berkenaan kepada syarikat proksinya, WCT SDN. BHD yang dimiliki oleh ahli keluarga LAWRENCE CHU JAN TOW. Musa telah berjaya memaksa Kerajaan Persekutuan memberikan sebahagian besar projek berkenaan bernilai RM500 juta kepada syarikat Proksinya. Musa secara sedar telah mengetahui telah menyalahgunakan kedudukannya melobi projek dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.
Tuduhan 28:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah ’mengarahkan’ sayap Pelaburan Kerajaan Negeri, WARISAN HARTA SABAH SDN. BHD yang memiliki sebidang tanah seluas 3.75 ekar berdekatan Centrepoint Kota Kinabalu dengan melantik syarikat proksinya iaitu SAGAJUTA (SABAH) SDN. BHD yang diwakili oleh nomineenya, MAZLAN ZAKARIA untuk membangunkan Kompleks Membeli Belah bernilai RM120 Juta. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa Pemegang Saham Sagajuta (Sabah) Sdn.Bhd iaitu RAMAJUTA PROPERTIES SDN.BHD telah menggagalkan projek Perumahan Kos Rendah Kerajaan Negeri di Kuala Menggatal dan melantik Mazlan sebagai nomineenya di dalam tiga syarikat yang berkepentingan iaitu SAGAJUTA (SABAH) SDN. BHD, RAMAJUTA PROPERTIES SDN. BHD dan NUSMETRO DEVELOPMENT (SABAH) SDN. BHD. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 15 (1) , (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

Oleh ‘Deep Throat’ Sabah

Rumah Cinta ini menjadi sarang maksiat yang dilindungi pihak berkuasa.Gambar kecil Noor Rashid dan gambar di belakangnya Baharon Talib. China Doll ini telah dihantar balik setelah tertangkap dalam Operasi Khas ketika melayan pelanggan di sebuah kawasan sasaran.
Pengaruh dan kekuasaan sering membuatkan manusia leka, apatah lagi yang berpangkat dan digeruni seperti Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk DCP Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Imigresen Sabah, Baharon Talib.
Kedua-dua mereka ini sering dilihat memasuki Tung Fong Therapy & Reflexology Centre Sdn.Bhd di Beverly Hill, Jalan Bundusan Kota Kinabalu untuk berurut dan ????.
“Memang tidak salah mereka datang ke rumah urut, tapi tempat ini ramai China Doll dan Filipina Doll. Tak baiklah orang lihat CP atau Pengarah Imigresen masuk pusat yang berselindung di sebalik kegiatan pelacuran ini,” ujar seorang pelanggan Hotel Bundusan yang melihat Noor Rashid memasuki rumah urut berkenaan sekitar jam 8.45 malam.
Kata pelanggan itu yang hanya menamakan dirinya sebagai Mike, beliau kenal benar dengan Pesuruhjaya Polis Sabah kerana beliau bekas anggota polis yang bersara setahun lalu.
Mike yang tinggal di Sindumin secara kebetulan menginap di Hotel Bundusan untuk menghadiri majlis pernikahan anak saudaranya di Penampang kerana rumah anak saudaranya penuh sesak dengan tetamu sehingga keluarganya memilik untuk menginap dengan hotel yang terdekat.
“Sebagai bekas anggota polis, saya tahu aktiviti rumah urut ini, namun oleh kerana taukeynya rapat dengan pegawai atasan, maka terhindar daripada serbuan,” ujar Mike yang kini menjalankan perniagaan peruncitan dan kontraktor kecil.
Manakala seorang pelanggan rumah urut berkenaan, K.M Chea yang berasal dari Kuala Lumpur berkata dia gemar mendatangi rumah urut berkenaan kerana ramai ‘amoi’ cantik yang didatangkan khas dari Cina dan Filipina.
“Servis bagus. Boleh ekstra. Sekarang ada hotel di depan. Boleh call datang kalau takut orang tau,” ujar Chea yang pernah beberapa kali membawa Pengarah Imigresen Sabah ke rumah urut berkenaan kerana beliau secara langsung berurusan dengan Jabatan Imigresen untuk menguruskan permit pekerja asing ladangnya di Keningau.
Bagi Chea, Tung Fong pilihannya untuk merehatkan minda dan tubuh selepas penat bekerja apatah lagi belum pernah diserbu pihak berkuasa.
“Saya suka amoi dari China kerana boleh ekstra dan tidak cerewet. Ada juga minta jamin kerana passport mereka sudah expire. Saya banyak kesian. Tapi itu Imigresen director banyak baik dan sporting,” ujar Chea yang mengakui telah menjamin tiga orang China Doll di rumah urut berkenaan yang kononnya bekerja sebagai tukang masak di restoran rakannya.
Bagi Chea, tidak salah Pengarah Imigresen atau orang berpangkat datang kerana ianya rumah urut berlesen.
“Haiya kawan, kalau jumpa amoi, apa lagi? Saya suka, dia suka. Okeylah. Bikin itu barangpun mau apply licence kah?” ujar Chea yang agak berang dan meluat apabila dikaitkan kegiatan pelacuran di rumah urut berkenaan yang menggunakan China Doll yang direkrut secara haram.
Tinjauan Malaysia Today mendapati rumah urut berkenaan dilengkapi dengan CCTV dan sistem penggera yang canggih untuk menyedarkan pelanggan yang sedang beradu dengan China Doll jika berlaku serbuan pihak berkuasa (tapi tidak pernah diserbu).
Rumah urut empat tingkat itu mempunyai lebih 30 pekerja setiap shif atau boleh ditambah pada bila-bila masa kerana mereka menginap di Beverly Hills Apartment yang berdekatan dengan rumah urut berkenaan.
Tingkat atas digunakan untuk kegiatan pelacuran kelas atasan dan tingkat bawah untuk kegiatan urutan biasa. Rumah urut ini juga digunakan sebagai Pusat Pengedaran Syabu dan dadah seperti Pil Kuda dan Ecstacy, terutama di kalangan Filipina Doll oleh rangkaian Sindiket Dadah antarabangsa yang berpangkalan di Labuan.
Ketika tinjauan dilakukan, beberapa orang pegawai Polis, Imigresen, JPJ dan Kastam sedang mengurut kaki kerana menunggu bos mereka yang melayan China Doll dan Filipina Doll di tingkat atas.
Misteri kehilangan lebih 40,000 China Doll yang masuk ke Malaysia sudah mula terjawab kerana jika mereka tertangkap atau ditangkap, akan diseludup keluar oleh ‘pegawai atasan’ yang berkuasa namun tidak pernah menguatkuasakan undang-undang.
Tidak ada seorang China Doll pun yang dihantar ke ‘Rumah Merah’ atau Pusat Tahanan Sementara, sebaliknya ‘diservis’ dan dihantar balik tanpa bicara!
Siasatan di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Kuala Lumpur mendapati Wong Tai Miu, Tan Khoon Moh dan Lay Heing Ung menjadi Pengarah Tung Fong Theraphy & Reflexology Centre di Beverly Hills, manakala Wong Tai Miu, Yu Jian Long, Tan Lai Tuan dan Chu Vui Khat pula menjadi pengarah bagi cawangan Tung Fong di Kuala Lumpur.

(Bernama) - Polis akan bertindak tegas terhadap pihak yang memperalatkan kanak-kanak, yang menjadikan mereka sebagai benteng dalam perhimpunan haram, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Beliau berkata ia merupakan tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak waras diperlakukan dalam sebarang perhimpunan, di samping melanggar Akta Kanak-kanak 2001.
"Tindakan tegas terhadap mana-mana pihak akan diambil di bawah akta tersebut (bagi kesalahan itu)," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Negara di Bukit Aman di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan pemberita berhubung perhimpunan haram di ibu negara Sabtu lepas yang dipercayai menggunakan kanak-kanak sebagai benteng atau perisai bagi menghalang polis.
Musa berkata siasatan akan dijalankan terhadap penganjur perhimpunan haram itu dan tindakan yang tegas akan diambil.
"Kita akan siasat mereka yang menjadi dalang perhimpunan itu. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka kerana menimbulkan kekecohan. Kita (polis) sudah beri nasihat jangan libatkan diri dalam perhimpunan haram itu kerana ia menyebabkan ketidakselesaan kepada masyarakat. Kita sudah suruh mereka bersurai tetapi ada di kalangan mereka yang mencabar kita," katanya.
Ditanya mengenai uraura kononnya perhimpunan seumpama itu akan diadakan dalam tempoh tiga minggu lagi di tempat yang sama, Musa berkata polis bersiap sedia menghadapinya.
Sabtu lepas polis berjaya mengawal keadaan dalam perhimpunan haram yang diadakan di beberapa kawasan yang berpusat di Dataran Merdeka, dengan menempatkan seramai 4,000 anggota.

(Bernama) - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan pembangkang menyerahkan memorandum berhubung dengan beberapa tuntutan mengenai proses pilihan raya di Malaysia kepada Istana Negara sebagai cubaan mengheret institusi raja terutama Yang di-Pertuan Agong ke dalam kancah politik.
“Bagaimanapun, saya percaya Yang di-Pertuan Agong lebih matang dan tidak terperangkap dengan taktik politik mereka (parti pembangkang),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konges ke-22 Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan di Hongkod Koisaan KDCA, di sini hari ini.
Ketika diminta mengulas sama ada tindakan pemimpin pembangkang itu adalah cubaan mengheret institusi raja ke dalam politik, Abdullah berkata:
“Tentu sekalilah. Apabila mereka bertindak begitu, mereka cuba mengheret raja dan Yang di-Pertuan Agong atau memerangkap (Yang di-Pertuan) Agong dalam politik mereka.”
Semalam, seramai 10 wakil termasuk Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang; Penasihat Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Datuk Seri Anwar Ibrahim'; Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan memorandum itu kepada Istana Negara.
Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak berada di Istana Negara kerana telah berangkat ke Terengganu pada Jumaat untuk merasmikan serta mengambil bahagian dalam Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Terengganu 2007 di Setiu.
Mengenai perhimpunan haram yang dianjurkan oleh hampir 70 badan bukan kerajaan (NGO) dan disertai parti-parti pembangkang di sekitar perkarangan Dataran Merdeka sehingga ke Masjid Jamek semalam, Abdullah berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada polis.
“Polis menangani perkara itu dengan baik dan saya amat gembira. Kita tidak suka perkara seperti ini berlaku. Ia memang satu bebanan kepada polis.
“Bila polis mengawal maka berlakulah sekatan jalan dan sebagainya yang menyusahkan rakyat.
“Pihak polis telah menjalankan tugas dan tanggungjawab (yang diamanahkan). Perhimpunan atau demonstrasi jalanan ini tidak menyenangkan rakyat... banyak orang marah,” katanya.

Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang memberi ucapan tahniah dan penghargaan tinggi kepada peserta perhimpunan kerana tidak gentar dengan ugutan dan memilih jalan raya untuk menuntut demokrasi tulen di negara ini.
"Tahniah kepada Bersih yang telah berjaya anjurkan perhimpunan rakyat pada hari ini.Kepada seluruh peserta himpunan yang datang dari seluruh pelusuk negara saya ucapkan setinggi tahniah, kerana telah berjaya buktikan kepada dunia, bahawa rakyat Malaysia juga mempunyai kesedaran berjuang untuk membawa perubahan dalam negaranya," tegas Tuan Guru Abdul Hadi dalam ceramah umumnya di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar malam tadi.
"Kita memilih jalan untuk turun di jalan raya jangan paksa kita masuk hutan," katanya sinis sambil disahut dengan laungan takbir oleh penonton.
Kesakitan adalah kemanisan dalam perjuangan
"Tahniah kepada rakan-rakan yang ditahan (42 orang tetapi telah dibebaskan lewat malam tadi) yang sakit.Yang sakit itu adalah kemanisan dalam perjuangan. Mudah-mudahan yang menerima kemanisan perjuangan ini dapat fadhilat dari Allah," katanya.
Asas kepada prinsip demokrasi ialah yang memberi hak kepada rakyat menjadi hakim yang adil, melalui 'mahkamah' yang diberi kepada rakyat iaitu pilihan raya, katanya.
"Kita faham demokrasi bukan sahaja mengundi dengan bebas, demokrasi juga termasuk media yang bebas diberi peluang kepada semua parti politik yang bertanding dalam pilihan raya.
Pemerintah zalim, sekat media
"Parti pemerintah adalah zalim apabila tidak beri ruang kepada parti yang bukan memerintah untuk menyatakan hujah melalui media," katanya.
Demokrasi yang adil mestilah minda rakyatnya terbuka boleh berfikir dengan baik dapat maklumat dari semua pihak, ujarnya.
Apa yang berlaku pada hari ini demokrasi media 'dicekik' dan disempitkan hingga rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil melalui pilihan raya, tegasnya.
Rakyat menjadi mangsa kezaliman dalam masa singkat kerana mereka ditipu dengan hanya beberapa jam dalam pilihan raya, katanya lagi.
PAS dan rakan-rakan parti politik lain serta rakanrakan NGO menubuhkan Bersih untuk lakukan satu gerakan rakyat supaya kelak satu reformasi berlaku dalam demokrasi.
Kata Presiden PAS itu, demokrasi yang baik yang menjadi alat yang penting memilih kerajaan yang sihat melalui pilihan raya yang adil.
Setiap kerajaan ada ajalnya
Ustaz Hadi seterusnya menasihatkan rakyat bahawa, Allah mengajar supaya hambanya berwirid dalam solat lima waktu.
Maksud wirid yang dibacakan Presiden PAS "katakanlah wahai Allah tuhanku yang memiliki kerajaan, mengurniakan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkau rampas dari sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, ditangan kekuasaan Engkau sahajalah wahai tuhan segala kebaikan dan Engkau maha berkuasa di atas segala-gakanya".
Kata Tuan Guru Abdul Hadi lagi, Allah menjadikan kerajaan adalah ujian kepada pemimpin dan rakyat.
Ada kerajaan yang baik dan adil, ada kerajaan yang zalim dan jahat, silih berganti, ujarnya.
"Allah tidak menjadikan kerajaan dalam dunia ini kekal selama-lamanya termasuk kerajaan Nabi Sulaiman; Nabi Daud dan Nabi Muhammad s.a.w ada ajalnya," katanya..
Kerajaan zalim pasti temui ajalnya
Begitulah kerajaan yang zalim tidak akan memerintah lama ada ajalnya termasuk kuasa besar dunia Jerman, Perancis, Soviet Union dan kini Amerika Syarikat, semuanya ada ajalnya," katanya.
"BN jangan ingat parti itu tak ada ajal macam orang lain mereka juga ada ajal. Akan tiba masa tamat riwayatnya.
"Orang yang beriman mahu ajalnya disudahkan dengan baik dan hormat bukan ajak disudahkan dengan memalukan. Kita beri peringatan kepada pemimpin BN tamatkanlah riwayat kamu dengan nama yang baik. Jangan tamatkan riwayat kamu dengan nama buruk dan jahat," katanya.
Sambil melaungkan keyakinan bahawa rakyat Malaysia boleh berhadapan dengan kerajaan jahat BN sepertimana rakyat Indonesia, Filipina dan Thailand berhadapan dengan kerajaan mereka yang jahat.
"Rakyat Malaysia boleh berhadapan dengan BN. Wahai BN tamatkan riwayat kamu dengan cara yang terhormat. Ayuh bersihkan demokrasi yang kamu kotorkan. Kalau kamu berkeras percayalah kuasa kamu tak kekal selamanya, kita buktikan keyakinan kita pada hari ini," tegasnya.

Azamin Amin
Harakahdaily
Dalam Mesyuarat PAS Pusat semalam mencadangkan supaya ahli,para penyokong PAS dan rakyat Malaysia amnya memakai baju kuning 'Bersih' setiap hari Sabtu sebagai tanda sokongan terhadap tuntutan rakyat yang mahukan sebuah pilihan raya adil dan demokrasi negara dipulihkan.
Ini adalah sebagai satu lanjutan kepada perhimpunan rakyat yang telah berjaya diadakan pada 10 November lepas sehingga Kuala Lumpur diwarnai landskap manusia berbaju kuning yang menyatakan sokongan terhadap tuntutan Bersih itu.
Mengulas lanjut isu tersebut Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar berkata cadangan itu telah dibangkitkan oleh salah seorang AJK PAS Pusat namun cadangan tersebut akan diputuskan tidak lama lagi.
"Cadangan tersebut amat positif. Pemakaian itu sebagai satu simbol sokongan rakyat yang mahukan perubahan dalam demokrasi negara yang semakin pincang dan mahukan supaya tuntutan pilhanraya yang bersih dan adil dapat dilaksanakan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
"Ia masih di peringkat cadangan dan kita akan putuskan tidak lama lagi." katanya lagi.
Dalam pada itu aktivis politik Ruhanie Ahmad dalam blognya juga turut mencadangkan supaya 'Gelombang Kuning' dengan pakaian kuning setiap Sabtu.
"Gelombang kuning perlu terus digelorakan di seluruh pelusuk tanahair tercinta. Bukan dengan perarakan ke Istana Negara di Kuala Lumpur sahaja," katanya dalam blognya Kuda Kepang.
"Tapi, hanya dengan memakai pakaian - baju, baju-t, tudung, necktie, selendang, kot, jubah, serban, seluar, skirt atau topi berwarna kuning pada setiap hari Sabtu," katanya
Katanya pemakaian warna kuning pada setiap Sabtu mulai hujung minggu ini sebagai simbol kasih dan sayang kita kepada Raja dan Negara dan tindakan ini amat bersesuaian dengan prinsip kedua Rukun Negara di mana rakyat mengikrarkan kesetiaan kepada Raja dan Negara pada setiap masa.
"Kita juga kenakan pakaian warna kuning setiap Sabtu untuk memperingati Sabtu 10:11 atau Sabtu 10 November 2007, tarikh bermulanya gelombang kuning di negara ini," cadangnya lagi.

Wan Nordin Wan Yaacob
Harakahdaily
PAS membidas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyatakan pembangkang mengheret raja-raja ke kancah politik dengan menyifatkan ianya sebagai usaha memperkecilkan pemikiran dan kedudukan raja-raja.
Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar yang menghubungi Harakahdaily pagi tadi berkata, kenyataan Perdana Menteri itu memperlihatkan bahawa Umno kini berada dalam situasi tertekan setelah melihat himpunan rakyat pada sabtu lalu cukup berjaya.
Beliau yang turut kesal dengan kenyataan Perdana Menteri itu menyatakan jika sebelum ini Perdana Menteri menggunakan media untuk mencabar rakyat berhimpun, kini memanipulasikan semula himpunan itu dengan menuduh pembangkang mempolitikkan raja-raja.
Beliau mengulangi pendirian bahawa PAS dan pembangkang lain dalam Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) tidak pernah mempolitikkan raja-raja.
Memorandum tuntutan Bersih kepada Yang di-Pertuan Agong Sabtu lalu adalah suara rakyat yang mana mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan perjalanan pilihan raya di negara ini.
Sebagai institusi yang bertanggungjawab melantik SPR, raja-raja Melayu adalah tempat yang sesuai dan tepat bagi melahirkan suara rakyat terhadap memperbetulkan kepincangan yang ada.
Sementara itu Kamarudin yang juga ahli Parlimen Tumpat turut menyelar kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung himpunan 100,000 rakyat anjuran Bersih.
Menurut Kamarudin, kenyataan Najib bahawa Umno pun boleh mengadakan himpunan yang sama seperti pembangkang, memperlihatkan ketakutan yang amat sangat pemimpin nombor dua Umno itu terhadap himpunan yang diadakan oleh Bersih.
Amat malang sekali setelah media-media pro Umno memperkecilkan himpunan anjuran Bersih dengan hanya menyatakan 4000 sahaja yang sertai himpunan itu, hari ini TPM pula menyatakan 10,000 yang menyertai.
Kata Kamarudin, rakyat kini tidak boleh diperbodoh atau dicabar lagi, dan natijahnya sabtu lalu kemarahan rakyat dijelmakan dalam himpunan 100,000 rakyat di hadapan Istana Negara.
Agong ada hak tangguh pilihan raya?
Sementara itu, Pengerusi Lajnah Guaman dan Hak Asasi PAS, Hanipa Maiden yang diminta mengulas bidang kuasa raja-raja dalam isu ini berkata, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk menangguhkan pembubaran Parlime.
Ia boleh dilakukan sekiranya berdasarkan penelitian yang dibuat bahawa SPR masih gagal untuk memastikan sistem pilihan raya berjalan dengan adil dan telus, katanya yang juga seorang peguam.
Jelasnya, walaupun Perdana Menteri meminta izin untuk berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong bagi memutuskan tarikh pembubaran Parlimen, Baginda mempunyai kuasa untuk menangguhkan pilihan raya sehingga baginda benar-benar berpuas hati dengan kredibiliti dan ketelusan SPR
Hal ini adalah seiring dengan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dalam memorandum yang diserahkan kepada Agong 10 November lalu, agar baginda bertindak untuk memastikan perjalanan pilihan raya pada kali ini berlangsung dengan adil dan telus, katanya.
Terdahulu Perdana Menteri menyifatkan tindakan pembangkang menyerahkan memorandum berhubung dengan beberapa tuntutan mengenai proses pilihan raya di Malaysia kepada Istana Negara sebagai cubaan mengheret institusi raja terutama Yang di-Pertuan Agong ke dalam kancah politik.
"Bagaimanapun, saya percaya Yang di-Pertuan Agong lebih matang dan tidak terperangkap dengan taktik politik mereka (parti pembangkang)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konges ke-22 Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan di Hongkod Koisaan KDCA, semalam.
"Tentu sekalilah. Apabila mereka bertindak begitu, mereka cuba mengheret raja dan Yang di-Pertuan Agong atau memerangkap (Yang di-Pertuan) Agong dalam politik mereka," kata Abdullah.
Sabtu, seramai 10 wakil termasuk Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang; ; Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; dan beberapa pimpinan NGO menyerahkan memorandum itu kepada Istana Negara.
Dianggarkan lebih 100,000 rakyat berhimpun di merata tempat sekitar Kuala Lumpur setelah pihak polis bertindak menghalang himpunan dari pelbagai arah menuju ke himpunan besar di Istana Negara.
Seramai lebih 40 peserta himpunan ditangkap dan dibebaskan pada hari yang sama.Polis telah menggunakan 'water cannon' dan gas pemedih mata untuk menghalang himpunan di Dataran Merdeka yang mahu meneruskan himpunan ke Istana Negara.

12/11: Agong jangan diugut - Husam
Abdul Halim Mohd Rashid
Harakahadily
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempersoalkan adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi cuba mengugut Yang di-Pertuan Agong supaya jangan membersihkan perjalanan pilihanraya seperti tuntutan BERSIH.
"Pembangkang cuba heret Agung ke kancah politik atau Perdana Menteri cuba ugut Agung jangan bersihkan perjalanan pilihanraya seperti tuntutan BERSIH?" tanya beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri mengenai himpunan aman menuntut pilihan raya yang adil dan bersih anjuran BERSIH Sabtu lalu.
Perdana Menteri menyifatkan tindakan pembangkang menyerahkan memorandum berhubung dengan beberapa tuntutan mengenai proses pilihan raya di Malaysia kepada Istana Negara sebagai cubaan mengheret institusi raja terutama Yang di-Pertuan Agong ke dalam kancah politik.
Husam seterusnya mempersoalkan adakah Yang di-Pertuan Agong patut membiarkan pilihan raya negara ini dijalankan dalam keadaan kotor.
"Kalau Yang di-Pertuan Agong tak bersihkan, siapa nak bersihkan? Adakah Yang di-Pertuan Agong perlu biarkan pilihanraya negara kita kotor?
"Bersih atau kotor lebih mulia?" tanya Exco Kerajaan Kelantan itu dalam kenyataan bertajuk "Agong jangan diugut" di dalam blognya, cetusan-hati.blogspot.com
Husam juga meminta Perdana Menteri supaya membaca dahulu petikan memorandum Bersih.
Antaranya, perkara ke lapan yang menyatakan, "Kami memohon Ke Bawah Duli Tuanku agar Tuanku akan menyuarakan kehendak rakyat menuntut pembaharuan pilihanraya termasuk mengutarakan cadangan untuk sebuah Suruhanjaya diRaja untuk mengkaji pembaharuan sistem and proses pilihanraya.
"(Dan) Menggunakan kuasa Tuanku di bawah Perkara 40(2), Perlembagaan Persekutuan, untuk menolak apa jua permintaan untuk membubar Parlimen selagi empat pembaharuan serta-merta di atas tidak dilaksanakan".
"Itukah yang PM bimbang?" tanya Husam.

Perhimpunan diadakan 10 November lalu berjaya mencapai kejayaan yang besar di luar jangkaan malah matlamat untuk menyampaikan suara dan tuntutan rakyat kepada DYMM Agong dan Raja-Raja bagi memulihkan demokrasi negara tercapai.
Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, himpunan tersebut itu juga berjaya mengumpulkan jumlah rakyat yang besar termasuk menganjurkannya secara aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
"Alhamdulillah rakyat bersabar dan tidak bertindak balas walaupun ada provoksi oleh pihak-pihak tertentu untuk menghuru-hara termasuk tindakan polis," katanya dalam sidang media selepasa Mesyuarat PAS Pusat di pejabata Agung PAS semalam.
"Himpunan rakyat juga berjaya mendapat dan perhatian liputan daripada media dalam negeri dan antarabangsa walaupun dengan cara yang ringkas tetapi memberi satu makna yang besar dalam perjuangan kita untuk memulihkan demokrasi dalam negara kita," katanya.
Turut hadir sama Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar dan AJK PAS terdiri daripada Anuar Tahir, Syed Azman dan Hanipa Maidin.
Menjawab soalan wartawan Ustaz Hadi berkata penyerahan memo itu telah dilakukan oleh 10 orang yang terdiri daripada dirinya, pimpinan politik dan NGO dan telah disampaikan kepada pegawai Istana Negara malah pegawai tebabit berjanji akan memajukan kepada DYMM Agong dan akan diteliti oleh Majlis Raja-Raja.
Sebelum itu Ustaz Hadi dalam ceramahnya pada hari sama perhimpunan rakyat itu diadakan mengucapkan tahniah kepada Bersih yang telah berjaya menganjurkan perhimpunan rakyat dan Kepada seluruh peserta himpunan yang datang dari seluruh pelusuk negara.
"Saya ucapkan setinggi tahniah, kerana telah berjaya buktikan kepada dunia, bahawa rakyat Malaysia juga mempunyai kesedaran berjuang untuk membawa perubahan dalam negaranya," tegas Tuan Guru Abdul Hadi dalam ceramah umumnya di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar Ahad lalu.
Turut serta dalam ceramah umum anjuran Bersih di Taman Melewar malam tadi selepas himpunan 100,000 rakyat pada jam 2.30 petang semalam berjaya ialah, Penasihat Perti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim; Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; AJK DAP Pusat, Ronnie Liu dan Koordinator Penggerak Demokrasi, Anuar Tahir.
Presiden PAS melahirkan tahniah kepada peserta himpunan aman kerana cukup bersabar walaupun ada gangguan sambil menyifatkan kesediaan mereka menyertai himpunan semalam adalah satu pengorbanan yang sangat mahal harganya.